CGSO

Call Directions Website Contact the organization

CGSO Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan Keselamatan Perlindungan

KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan s...
21/10/2026

KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL

YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.

PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026

๐‚๐†๐’๐Ž ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐‡๐ˆ๐Š ๐‰๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‚๐ฒ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐šCGSO telah menerima Anugera...
21/10/2026

๐‚๐†๐’๐Ž ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐‡๐ˆ๐Š ๐‰๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‚๐ฒ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š

CGSO telah menerima Anugerah Agensi Terbaik Pengurusan Kewangan sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan (HIK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2026 yang berlangsung di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, telah menghadiri majlis tersebut bersama Puan Suhaida binti Mohd Kamirazaman, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan serta Encik Muhamad Ashraf bin Zainal Abiddin, Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Korporat.

Majlis yang bertemakan โ€œMemperkukuh Ekosistem Inovasi dan Kecemerlangan Organisasiโ€ ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, bagi mengiktiraf pencapaian inovasi dan kecemerlangan pengurusan jabatan serta agensi di bawah JPM.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen CGSO dalam memperkukuh tatakelola kewangan yang cekap, berintegriti dan bertanggungjawab. Pencapaian ini turut menjadi penghargaan kepada usaha serta kerjasama warga jabatan dalam memastikan amanah pengurusan kewangan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga CGSO untuk terus membudayakan kecemerlangan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan demi kepentingan rakyat dan negara.








๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐šYBrs. Tuan Ahmad Rajiun b...
19/10/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ

๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š

YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, bersama barisan pengarah dan wakil bahagian telah mengikuti siaran langsung Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Kewangan (M*F) bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Setia Perdana 7, Putrajaya.

Perhimpunan ini menjadi wadah untuk menghayati amanat YAB Perdana Menteri yang menekankan kepentingan tatakelola yang baik, pemerkasaan integriti serta kecekapan dalam pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memastikan manfaatnya benar-benar dirasai oleh rakyat.

Berteraskan prinsip โ€œMenggapai di Langit, Mengakar di Bumiโ€, aspirasi kecemerlangan dan cita-cita besar perlu diterjemahkan melalui tindakan yang berpijak pada realiti, berlandaskan nilai amanah serta memberikan manfaat nyata kepada rakyat.

Seiring dengan semangat tersebut, amanat YAB Perdana Menteri menjadi dorongan kepada seluruh warga CGSO untuk terus memperkukuh iltizam, meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan serta menggalas amanah dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kecekalan dalam mendepani cabaran demi kepentingan rakyat dan negara.

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‘๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐‚๐†๐’๐Ž ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐šYBrs. Tuan Ahmad Rajiun...
18/10/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‘๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐‚๐†๐’๐Ž ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€๐€๐

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š

YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, telah meluangkan masa menyertai Aktiviti Riadah Mingguan CGSO bersama-sama warga jabatan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi CGSO bertempat di Ruang Legar BKFPT, Kompleks Setia Perdana 7, Putrajaya.

Aktiviti riadah pada kali ini dimeriahkan dengan pelbagai permainan santai seperti ping pong, karom, congkak dan batu seremban. Penganjuran aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan warga CGSO.

Kehadiran dan penyertaan Ketua Pengarah bersama-sama warga jabatan turut menyerlahkan budaya kepimpinan yang dekat dengan warga kerja, di samping mencerminkan komitmen CGSO dalam mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan berteraskan semangat kebersamaan.

Inisiatif seumpama ini diharap dapat terus menyemarakkan budaya kerja yang sihat, meningkatkan motivasi serta memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan warga CGSO.








๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐Ž๐“) ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ...
16/10/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐Ž๐“) ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š

YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bertempat di Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Delegasi MOT diketuai oleh Encik Mohd Zaki bin Ismail, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Encik Mohd Syazwan bin Abdul Aziz, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Dr. Hefzan bin Azmi, Pembantu Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan.

