Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri

Share

Laman Facebook Rasmi Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri.

13/05/2026

*KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERKHIDMATAN DIGITAL BKSF, JPM*

Kajian Kepuasan Pelanggan berhubung tahap kecekapan pengurusan *perkhidmatan digital* di Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) bagi tujuan menambah baik kualiti perkhidmatan yang diberikan berdasarkan pengalaman atau pemerhatian semasa berurusan dengan Bahagian ini.

Mohon jasa baik tuan/puan untuk imbas kod QR ataupun melalui pautan URL di bawah: https://forms.gle/DVnV71fL2QjemvJM7

Kerjasama serta maklum balas tuan/puan amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 12/05/2026

Jelebu, 8 Mei 2026 โ€“ Majlis Kesyukuran Kenduri Sekampung sempena Penyerahan Projek Siap Santuni MADANI di FELDA Pasoh 4 telah disempurnakan oleh Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM.

Pelaksanaan projek infrastruktur di FELDA Pasoh 4 amat bertepatan dan diyakini mampu memberikan impak positif terhadap kesejahteraan penduduk setempat. Projek yang dilaksanakan bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas, malah turut menambah baik aspek keselesaan dan keselamatan komuniti, di samping menyokong pembangunan sosial serta ekonomi kawasan.

Selain itu, pelaksanaan projek ini juga dapat memperkukuh kemudahan awam sedia ada serta memberi manfaat menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Turut diadakan Program Ziarah Kasih Santuni MADANI yang menyaksikan penyerahan bakul makanan sumbangan FGV kepada golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.

Semoga usaha murni yang digerakkan ini dapat membawa nafas baharu kepada komuniti setempat daripada penyediaan ruang riadah yang lebih kondusif hingga pemerkasaan pusat komuniti demi memastikan kemudahan terbaik dapat dinikmati oleh seluruh warga FELDA Pasoh 4.

๐Ÿ•น๏ธFelda Pasoh 4,Jelebu,Negeri Sembilan

๐Ÿ“… 8 Mei 2026

10/05/2026

Selamat Hari Ibu 2026 ๐ŸŒท

Kasih ibu tiada tandingan, pengorbanannya menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam setiap langkah kehidupan.

Sempena sambutan Hari Ibu ini, seluruh warga BKSF,JPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua insan bergelar ibu atas segala kasih sayang, doa serta pengorbanan yang tidak ternilai.

โ€œKasih Ibu Membawa Ke Syurgaโ€

Ikhlas daripada
Setiausaha Bahagian
dan seluruh warga BKSF,JPM ๐Ÿ’




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 06/05/2026

SESI PERBINCANGAN PERMOHONAN NAIK TARAF LALUAN PAIP DI GUGUSAN FELDA PALONG, NEGERI SEMBILAN

5 Mei 2026 - YBrs. Encik Ahmad Tarmizi Bin Zakaria telah mempengerusikan _Sesi Perbincangan Permohonan Menaik Taraf Laluan Paip di Gugusan FELDA Palong, Negeri Sembilan._

Perbincangan ini memfokuskan kepada aspek perancangan teknikal, penilaian keperluan semasa, kaedah pelaksanaan serta jangkaan impak projek.

YBrs. Pengerusi turut menitikberatkan sinergi antara semua pihak dapat diperkukuh dalam usaha memastikan pelaksanaan projek yang efisien, berimpak tinggi serta memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat bagi menjamin kesejahteraan peneroka.

Turut hadir YB Datoโ€™ Haji Mustapha bin Nagoor - ADUN Palong, YBhg. Datoโ€™ Ir. Haji Mohd Yazid bin Ahmad - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), YBrs. Encik Mohd Termizi bin Lee - Pengarah Jabatan Pengurusan Aset FELDA (JPAF), YBrs. Puan Khadijah binti Mohamad Radzi - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIC Integrated Property Management (FIC IPM) serta wakil daripada SAINS, FELDA dan FIC IPM.




