Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Share

๐——๐—”๐—ง๐—ข' ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—œ๐—ญ๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ญ๐—”๐—œ๐—ก๐—จ๐——๐—œ๐—ก Dato' Anis Rizana binti Mohd Zainudin

Photos from Ketua Pengarah Kastam Malaysia's post 11/11/2024

๐—ฌ๐—•๐—›๐—š. ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—–๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐— ๐—ข๐——๐—˜๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

10 November 2024 - IskandarPuteri, Kompleks Kastam Diraja Malaysia di Forest City menjadi kompleks pemeriksaan baharu dan pertama di negara yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi canggih bagi membantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyekat aktiviti penyeludupan dan kesalahan lain yang boleh merugikan negara.

Fasiliti terbaharu itu akan mempunyai kelengkapan mesin pengimbas bagasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan pengecaman serta proses analisis imej dan seterusnya memantapkan tahap keselamatan kawalan keluar masuk barangan bebas cukai di Forest City.

Bakal beroperasi pada 15 November ini, fasa pertama pelaksanaan zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City akan memberi tumpuan kepada pengunjung hotel yang menginap selama 48 jam manakala pelaksanaan sistem kod QR dan implementasi bebas cukai kepada semua barangan dijangka bermula pada suku pertama tahun 2025 kelak.












ยฉ 2024 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA |

Projek rintis noktah jenayah, Kompleks Kastam Forest City dilengkapi teknologi moden 10/11/2024

#๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง

Projek rintis noktah jenayah, Kompleks Kastam Forest City dilengkapi teknologi moden GELANG PATAH: Kompleks pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu di Forest City, di sini, dilengkapi dengan teknologi moden bertaraf antarabangsa seiring keperluan sebagai zon bebas cukai. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan fasa pertama zon bebas cuka...

Photos from MEDIA DIGITAL JOHOR's post 10/11/2024

#๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง

Kompleks Kastam Forest City dilengkapi teknologi moden bertaraf antarabangsa | Berita Harian 10/11/2024

#๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง

Kompleks Kastam Forest City dilengkapi teknologi moden bertaraf antarabangsa | Berita Harian GELANG PATAH: Kompleks pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu di Forest City, di sini, dilengkapi dengan teknologi moden bertaraf antarabangsa seiring keperluan sebagai zon bebas cukai.

08/11/2024

๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—จ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐——๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—” ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG
JAM 08:30 MALAM INI BERSAMA TUAN ADLI HAFIDZ BIN MOHD PAUZI, PENOLONG PENGARAH KASTAM WK44 DARI KASTAM NEGERI JOHOR








ยฉ 2024 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA |

Photos from Ketua Pengarah Kastam Malaysia's post 08/11/2024

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก โ€œ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—ง๐—œ๐—ž๐—ง๐—ข๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

7 November, Putrajaya - Unit Integriti M*F telah mengadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan (SBI M*F) Tahun 2024 bertempat di Dewan Auditorium M*F. Antara agenda di dalam majlis ini adalah penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan โ€œIntegrity TikTok Challenge Tahun 2024โ€ bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Penyerahan sijil dan hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tuan Nurโ€™Azam bin Mohd Bahari, Penolong Pengarah Kastam dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perlis telah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Jabatan/ Agensi dibawah M*F di dalam pertandingan ini. Tempat kedua p**a telah dimenangi oleh Puan Wan Suffurinaz binti Wan Sulaiman dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) manakala tempat ketiga telah disandang oleh Tuan Muhamad Azuan bin Arbain, Penolong Pengarah Kastam dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Tengah, Unit IV Putrajaya.

Tahniah diucapkan kepada pada pemenang dalam Pertandingan โ€œIntegrity TikTok Challenge Tahun 2024โ€ sempena Sambutan Bulan Integriti Kementerian Kewangan (SBI M*F) Tahun 2024.

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›!!!

๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ













ยฉ 2024 Cawangan Perhubungan Awam | JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Photos from Ketua Pengarah Kastam Malaysia's post 07/11/2024

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—™๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฃ๐—ž ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ ๐—š๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—š๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——๐—ฆ

Pada 6 November 2024, isu tular di salah satu platform media sosial berkenaan
dakwaan negatif yang dikaitkan dengan perjumpaan Ketua Pengarah Kastam (KPK)
dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Genting Highlands selama tiga (3) hari dari
6 November 2024 hingga 8 November 2024. Sehubungan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang telah
dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Cawangan
Integriti dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kastam dan warga JKDM bertempat di
SCAPES Hotel, Genting Highlands dari 6 November 2024 hingga 8 November 2024.
Bertemakan โ€œIntegriti Aspirasi Kastam Bermaruahโ€, persidangan yang dirasmikan pagi tadi bertujuan untuk membudayakan amalan integriti di kalangan pegawai JKDM diseluruh negara serta memperkukuhkan semangat nilai-nilai murni yang akan menjadi asas perkhidmatan yang telus dan berwibawa.

Objektif persidangan ini adalah untuk memupuk budaya integriti dalam kalangan
warga JKDM dalam pelaksanaan tugas harian serta sebagai platform untuk
menyalurkan informasi serta perkongsian amalan terbaik untuk memperkasa budaya
integriti. Di samping itu, persidangan ini memberi ruang kepada pegawai-pegawai
JKDM untuk membincangkan isu-isu semasa serta cabaran dalam memperkukuhkan integriti selaras dengan nilai Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI) dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Kastam.

Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan Pelan Strategik JKDM 2020-2024 di bawah
Cawangan Integriti. Sejak tahun 2017, Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia telah menjadi acara tahunan JKDM yang diadakan bersempena Hari Integriti Nasional.

Pada tahun ini, Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 turut menampilkan
agenda utama iaitu Ikrar Bebas Rasuah (IBR), yang disaksikan oleh wakil daripada
SPRM sebagai komitmen JKDM dalam memerangi rasuah. Pengisian persidangan ini merangkumi forum dan pembentangan kertas kerja oleh panelis daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM, JKDM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkenaanbudaya integriti dalam penguatkuasaan undang-undang.

Diharapkan dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan atau spekulasi yang tidak berasas dapat dihentikan serta-merta. Sebagai Agensi Pemungut Hasil Negara, menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM kekal komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan terus memperkasa warga Jabatan dalam menghadapi cabaran serta meningkatkan ketelusan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terus terjamin.

JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, emel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa
terpelihara. JKDM menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan
membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu daripada sumber rasmi JKDM mengenai apa-apa maklumat yang diterima.

Sekian, terima kasih.

๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—œ๐—ญ๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ญ๐—”๐—œ๐—ก๐—จ๐——๐—œ๐—ก
๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”๐— 
๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”
๐Ÿณ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

07/11/2024

#๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง

06/11/2024

TAHNIAH JUARA TUAN Adli Goldenboy ๐Ÿ‘

Tahniah Tuan Adli Hafidz Bin Mohd Pauzi, Penolong Pengarah Kastam WK44, Bahagian Cukai Dalam Negeri Johor yang menjulang Juara Kejohanan Tinju Antarabangsa Rise of Legends yang berlangsung di Thailand.

Semoga kejayaan ini menjadi aspirasi untuk lebih ramai penjawat awam melakar kecemerlangan di persada dunia.

Tahniah & syabas diucapkan!

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Putrajaya
62596