PMO Malaysia

Call Directions Website

PMO Malaysia Official page of Office of The Prime Minister Putrajaya, Malaysia.

Pejabat ini berperanan sebagai peneraju kepimpinan kerajaan Malaysia yang inovatif, cemerlang dan berintegriti bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

06/10/2026

[[LIVE]] Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448H/2026M

Selasa | 6 Oktober 2026

'Yang sahih di RTM'

05/10/2026
05/10/2026

Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam.

Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian. 🇲🇾🐯

Semoga perlawanan ini tidak perlukan bantuan masa tambahan yang terlalu panjang. 😉




Kredit: FB Malaysia National Football Team

05/10/2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 atas pencapaian sembilan pingat emas, sekali gus menyamai pencapaian terbaik negara di pentas Sukan Asia seperti yang dicatatkan di Guangzhou 2010.

Terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat juang tinggi. Semoga lebih banyak kejayaan menanti di pentas-pentas seterusnya.


05/10/2026

[[LIVE]] KHAZANAH MEGATRENDS FORUM 2026

Isnin | 5 Oktober 2026

'Yang sahih di RTM'

04/10/2026

Saya amat berdukacita menerima berita pemergian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku. Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang.

Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

Al-Fatihah.

Address

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388888000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMO Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share