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 06/05/2026

Program Cit Chat BKSF Siri 2/2026 Galak Perkongsian Ilmu Secara Santai

Putrajaya,4 Mei 2026-Unit Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Program Chit Chat BKSF Siri 2/2026 bertempat di Aras 1, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana. Program yang berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11.15 pagi menghimpunkan seramai 50 orang pegawai melibatkan seluruh warga Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF, JPM).

Bagi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Al-Aminudin bin Ghazali, Pegawai dari Seksyen Koordinasi BKSF, JPM dengan tajuk โ€œPerancangan Harta Dalam Islamโ€.

Program ini bertujuan untuk melatih pegawai menyusun idea secara sistematik dan kritis, supaya setiap ucapan mempunyai struktur yang teratur dan mudah difahami oleh pendengar serta program ini bermatlamat untuk membina daya kepimpinan melalui kebolehan berinteraksi secara interaktif, termasuk kecekapan dalam mengendalikan sesi soal jawab serta memberi respons yang bernas terhadap pelbagai situasi spontan.
Semoga dengan adanya program seperti ini menjadi platform memperkukuh hubungan silaturrahim, menambah baik kerjasama antara pegawai, serta memudahkan kerja pada masa hadapan.




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 04/05/2026

KURSUS PEMANTAUAN PINTAR: PEMANTAUAN ISU DAN ANALISIS DATA KOMUNITI FELDA YANG EFEKTIF BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI (BKSF, JPM)

Putrajaya, 30 April 2026โ€“ Bahagian Kawal Selia FELDA, JPM dengan jayanya telah melaksanakan Kursus Pemantauan Pintar: Pemantauan Isu dan Analisis Data Komuniti FELDA Yang Efektif bermula 29-30 April 2026. YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, BKSF JPM dalam ucapan perasmian menyatakan harapan beliau agar penganjuran kursus ini dapat memberi nilai tambah kepada organisasi, khususnya dalam memperkukuh aspek pemantauan isu dan analisis data komuniti FELDA.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk melatih para pegawai agar mahir dalam mengendalikan pelbagai instrumen digital dan aplikasi pemantauan pintar bagi merekodkan setiap isu komuniti secara langsung di lapangan. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan peserta dalam menganalisis data mentah dan menukarkannya kepada bentuk visualisasi yang mudah difahami, sekali gus membolehkan corak atau trend masalah di sesuatu kawasan FELDA dikenal pasti dengan lebih awal.

Bengkel selama 2 hari ini yang dianjurkan oleh Seksyen Koordinasi Komuniti telah berjaya memperkukuh keupayaan peserta dalam menganalisis isu, merangka strategi respons yang berkesan sekaligus meningkatkan kompetensi peserta dalam berdepan cabaran pemantauan isu komuniti secara lebih sistematik dan berkesan.




30/04/2026

โ€œPekerja MADANI KESUMA Bangsaโ€
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿ‘ท๐Ÿป๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŒพ๐Ÿง‘โ€๐ŸŽ“๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿผโ€๐Ÿ’ป๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿš€๐Ÿ‘จ๐Ÿผโ€๐Ÿ”ง๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿญ๐Ÿง‘๐Ÿผโ€๐Ÿณ

Selamat Hari Pekerja 2026. Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh pekerja Malaysia, penggerak ekonomi dan pencetus masa depan yang lebih gemilang.




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 23/04/2026

[SOROTAN PROGRAM: KURSUS PENGURUSAN TUNTUTAN, BELANJAWAN DAN TATACARA PROSEDUR KELULUSAN BERBELANJA YANG EFISIEN SEMPENA HARI SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN (SIRI KEWANGAN) BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA JABATAN PERDANA MENTERI]

Putrajaya, 22 April 2026-Kecekapan dalam pengurusan kewangan adalah nadi kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam. Unit Kewangan, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM) telah menganjurkan kursus intensif bagi memperkasakan tatakelola kewangan yang lebih efisien pada di Mesmera Ballroom, Hotel Everly, Putrajaya. Kursus ini dihadiri oleh 79 orang warga BKSF,JPM.

Kursus intensif sehari ini telah membincangkan tiga (3) modul utama menelusuri setiap aspek pengurusan tuntutan, belanjawan dan kelulusan berbelanja demi kecemerlangan jabatan.dengan menampilkan barisan penceramah daripada Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri.