Turut hadir ialah Encik Muhamad Ashraf bin Zainal Abiddin, Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Korporat.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara CGSO dengan MOT, khususnya dalam memperkasakan tadbir urus keselamatan perlindungan, meningkatkan pematuhan terhadap dasar keselamatan Kerajaan serta memastikan keselamatan aset dan kepentingan strategik negara terus terpelihara.









๐‘๐„๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Œ๐„๐๐”๐๐“๐”๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐ˆ๐“๐Œ๐„๐, ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐‡๐„๐Œ๐€๐“PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 โ€“ Reformasi perkhidm...
16/10/2026

๐‘๐„๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Œ๐„๐๐”๐๐“๐”๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐ˆ๐“๐Œ๐„๐, ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐‡๐„๐Œ๐€๐“

PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 โ€“ Reformasi perkhidmatan awam bukan sekadar perubahan sistem dan proses, tetapi menuntut komitmen setiap warga untuk bekerja dengan lebih cekap, mengurus sumber secara berhemah serta memastikan setiap tindakan menghasilkan nilai dan impak kepada rakyat. Semangat ini selari dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan pembudayaan HEMAT dalam memperkukuh kecekapan, akauntabiliti serta keberkesanan pentadbiran kerajaan.

Penekanan ini dizahirkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM, Datoโ€™ Ahmad Suhaimi bin Endut, ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Pentadbiran Am JPM bagi bulan Oktober 2026, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, hari ini.

Perhimpunan ini menjadi wadah untuk menyelaraskan keutamaan organisasi, memperkukuh komunikasi antara kepimpinan dengan warga kerja serta menyemai komitmen bersama dalam melaksanakan tanggungjawab secara cekap, berintegriti dan berorientasikan hasil. Pendekatan ini selari dengan aspirasi ARPA untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam melalui budaya kerja yang lebih responsif, berimpak dan berfokuskan rakyat.

Dalam masa yang sama, prinsip HEMAT perlu diterapkan dalam setiap aspek pengurusan dan penggunaan sumber kerajaan bagi memastikan perbelanjaan dilaksanakan secara berhemah, berdisiplin dan memberikan nilai terbaik kepada kerajaan serta rakyat, tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Kesepaduan komitmen, tadbir urus yang baik dan penggunaan sumber secara optimum menjadi pemangkin kepada pembentukan Pentadbiran Am JPM yang lebih cekap, bertanggungjawab dan berupaya mendukung agenda reformasi perkhidmatan awam negara.




๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐’๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐‰๐’๐๐) ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Mesyuarat Jawatankuasa Sasaran Penting Nege...
15/10/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐’๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐‰๐’๐๐) ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Mesyuarat Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Melaka Bil. 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 14 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Hang J***t, Kompleks Seri Negeri, dipengerusikan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selaku Pengerusi JSPN Melaka.
Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan isu-isu keselamatan Sasaran Penting serta memperkukuh kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan Sasaran Penting di Negeri Melaka sentiasa terpelihara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada PDRM IPK Melaka, ATM Markas 1 Briged, MKN Melaka, JBPM Melaka, JKKP Melaka, JAS Melaka, APM Melaka, KIMIA Malaysia Melaka dan MCMC Melaka serta agensi yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.





***t

๐™†๐™๐™‰๐™…๐™๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™‡๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‚๐˜ผ ๐™ˆ๐™๐™•๐™„๐™๐™ˆ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™‹๐™๐™‡๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™„๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™†๐™€ ๐™‹๐™€๐™…๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ ๐˜พ๐™‚๐™Ž๐™Š ๐™‹๐™๐™‡๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™„๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚Kunjungan hormat Pengarah Lemba...
15/10/2026

๐™†๐™๐™‰๐™…๐™๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™‡๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‚๐˜ผ ๐™ˆ๐™๐™•๐™„๐™๐™ˆ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™‹๐™๐™‡๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™„๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™†๐™€ ๐™‹๐™€๐™…๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ ๐˜พ๐™‚๐™Ž๐™Š ๐™‹๐™๐™‡๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™„๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚

Kunjungan hormat Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, YBrs Puan Haryany Mohamad bersama Encik Mohd Khairul Sharizan Bin Hamid, Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Pulau Pinang yang telah dijadualkan bagi mengeratkan hubungan kerjasama serta memperkukuh jaringan strategik antara kedua-dua agensi.
Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan aspek keselamatan, pengurusan dan aset-aset koleksi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.

