19/10/2025
๐ Program MADANI Rakyat 2025 โ Melaka
๐ฌ Hari Ketiga menampilkan inovasi PdP yang kreatif dan berimpak tinggi!
๐งช SM Tahfiz Al-Quran JAIM Chenderah
KIT MOD_SC A+
๐น Kit modular interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran Sains
๐น Menggabungkan aktiviti hands-on, permainan dan pembelajaran kolaboratif
๐น Membantu murid memahami konsep Sains dengan lebih menyeronokkan, mendalam dan mudah diingat
๐น Meningkatkan KBAT, penguasaan PBD serta memudahkan guru melaksanakan PdPc yang kreatif dan fleksibel
๐ก Kolej Tingkatan 6 Tun Fatimah
Hour of Code & AI Class ASEAN
๐น Pelajar mempamerkan projek berasaskan penyelidikan dan aplikasi teknologi digital
๐น Aktiviti menonjolkan kreativiti, komunikasi dan kolaborasi dalam menyelesaikan masalah sebenar
Youtube: https://youtu.be/8vMNWUZg07c
SOROTON HARI KETIGA RERUAI STEM AI PMR 2025 MELAKA
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
19/10/2025
๐ Program MADANI Rakyat 2025 โ Melaka
๐ Hari Kedua diteruskan dengan aktiviti interaktif dan inovasi digital!
๐ต๏ธโโ๏ธ SK Air Molek
I-SPY: Mission Math!
๐น Inovasi PdP Matematik berasaskan STEM
๐น Murid menyelesaikan cabaran operasi tolak dan pola nombor melalui misi perisik yang menyeronokkan
๐น Asah logik, kolaborasi & kemahiran menyelesaikan masalah dengan menyeronokkan!
๐ SK Taman Merdeka
i-JAWI & Pantas Iqraโ Apps
๐ฑ Aplikasi digital untuk pembelajaran Jawi & huruf hijaiyyah
๐น Murid belajar mengeja & membaca dengan interaktif
๐น Pembelajaran abad ke-21 yang lebih mudah, menarik & bermakna!
Youtube:
SOROTAN HARI KEDUA RERUAI STEM AI PMR 2025 MELAKA
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
19/10/2025
๐ *Program MADANI Rakyat 2025 โ Melaka*
๐ฌ Hari pertama penuh dengan kreativiti, inovasi & semangat STEM!
๐ค SK Tanjung Bidara
**Funtastic STEM!**
๐น Murid jadi fasilitator muda STEM ๐ก
๐น Aktiviti hands-on: Robotik, Sains Eksperimen & Matematik Interaktif
๐น Belajar sambil meneroka โ seronok & bermakna!
๐ป Kolej Matrikulasi Melaka
**MSG โ Matriculation Science Glossary**
๐ 1927 istilah sains dalam 1 platform interaktif!
๐ฏ Aktiviti Newtonโs Catch mencabar minda pelawat
๐ก Eksplorasi sains melalui Google, YouTube & Kamus Oxford
๐ Cubalah sendiri di ๐ https://lmjaedentai.github.io/konppi
Youtube: https://youtu.be/eBTGlkxMwwI
SOROTAN HARI PERTAMA RERUAI STEM AI PMR 2025 MELAKA
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
09/09/2025
๐ SOROTAN HARI KETIGA | PMR 2025 KEDAH ๐
Hari ketiga mempamerkan gabungan Matematik interaktif dan inovasi IoT hasil kreativiti murid:
๐ซ SMK Jerai
๐ฎ Numerika โ Permainan aksi + kuiz Matematik Tingkatan 1. Pemain menggunakan komputer riba untuk menyelesaikan cabaran Matematik secara menyeronokkan.
๐บ๏ธ The Kembara Math โ Pengunjung meneroka dunia Matematik dengan menjawab soalan untuk menamatkan permainan. Selain komputer riba, QR code turut disediakan bagi membolehkan pengunjung bermain menggunakan telefon pintar masing-masing.
๐ซ SMK Tanjong Puteri
๐ก Inovasi Reka Edukit: Merentas Dunia IoT Masa Depan โ Kit inovatif ini membimbing murid mempelajari asas pengaturcaraan dan teknologi IoT dengan mudah. Melalui penggunaan sensor, LED, motor dan peranti pintar, murid berpeluang menghasilkan projek kreatif seperti lampu pintar, penggera keselamatan dan sistem penyiram automatik. Aktiviti ini mengasah kreativiti, pemikiran kritis serta semangat inovasi murid agar bersedia menghadapi cabaran era Revolusi Industri 4.0.