*SESI 1: Pengurusan Tuntutan dan Elaun*
Penerangan mendalam mengenai prosedur Tuntutan Perjalanan dan Elaun Lebih Masa (OT) berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan dan Arahan Dalaman JPM yang disampaikan oleh Puan Nor Maslina binti Tambi Chek dan Cik Nor Hafiza binti Zulkeply daripada Seksyen Kewangan, Bahagian Kewangan JPM

*SESI 2: Pengurusan Belanjawan*
Fokus kepada pengurusan belanjawan berkaitan strategi, eksekusi dan tadbir urus serta kaedah pematuhan dan pelaksanaan pelaporan perbelanjaan yang efisien
yang disampaikan oleh Puan Zanariah binti Mardi, Seksyen Belanjawan, Bahagian Kewangan, JPM.

*SESI 3: Prosedur Kelulusan Berbelanja Sistem EZ-APPLY*
Amalan terbaik tatacara permohonan kelulusan berbelanja melalui sistem EZ-APPLY serta penetapan kadar bekalan dan perkhidmatan terkini yang disampaikan oleh Puan Noor Azura binti Tarmizi daripada Seksyen Pentadbiran Kewangan, Bahagian Kewangan, JPM.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Bahagian Kewangan JPM atas perkongsian ilmu serta setinggi-tinggi syabas kepada semua peserta daripada Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) atas komitmen sepanjang kursus berlangsung.




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 22/04/2026

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI (BKSF, JPM) 2026-2030 FASA 2

Shah Alam, 19 - 21 April 2026 โ€“ BKSF, JPM dengan jayanya telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik di Shah Alam yang melibatkan pegawai dan penolong pegawai. YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria telah merasmikan Bengkel ini dengan penyampaian amanat dan penjelasan hala tuju yang lebih jelas dan berkesan.

Tujuan Bengkel ini dilaksanakan adalah bagi membangunkan Pelan Strategik BKSF, JPM bagi lima tahun akan datang (2026-2030) agar membantu organisasi merancang rangka kerja dengan tersusun dan sistematik sejajar dengan program Agenda Nasional.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah dianjurkan oleh Seksyen Dasar dan Tadbir Urus, manakala pasukan Perunding Latihan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bertindak selaku penceramah dan fasilitator.




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 17/04/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada enam warga cemerlang Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri iaitu Puan Rosmawaty binti Baharuddin, Puan Julaiyha binti Nasir, Puan Amirah Ab Aziz, Puan Nur Fazliana binti Hassan, Puan Aida Nursalenah binti Jalmahari dan Encik Mohd Azrif bin Abbas di atas penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025 yang disampaikan oleh YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara.

Kejayaan yang diraih ini adalah hasil usaha gigih, disiplin tinggi dan komitmen yang berterusan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme. Ia bukan sahaja mengiktiraf usaha yang telah dicurahkan, malah menjadi bukti keupayaan dalam mengekalkan standard kerja yang cemerlang. . ๐Ÿ‘

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi serta menjadi inspirasi kepada yang lain.

Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama institusi! โœจ

Syabas dan tahniah! ๐ŸŽ‰




Photos from Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri's post 14/04/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—™๐—˜๐—Ÿ๐——๐—” (๐—•๐—ž๐—ฆ๐—™), ๐—๐—ฃ๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ž

TROLAK, 13 APRIL 2026 โ€“ Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri (JPM) diketuai oleh Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Wilayah Trolak.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh sinergi serta jalinan kerjasama strategik antara BKSF, JPM dan pihak pengurusan di peringkat Wilayah Trolak.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform bagi perbincangan serta perkongsian pandangan ke arah mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang lebih efisien.

Pihak BKSF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Shahariman bin Dollah Hashim, Pengarah Wilayah Trolak atas kesudian menerima kunjungan ini serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi berlangsung.

Adalah diharapkan agar hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuh dan memberi impak positif dalam pelaksanaan fungsi serta peranan kedua-dua pihak pada masa akan datang.



Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00