Semoga pertemuan ini dapat memperkukuh sinergi dan kerjasama antara agensi demi memastikan tadbir urus yang cekap, berintegriti dan berkesan, khususnya dalam aspek keselamatan serta pemeliharaan khazanah warisan negara...
๐™Š๐™๐™๐™„๐˜พ๐™„๐˜ผ๐™‡ ๐™‘๐™„๐™Ž๐™„๐™ ๐˜ฝ๐™” ๐™๐™ƒ๐™€ ๐˜ฟ๐™„๐™๐™€๐˜พ๐™๐™Š๐™ ๐™Š๐™ ๐™๐™ƒ๐™€ ๐™‹๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™Ž๐™๐˜ผ๐™๐™€ ๐™ˆ๐™๐™Ž๐™€๐™๐™ˆ ๐˜ฝ๐™Š๐˜ผ๐™๐˜ฟ ๐™๐™Š ๐™๐™ƒ๐™€ ๐˜พ๐™‚๐™Ž๐™Š ๐™‹๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™Š๐™๐™๐™„๐˜พ๐™€
The Director of the Penang State Museum Board, YBrs. Puan Haryany Mohamad, visited Encik Mohd Khairul Sharizan bin Hamid, Director of the Office of the Chief Government Security Officer (CGSO) Malaysia, Penang, to strengthen cooperation and foster strategic partnerships between both agencies.

The visit also served as a platform to exchange views, share experiences and seek expert advice on security matters, management and the assets and collections of the Penang State Museum Board.
It is hoped that this meeting will further strengthen synergy and cooperation between both agencies towards ensuring efficient, transparent and effective governance, particularly in matters concerning security and the preservation of the nation's heritage treasures.

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐€๐ƒ๐„๐‘ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ (๐Š๐) ๐‚๐†๐’๐Ž ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก - Pelaksa...
15/10/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐€๐ƒ๐„๐‘ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ (๐Š๐) ๐‚๐†๐’๐Ž ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š
๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก - Pelaksanaan Sesi Libat Urus Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perak, Puan Noor Asa binti Elang bersama pegawai Kader Skim Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Cempaka 3, Bangunan Persekutuan, Ipoh, Perak.
Sesi libat urus ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja antara pejabat negeri dan pegawai kader yang bertugas di pelbagai Jabatan/Agensi seluruh Negeri Perak, perkongsian pandangan mengenai cabaran dan isu berkaitan. Inisiatif ini diharap dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas dan mutu penyampaian perkhidmatan.







๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ (๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐) ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐Š๐ƒ๐) ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€...
15/10/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ (๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐) ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐Š๐ƒ๐) ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š - YBrs. Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Delegasi KDN diketuai oleh YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN bersama pengurusan kanan, iaitu Encik Ahmad Nizam bin Norali (Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan), Puan Zalina binti Rosli (Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Puan Suzilla binti Ibrahim (Ketua Penolong Setiausaha), DSP Norzamri bin Shamsuri (Ketua Pegawai Keselamatan) serta para pegawai pengiring.

Turut hadir ialah Tuan Azizol Rahman bin Yon, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (Operasi), Puan Suhaida binti Mohd Kamirazaman, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Ahmad Shaharuddin bin Muhammad, Pengarah Bahagian Keselamatan Personel, Encik Mohd Radzi bin Jamalluddin, Pengarah Bahagian Sasaran Penting, Kawasan Larangan & Tempat Larangan dan Encik Muhamad Ashraf bin Zainal Abiddin, Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Korporat serta wakil bahagian.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama, khususnya berkaitan pengurusan perjawatan, penempatan personel dan pemantapan pelaksanaan Keselamatan Perlindungan. Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan dan penyelarasan kerjasama bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh tadbir urus Keselamatan Perlindungan secara menyeluruh.










Address

Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CGSO:

Shortcuts

Share