โจ Sorotan hari ketiga menonjolkan bahawa Matematik boleh digarap dalam bentuk permainan digital, manakala teknologi IoT p**a membuka peluang baharu untuk melahirkan pencipta muda yang berdaya saing.
#49
Youtube:
www.youtube.com
09/09/2025
๐ SOROTAN HARI KEDUA | PMR 2025 KEDAH ๐
Hari kedua diteruskan dengan aktiviti menarik berasaskan Matematik, STEM dan AI!
๐ SK Baling โ Eksplorasi Tangram
Aktiviti interaktif menggunakan 7 keping puzzle geometri untuk membentuk pelbagai gambar kreatif seperti rumah, haiwan dan nombor. Peserta dapat mencuba tangram fizikal dan tangram digital melalui aplikasi, diperkaya dengan QR Code, AR dan demo AI. Aktiviti ini mengasah logik, kreativiti serta membuktikan bahawa permainan tradisional boleh diperkasa dengan inovasi moden.
๐ SK Tunku Putera โ CANVA AI & GEMINI AI
Murid menghasilkan poster menggunakan Canva, manakala guru p**a membina bahan interaktif, permainan dan kuiz dengan mudah melalui prompt.
๐น Canva Whiteboard sesuai untuk kanak-kanak pra & tahap 1
๐น Gemini AI membolehkan pengunjung mencuba menghasilkan dan mengedit imej menggunakan prompt yang disediakan
Pengunjung juga berpeluang belajar membina prompt sendiri untuk menghasilkan aplikasi interaktif.
๐ก Hari kedua membuktikan bahawa kreativiti dan teknologi AI boleh digabungkan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan!
#49
09/09/2025
๐โจ SOROTAN HARI PERTAMA | PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 KEDAH โจ๐
Hari pertama Program MADANI Rakyat 2025 di Kedah menampilkan kreativiti dan inovasi pendidikan Matematik:
๐ซ SMK (A) Baling
๐น AL-EX SOLVER dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik
Pengunjung berpeluang mencuba permainan AL-EX SOLVER dalam aplikasi myViewBoard, sama ada secara individu mahupun berkump**an. Aktiviti ini menjadikan topik Algebra lebih menyeronokkan dan mudah difahami.
๐น CLEVERMATH dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik
Guru dan murid mempersembahkan demonstrasi pengajaran menggunakan CleverMath yang dilengkapi pelbagai ciri interaktif. Aplikasi ini memberi pengalaman baharu dan lebih menarik dalam pembelajaran Matematik.
๐ซ SMK Baling
๐น STEM Tangram Challenge
Aktiviti STEM interaktif menggunakan 7 keping puzzle geometri untuk membentuk pelbagai gambar menarik seperti rumah, haiwan dan nombor.
โ Mengasah logik & kreativiti
โ Memahami geometri, simetri & reka bentuk
โ Menepati konsep STEM โ Sains (pola & simetri), Teknologi (aplikasi digital), Kejuruteraan (reka bentuk struktur) & Matematik (geometri & pecahan)
Aktiviti mudah tetapi menyeronokkan ini sesuai untuk semua golongan, dan peserta yang berjaya menyelesaikan cabaran turut menerima hadiah kecil sebagai penghargaan. ๐
๐ Sorotan hari pertama ini membuktikan bahawa Matematik boleh dipelajari dengan cara yang kreatif, interaktif dan menyeronokkan!
Youtube:
https://youtu.be/V1n1jETLC7c
#49
05/09/2025
๐ขโจ SERTAI KAMI DI PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 KEDAH! โจ๐ข
๐๏ธ Pocket Talk: AI Chatbot and AI Agent
Bersama:
๐ค Mr. Eric Lim Jing Jie
Group CEO, Mampu AI
๐
Tarikh: 5 September 2025 (Jumaat)
๐ Masa: 4.00 โ 5.00 petang
๐ Lokasi: Pentas Utama, Dewan Tunku Abdul Rahman, Baling Kedah
๐ Ayuh sertai sesi santai ini untuk memahami bagaimana AI Chatbot dan AI Agent boleh dimanfaatkan dalam dunia pendidikan, dan kehidupan seharian kita.
๐ก Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu terus daripada pakar industri AI!
