siswaumnounimap

siswaumnounimap

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from siswaumnounimap, Political organisation, Putrajaya.

20/04/2025

Penglibatan Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP dalam Kursus Pemantapan Organisasi (K.P.O) Serta Kerjasama Dua Hala Dengan NGO Belia

Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP telah melibatkan diri secara aktif dalam program Kursus Pemantapan Organisasi (K.P.O) di Putrajaya serta menjalinkan kerjasama strategik dua hala bersama pertubuhan NGO belia Segambut.

Usaha ini bertujuan untuk:
• Meningkatkan keterlibatan mahasiswa dalam pembangunan komuniti
• Memperkukuh jaringan kepimpinan antara mahasiswa dan badan luar
• Memperkasa peranan mahasiswa dalam menyuarakan aspirasi golongan muda

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang membina dan menyemarakkan semangat kepimpinan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda kampus.

Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP komited untuk terus bergerak aktif demi membina kepimpinan mahasiswa yang progresif, berdaya saing, dan cakna terhadap keperluan masyarakat.

Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP
Sesi 24/25

Photos from siswaumnounimap's post 17/04/2025

KENYATAAN MEDIA

ISU AIR UNIMAP: JANGAN SALAHKAN UNIMAP SEMATA-MATA, YB PERLU TANGGUNG JAWAB BERSAMA

Kami mengecam tindakan YB Izizam, ADUN T**i Tinggi, yang dilihat cuba meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pihak pengurusan UniMAP berhubung isu gangguan bekalan air yang melanda pelajar di kawasan UniCITI Alam. Kenyataan beliau melalui platform TikTok bukan sahaja tidak profesional, malah memperlihatkan sikap lepas tangan terhadap krisis yang seharusnya ditangani secara bersama antara kerajaan negeri, syarikat air dan institusi pengajian.

Adalah tidak wajar apabila seorang wakil rakyat lebih cenderung menyalahkan pihak lain tanpa terlebih dahulu menyemak dan memahami punca sebenar kejadian. Seperti yang diketahui umum, kelewatan makluman dan tindakan daripada Syarikat Air Perlis (SAP) sendiri telah menyumbang kepada berlarutnya krisis ini. Tindakan menuding jari kepada UniMAP seolah-olah mahu mengalihkan perhatian daripada kegagalan pihak berwajib dalam memberikan respons pantas dan berkesan. Seperti kata pepatah, “Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.”

Kami ingin mengingatkan, jika sekadar turun padang sekali-sekala tetapi masalah kembali berulang, maka itu bukanlah penyelesaian — hanya wayang di pentas derita mahasiswa. Kepimpinan sebenar bukan hanya di TikTok, tetapi dalam menyusun langkah dan menyelesaikan akar masalah. Mahasiswa perlukan tindakan, bukan tuduhan tidak berasas.

MAHASISWA BANGKIT DAN TAKLUK

Sekian.
Ketua Penerangan
Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP
Sesi 2024/2025
17 APRIL 2025

17/04/2025

DAULAT TUANKU
Merafak Sembah & Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Menjunjung kasih dan setulus-tulus tahniah kepada
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
Raja Negeri Perlis

Sempena
Sambutan Jubli Perak Pemerintahan
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
yang berlangsung pada
17 April 2025 bersamaan 18 Syawal 1446H

Kami dari Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP,
merafak sembah menjunjung kasih atas kepimpinan Tuanku yang penuh hikmah, adil dan berjiwa rakyat selama 25 tahun memayungi negeri Perlis tercinta.

Semoga Allah SWT terus memberkati pemerintahan Tuanku dengan limpahan rahmat, kesihatan yang baik, serta kebijaksanaan dalam memimpin negeri ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan berterusan.

Daulat Tuanku

Yang Merafak Sembah,
Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP
Sesi 24/25

17/04/2025

DAULAT TUANKU
Merafak Sembah & Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Menjunjung kasih dan setulus-tulus tahniah kepada
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
Raja Negeri Perlis

Sempena
Sambutan Jubli Perak Pemerintahan
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
yang berlangsung pada
17 April 2025 bersamaan 18 Syawal 1446H

Kami dari Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP,
merafak sembah menjunjung kasih atas kepimpinan Tuanku yang penuh hikmah, adil dan berjiwa rakyat selama 25 tahun memayungi negeri Perlis tercinta.

