KAWAD BULANAN RELA DAERAH PUTRAJAYA
28 JULAI 2025 (ISNIN)
PARKIR KENDERAAN, PADANG BOLA SEPAK SINTETIK, PRESINT 4
Latihan kawad bulanan pada bulan ini dilaksanakan minggu akhir bagi bulan ini. Latihan yang diadakan untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal serta memantapkan disiplin diri petugas. Latihan dihadiri oleh 158 anggota bersama Pegawai RELA Daerah Putrajaya. Latihan dilaksanakan selama 2 jam bermula 8.00 malam dan berakhir pada jam 10 malam.
Rela Putrajaya
AGENSI KERAJAAN DIBAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI
29/05/2025
10/03/2025
"𝙒𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝘽𝙚𝙧𝙖𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞, 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙇𝙚𝙜𝙖𝙨𝙞"
Seluruh Warga Kerja Rela Daerah Putrajaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025.
Peranan wanita pada masa ini menyumbang kepada tenaga kerja yang penting untuk memacu ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Bagi wanita-wanita hebat khususnya pegawai dan anggota RELA di seluruh Malaysia, semangat setia berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara amatlah dihargai.
Terima kasih kepada team rondaan komuniti sesi petang 4 Mac 2025 kerana memberi bantuan dengan menukarkan tayar sebuah kenderaan awam yang pancit di Presint 14, Putrajaya semasa melakukan tugas rondaan. Sesungguhnya, usaha murni ini adalah cerminan nilai integriti serta sikap dedikasi yang dipegang teguh oleh warga RELA Putrajaya ketika menjalankan tugas harian dan semoga menjadi tauladan anggota yang lain.
28/02/2025
Bulan purnama bersinar terang,
Setiap bulan hanya sekali,
Betapa hati terasa tenang,
Ramadan datang kembali.
17/02/2025
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
Selamat kembali ke alam persekolahan bagi sesi 2025/2026 kepada semua pelajar.
Semoga pelajar-pelajar ceria dan bersemangat untuk menuntut ilmu.
Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) : 📆 10 Februari 2025 (Isnin) 🕥 9.00 Pagi📍 Auditorium Aras 5, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
3 FEBRUARI 2025 (ISNIN) I 2000 HINGGA 2230, PERKARANGAN PARKIR PADANG BOLA SEPAK, PRESINT 4|| KEHADIRAN :PRD, PPRD OPERASI, 148 ANGGOTA || KEHADIRAN VIP : YBHG KPjR TUAN LOKMAN EFFENDI RAMLI Latihan kawad bulanan RELA Daerah Putrajaya dilaksanakan bersama barisan penyelia dan anggota penugasan kompleks. Walaupun sibuk dengan jadual kerja yang padat, YBhg KPjR Tuan Lokman Effendi Ramli (Ketua Pengarah RELA Malaysia) berkesempatan meluangkan masa hadir ke Latihan Kawad Bulanan RELA Daerah Putrajaya pada malam ini. YBhg. Tuan KP juga telah diberikan taklimat ringkas berkenaan dengan latihan ini dan YBhg Tuan KP juga sempat berkenalan bersama penyelia-penyelia Kompleks RELA Daerah Putrajaya. YBhg. Tuan KP juga telah memberikan kata-kata semangat kepada para petugas RELA Daerah Putrajaya. Setia Berbakti RELA Malaysia
31/01/2025
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025.
'𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚' telah diangkat sebagai tema rasmi bagi Sambutan Hari Wilayah 2025.
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan.
Semoga perpaduan kita terus kukuh dan setiap usaha bersama membawa kebaikan untuk generasi akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Putrajaya