01/09/2025
๐๐ค SOROTAN HARI KETIGA | PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI SEMBILAN ๐ฑโจ
Hari ketiga Program MADANI Rakyat 2025 semakin meriah dengan pameran teknologi daripada dua sekolah hebat:
๐ซ SMK Bahau โ AI Photo Transformation Live Booth
Pengunjung berpeluang mencuba sendiri teknologi Kecerdasan Buatan (AI) melalui Photo Transformation Live Booth. Gambar diubah secara langsung dengan pelbagai gaya visual kreatif โ pengalaman digital yang menyeronokkan dan interaktif! ๐ธโก
๐ซ SK (FELDA) Palong 7 โ Pembangunan Aplikasi Android (Smart Study Hub)
Murid mempersembahkan aplikasi pintar Smart Study Hub, sebuah aplikasi Android yang direka untuk membantu pembelajaran. Ia menggabungkan nota, kuiz dan bahan rujukan dalam satu platform mudah diakses, menjadikan pembelajaran lebih sistematik dan mesra pengguna.
Pengunjung turut diberi peluang untuk meneroka dunia pembangunan aplikasi dengan menggunakan Flutter Flow โ sebuah perisian percuma dan mesra pengguna yang tidak memerlukan pengetahuan coding. ๐ฑ๐ก
๐ Sorotan hari ketiga ini membuktikan bakat dan kreativiti pelajar kita dalam meneroka dunia AI, aplikasi mudah alih dan teknologi digital.
Youtube: https://youtu.be/lxANV_6lp-s
#49
www.youtube.com
31/08/2025
โก๐ค SOROTAN HARI KEDUA | PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI SEMBILAN ๐คโก
Hari kedua Program MADANI Rakyat 2025 terus menggegarkan arena teknologi dengan penyertaan sekolah-sekolah hebat! ๐
๐ซ SK Serting Hilir Kompleks โ Robot Soccer
Murid menunjukkan kemahiran mereka mengawal dan mengatur strategi robot dalam permainan bola sepak penuh aksi! โฝ๐ค
๐ซ SK Lui Timor โ Robot Sumo
Pameran bertajuk โPertarungan Besi: Robot Sumoโ menjadi tumpuan utama dengan aktiviti interaktif seperti:
๐น Demonstrasi & pertandingan Robot Sumo
๐น Bengkel reka bentuk & asas pengaturcaraan
๐น Simulasi strategi robot secara digital
๐น Sudut kreatif: reka logo & poster pasukan
๐น Kuiz & debat ringan berkaitan teknologi
Pameran ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membuka peluang kepada murid, guru, ibu bapa dan pengunjung untuk meneroka dunia robotik secara mendidik & interaktif. ๐
๐ Saksikan sorotan hari kedua ini dan hayati bagaimana dunia robotik terus memupuk minat terhadap STEM dalam kalangan generasi muda.
Youtube:
https://youtu.be/aoUKzc1JdA8
#49
SOROTAN HARI KEDUA RERUAI STEM AI PMR 2025 NEGERI SEMBILAN
31/08/2025
๐๐ฅ SOROTAN HARI PERTAMA | PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI SEMBILAN ๐ฅ๐
Hari pertama Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan penuh dengan semangat inovasi apabila dua sekolah mempamerkan kreativiti pelajar mereka:
๐ซ SMK Lui Barat โ Homemade Hologram & Metaschool AI
โจ Homemade Hologram memperkenalkan teknologi paparan 3D menggunakan cahaya laser, menjadikan imej kelihatan nyata di ruang angkasa tanpa kaca mata khas.
๐ค Metaschool AI p**a membawa pembelajaran ke tahap baharu melalui:
โ
Video pembelajaran interaktif
โ
Kuiz ikut tahap pelajar
โ
Maklum balas segera seperti guru peribadi
๐ซ SK Sungai Sampo โ Motion:Bit & ROBORACE
๐ Motion:Bit membantu murid memahami asas elektronik & pengaturcaraan dengan cara menyeronokkan.
๐๏ธ ROBORACE menguji kreativiti & kemahiran mengawal robot di trek cabaran โ penuh aksi dan inovasi!
๐ Saksikan sorotan ini dan hayati bagaimana gabungan Hologram, AI & Robotik membuka peluang pendidikan digital untuk generasi muda.
Youtube:
https://youtu.be/OjmtoQK2TpQ
#49
SOROTAN HARI PERTAMA RERUAI STEM AI PMR 2025 NEGERI SEMBILAN