Semoga Allah SWT terus memberkati pemerintahan Tuanku dengan limpahan rahmat, kesihatan yang baik, serta kebijaksanaan dalam memimpin negeri ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan berterusan.

Daulat Tuanku

Yang Merafak Sembah,
Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP
Sesi 2024/2025

17/04/2025

📣 HEBARAN RASMI – TEMPAHAN BAJU KELAB UMNOSISWA UniMAP 2025!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌺

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tempahan baju rasmi Kelab UMNOSiswa UniMAP kini DIBUKA! Tahun ini, kita tampil dengan rekaan eksklusif bercorak BATIK yang menggabungkan elemen tradisional dan identiti mahasiswa yang progresif! 🔥

🧥 Jenis: Baju Jersi Batik Eksklusif
🎨 Rekaan: Corak moden + tradisional
📆 Tarikh tutup tempahan: 1 Mei 2025 (Jumaat)
📍 Isi borang tempahan di sini: https://forms.gle/YGWzxA5pKb6dVDdY7
👉

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada identiti hebat UMNOSiswa UniMAP! Tempah sekarang sebelum terlambat! 💥

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 [60 16-624 5127 - Nurhafizah]

Photos from siswaumnounimap's post 16/04/2025

KENYATAAN MEDIA

JANGAN JADIKAN ISU KETIADAAN AIR
SEBAGAI SATU KEBIASAAN YANG TIADA NOKTAH PENYELESAIAN

Masalah gangguan air di UniMAP, terutamanya di kawasan Uniciti Alam, semakin membimbangkan apabila pelajar telah dua minggu berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersh. Laporan Sinar Harian mendedahkan bahawa mahasiswa telah melancarkan mogok aman sebagai tanda protes terhadap kelewatan penyelesaian isu ini. la membuktikan tekanan mental dan fizikal semakin memuncak akibat kegagalan pihak bertanggungjawab menangani masalah asas ini.

Pihak universiti dan Syarikat Air Perlis (SAP) tidak boleh lagi berdiam diri.
Kelewatan SAP mengeluarkan memo rasmi sewaktu awal krisis amat mengecewakan dan mencerminkan kelemahan dalam komunikasi. Bagai melepaskan batuk di tangga, tindakan yang diambil setakat ini belum menunjukkan komitmen penuh terhadap penyelesaian menyeluruh.

Walaupun hari ini keadaan dilaporkan bertambah baik dengan air mula disalurkan ke semua blok, tekanan mash perlahan dan tidak mencukupi untuk keperluan harian. Difahamkan pihak universiti telah membenarkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara dalam talian buat sementara waktu. Kami mendesak penyelesaian segera serta pelan jangka panjang agar isu ini tidak berlang. Mahasiswa bukan beban - suara mereka wajib didengari.

MAHASISWA BANGKIT DAN TAKLUK

Sekian.

Ketua Penerangan
Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP
Sesi 2024/2025
16 APRIL 2025

14/04/2025

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang berat, kami dari Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP merakamkan ucapan takziah dan penghormatan terakhir buat Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-5, yang telah kembali ke rahmatullah.

Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang negarawan, tetapi juga seorang tokoh berjiwa tenang, pemimpin berakhlak tinggi, dan insan yang penuh kebijaksanaan dalam kelembutan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mewariskan kepada negara sebuah legasi kepimpinan yang penuh hikmah – dengan pendekatan "Islam Hadhari", beliau membina jambatan antara agama, budaya, dan bangsa dalam kerangka Malaysia yang bersatu padu.

Beliau mendidik kita bahawa kuasa bukan untuk ditonjolkan, tetapi untuk dimanfaatkan demi rakyat. Beliau mengajarkan bahawa kesabaran dan kesederhanaan adalah kunci kepada kekuatan sebenar seorang pemimpin.

Malaysia kehilangan permata, tetapi kenangan dan jasa beliau kekal abadi dalam sejarah tanah air.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Ikhlas dari kami,
Kelab Mahasiswa UMNO UniMAP
Universiti Malaysia Perlis
Sesi 24/25

13/04/2025

Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mohammed Iqbal Ali bin Kassim Ali, mengumumkan perletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.
Iqbal Ali telah berkhidmat sebagai presiden badan induk sukan kriket itu sejak 2021, berjaya memimpin skuad kriket lelaki dan wanita untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia.

13/04/2025

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan bahawa hari Khamis, 17 April 2025, diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin.

