Psikologi Ketsa

Psikologi Ketsa

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Psikologi Ketsa, Social service, Aras 9, Wisma Sumber Asli, 25, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.

Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang merangkumi aspek pencegahan, pembangunan, penilaian seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005

Photos from Psikologi Ketsa's post 17/04/2022

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Hari Penganugerahan Pementoran KeTSA Tahun 2021 pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Perasmian majlis, penyerahan Sijil Pentauliahan AKRAB serta penyampaian Anugerah Pementoran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Seramai 38 orang pegawai AKRAB ditauliahkan dan 4 orang pegawai Mentor dan Menti menerima anugerah dalam majlis ini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melantik dan mentauliahkan pegawai yang telah memenuhi syarat menjadi ahli AKRAB. Pegawai – pegawai ini telah melalui dan lulus ujian Program Pra AKRAB Tahap 1 dan 2 pada tahun 2021. Majlis ini juga adalah untuk memberi penganugerahan dan pengiktirafan kepada pegawai Mentor dan Menti dalam memainkan peranan bagi menjayakan pelaksanaan Program Pementoran bagi tahun 2021. Pelaksanaan program AKRAB dan Pementoran adalah merupakan satu tuntutan dalam Aplikasi Intervensi Psikologi seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022).

Penganjuran majlis seperti ini diharap akan meningkatkan lagi semangat dan motivasi ahli AKRAB dan Pegawai Mentor Menti untuk menjayakan aktiviti yang akan datang.

Photos from Psikologi Ketsa's post 08/04/2022

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan Program Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Siri 1/ 2022 pada 29 - 30 Mac 2022 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Program 2 hari ini dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ku Suhaila Ku Johari, Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tujuan program Pemantapan AKRAB ini diadakan adalah untuk membolehkan peserta program memahami kepentingan perkhidmatan psikologi dan bimbingan dalam perkhidmatan awam dan mampu menggunakan kemahiran asas psikologi dan bimbingan dalam membantu rakan sekerja. Melalui program ini juga, peserta diberikan pendedahan berhubung strategi dan pelaksanaan AKRAB, kemahiran mediator dan kemahiran pengendalian kes.

Photos from Psikologi Ketsa's post 03/03/2022

MAJLIS AMANAT DAN PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN AJK AKRAB DAN PEGAWAI PROGRAM PEMENTORAN KeTSA 2022

Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling (UPPK), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan Majlis Amanat dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) AKRAB dan Pegawai Program Pementoran KeTSA Tahun 2022 pada 22 Februari 2022 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melantik dan memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada AJK AKRAB dan pegawai Mentor Menti KeTSA dalam memainkan peranan bagi menjayakan pelaksanaan program berbentuk intervensi, peningkatan kompetensi dan pembudayaan bakat. Pelaksanaan program AKRAB dan Pementoran merupakan satu tuntutan dalam Aplikasi Intervensi Psikologi seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 : Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Perasmian majlis dan penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Wahid bin Abu Salim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Seramai 15 orang AJK AKRAB dan 15 orang Mentor dan Menti hadir bagi menerima watikah pelantikan dalam majlis ini.

Secara umumnya, pelaksanaan majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya. Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi AJK AKRAB dan Pegawai Mentor Menti KeTSA untuk menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang.

Photos from Psikologi Ketsa's post 02/03/2022

PROGRAM PSYCARE4U

Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling (UPPK), KeTSA telah melaksanakan beberapa sesi outreach bagi mempromosi perkhidmatan psikologi di KeTSA sepanjang bulan Januari dan Februari 2022 yang lalu. Sesi outreach ini dinamakan sebagai Program PsyCare4U, di mana UPPK akan "turun padang" ke Bahagian/ Unit di Wisma Sumber Asli bagi berkongsi input berkaitan perkhidmatan dan produk psikologi yang ditawarkan. Antara aktiviti yang dijalankan bersama warga Bahagian/ Unit yang terlibat ialah sesi perkongsian Personaliti dan Tingkah Laku Manusia serta soal selidik ujian psikologi.

Antara Bahagian/ Unit yang terlibat dalam Program PsyCare4U pada bulan Januari dan Februari 2022 yang lalu ialah:

Bahagian Dasar dan Perancangan Bekalan Elektrik - 12 Januari 2022
Unit Integriti - 13 Januari 2022
Pusat Geospatial Negara (PGN) - 20, 22 Januari 2022 & 10 Februari 2022

Bagi bulan Mac dan bulan seterusnya, UPPK berhasrat untuk terus giat melaksanakan program PsyCare4U bukan sahaja di Bahagian/ Unit dalam bangunan Wisma Sumber Asli, bahkan program ini akan cuba dibawa ke Jabatan/ Agensi di bawah KeTSA. InsyaAllah.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Aras 9, Wisma Sumber Asli, 25, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62574

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00