11/06/2023
Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Government Organization, Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, Putrajaya.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berfungsi menyelia 14 agensi melaksanakan fungsi masing-masing dan bergerak seiring dengan objektif Keluarga Malaysia.
11/06/2023
05/06/2023
๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฌ๐จ ๐ง๐จ๐๐ก๐๐จ, ๐๐๐จ๐๐๐ง ๐ง๐จ๐๐ก๐๐จ
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibnu Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku pada 5 Jun 2023, bersamaan 16 Zulkaedah 1444H.
Menjunjung Kasih Tuanku.
๐๐๐ก๐๐๐๐๐จ๐ค ๐ฃ๐ค๐๐๐๐ค, ๐๐๐ค๐๐๐ฃ ๐ฃ๐ค๐๐๐๐ค
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibnu Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku pada 5 Jun 2023, bersamaan 16 Zulkaedah 1444H.
Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku di dalam rahmat serta lindungan Allah SWT, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Semoga Malaysia terus makmur di bawah naungan pemerintahan Tuanku.
Sembah Takzim daripada,
Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Menjunjung Kasih Tuanku
12/04/2023
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengucapkan
tahniah kepada Encik Ameer Ali bin Vali Mohamed di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPIEM) yang baharu.
Semoga Allah mempermudahkan urusan pentadbiran dan urusan Encik Ameer Ali. InshaaAllah.
31/03/2023
Kerajaan Arab Saudi menyumbang 35 tan kurma, 17,000 naskhah Al-Quran serta tajaan majlis berbuka puasa nasi mandy untuk 15,000 orang di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud kepada umat Islam di Malaysia sempena bulan Ramadan.
Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Penjaga Dua Tanah Haram, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud. Semoga baginda sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan serta keberkatan daripada Allah.
29/03/2023
Kuala Lumpur, 29 Mac 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah berbesar hati hadir meraikan golongan muallaf di dalam majlis Rahmah Ramadan MAIWP "Iftar Bersama Saudara Kita" anjuran MAIWP bertempat di Dewan Semarak Kayangan, Kuala Lumpur.
Di dalam majlis ini, YB Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menyampaikan cek cura :
1. RM8000 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Kebangsaan (PERKIM)
2. RM200,000 kepada Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
3. RM200,000 kepada Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia (GEPIMA)
4. RM350,000 kepada Hidayah Centre Foundation
Selain itu juga, beliau turut menyampaikan 3 kategori anugerah bagi menghargai pencapaian-pencapaian saudara kita iaitu kategori dakwah, kategori keusahawanan dan kategori pendidikan. Kesemua penerima penerima anugerah menerima wang tunai berjumlah RM,2000 setiap seorang beserta sijil penghargaan.
Dalam pada itu juga, MAIWP turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM300 kepada 500 saudara baru yang hadir pada majlis tersebut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM150,000.
Dengan itu, jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan buat saudara kita ini adalah sebanyak RM1.7 juta.
Turut hadir bersama Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI , Encik Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, rakan strategik MAIWP QSR Brand serta NGO-NGO Islam.
22/03/2023
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H daripada seluruh warga Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
22/03/2023
09/03/2023
Putrajaya, 9 Mac 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datoโ Setia Hj. Mohd Naโim bin Hj. Mokhtar pada pagi ini telah menggerakkan Misi Bantuan Banjir Squad Musaโadah Madani Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi misi bantuan banjir ke negeri yang dilanda banjir iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak di Kompleks Islam Putrajaya.
Sebanyak RM 2,107,400.00 telah diperuntukkan bagi tujuan menggerakan misi bantuan banjir ini. Selain itu, terdapat 15 buah kenderaan agensi termasuk dua buah bas MAPIM dan sebuah bas MAIWP yang akan membawa barangan keperluan asas seperti makanan kering, beras, selimut/toto, kit solat dan sebagainya untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri terlibat.
Turut hadir bersama Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Datoโ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dr. Sani Araby bin Dato' Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), serta Ketua-Ketua Agensi Di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
06/03/2023
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฉ๐ฌ๐น๐ฒ๐ฌ๐ต๐จ๐จ๐ต ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฉ๐ฌ๐น๐ฒ๐ฌ๐ต๐จ๐จ๐ต ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media pada ketika ini. Terdapat dakwaan yang mengaitkan isu tauliah ini melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.
2. Ingin ditegaskan, bahawa tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang sedia ada. Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri seperti yang didakwa.
3. Semua pihak adalah dipohon untuk akur serta menghormati sebarang ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.
Sekian terima kasih.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐จ๐ก๐๐ง ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง
๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
๐ฒ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Blok A Dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3
Putrajaya
62100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