Pengunguman tersebut dibuat dalam Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 1446H/2025 bertempat di Dewan 2020, Kangar.a

Majlis ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih 15,000 orang pengunjung.

Menariknya, majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah, DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen.

13/04/2025

TAPAH - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya sayap pemuda UMNO Bahagian Tapah tidak membantu calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurutnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi hadir setiap mesyuarat yang diadakan bagi menghadapi PRK ini.
Beliau yakin sayap pemuda akan memberikan sokongan kepada calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir.

"Tidak ada (unsur boikot oleh pemuda UMNO) kerana beliau (Fahmi) ada dalam setiap mesyuarat yang diadakan sama ada di peringkat negeri atau di peringkat bahagian.

"Insya-ALLAH mereka akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada ustaz (Mohamad Yusri) dari segi wakil sebagai calon Ayer kuning ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas proses Penamaan Calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka di sini pada Sabtu.
Terdahulu media melaporkan terdapat segelintir ahli sayap itu kecewa kerana wakil mereka tidak terpilih sebagai calon BN bagi PRK Ayer Kuning.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pemuda tidak sesekali akan memboikot PRK berkenaan.

13/04/2025

KUANTAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, mendedahkan seorang daripada empat pemegang amanah masih belum menandatangani dokumen pemindahan hak milik sebidang tanah di Kuala Lumpur.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, firma guaman menghantar surat kepada individu terbabit untuk melepaskan pegangan itu, tetapi individu itu masih belum berbuat demikian sehingga kini.

"Pemegang Amanah adalah orang yang diberikan tanggungjawab untuk memegang amanah pada satu-satu ketika terutama ketika jawatan parti dipegang atau ada jawatan dalam kerajaan.

"Tetapi seseorang yang tidak lepaskan tanggungjawab kepada parti yang tidak lagi dianggotainya atau orang itu tidak lagi berada dalam kerajaan, ia harus dilepaskan."Sehingga sekarang, beliau enggan menandatangani dokumen itu sedangkan tiga individu sudah berbuat demikian," katanya selepas melancarkan Akademi Rel Pahang (ARP) di Dewan Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Semalam, media melaporkan UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota, dipindah milik kepada parti politik itu.

Saman itu difailkan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, selaku plaintif melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Mac lalu dengan menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan.
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili UMNO, ketika dihubungi memaklumkan pada pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, mahkamah menetapkan 2 Mei depan untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam saman itu, UMNO memohon satu perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftarkan atas nama pemegang amanah, iaitu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, dipindahkan kepada UMNO mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.

13/04/2025

GOMBAK: Kerajaan sedia menilai semula keperluan meningkatkan kadar pembiayaan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima pelajar ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah meneliti keperluan itu, namun menyedari langkah sedemikian jika dilaksana akan mengakibatkan hutang terkumpul agensi itu meningkat.

"Insya-Allah, kita cuba menilai semula (kadar pembiayaan) PTPTN ini. Bagaimanapun, hutang terkumpul semasa PTPTN ketika ini berjumlah hampir RM40 bilion dan penilaian semula pembayaran boleh mendorong (jumlahnya naik) kepada RM50 bilion.
"Bagaimanapun, kita akan terus membantu pelajar berdasarkan keperluan mereka," katanya ketika mengulas soalan diajukan seorang pelajar pada program Meet Anwar di sini hari ini, dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir, Rektor UIAM, Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Ketika ini, PTPTN menawarkan beberapa pakej pembiayaan kepada pelajar sepenuh masa di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti, di mana peringkat diploma, menerima kadar maksimum RM4,750 setahun, sementara ijazah sarjana muda (sains), RM6,650; ijazah sarjana muda (sastera), RM6,180; ijazah sarjana, RM9,500 dan RM24,700 bagi doktor falsafah (PhD).

Bagi Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), peringkat diploma menerima kadar maksimum RM6,800 setahun; diploma (farmasi,pergigian dan sains kesihatan), RM12,750, sementara ijazah sarjana muda (sains), RM14,030; ijazah sarjana muda (sastera), RM13,600; ijazah sarjana muda (farmasi,pergigian dan sains kesihatan), RM17,000 serta ijazah sarjana muda perubatan, RM50,000.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, pendekatan kerajaan dalam memastikan golongan kaya membayar cukai lebih tinggi, bertujuan membolehkan dana itu dipindah serta digunakan bagi menampung keperluan dan manfaat pendidikan pelajar miskin.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Putrajaya