07/05/2026
7 Mei 2026 | Mesyuarat Susulan bagi Tujuan Penyediaan Dokumen Regulatory Impact Statement (RIS) bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah dipengerusikan oleh Puan Roslawati binti Yahya, Pengarah Kanan Change Management Office di Bilik Perbincangan CMO.
Mesyuarat dihadiri oleh Puan Riyanti binti Saari, Pengarah Bahagian Perangkaan Perdagangan Antarabangsa, Puan Suzana binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa, Puan Shafizaermawaty binti Shafei, Pengarah Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data, Puan Norisan binti Mohd Aspar, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Akaun Negara, Puan Shahriza binti Bahari, Timbalan Pengarah Malaysia Productivity Corporation, Puan Masriyanti binti Rekkeman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Metodologi dan Penyelidikan, Encik Minson bin Majimbun, Ketua Penolong Pengarah Change Management Office, Puan Vimala a/l Muniandy, Pengurus Malaysia Productivity Corporation, Cik Najiyah binti Md Zaliki, Penolong Pengurus Malaysia Productivity Corporation dan Puan Mash*tah binti Mahmor, Penolong Pengarah Change Management Office.
10/04/2026
๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐จ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐ข๐ฆ๐ )
(TAHUN RUJUKAN 2026)
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Tahun 2026 bagi memperoleh pandangan serta maklum balas berkaitan produk dan perkhidmatan DOSM bagi tempoh rujukan tahun 2026.
๐๏ธ ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ผ๐ต ๐๐ฎ๐ท๐ถ๐ฎ๐ป : 1 Januari 2026 โ 31 Disember 2026
๐ ๐ฃ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ถ๐ฎ๐ป : https://forms.gle/duKHPXyPqngPEAFx6
Kajian ini dilaksanakan bagi membantu DOSM mengenal pasti keperluan pelanggan dengan lebih menyeluruh. Maklumat yang dikumpulkan akan dimanfaatkan untuk menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan agar lebih relevan, berkesan serta mesra pengguna.
Maklum balas anda amat dialu-alukan.
๐๐จ๐ฆ๐ง๐ข๐ ๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ง๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ข๐ก ๐ฆ๐จ๐ฅ๐ฉ๐๐ฌ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐ก๐ง ๐ข๐ ๐ฆ๐ง๐๐ง๐๐ฆ๐ง๐๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐ข๐ฆ๐ )
(REFERENCE PERIOD 2026)
Please be informed that the Department of Statistics Malaysia (DOSM) is currently conducting the Customer Satisfaction Survey 2026 to collect views and feedback on DOSMโs products and services for the 2026 reference period.
๐๏ธ ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ฒ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ผ๐ฑ : 1 January 2026 โ 31 December 2026
๐ ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ฒ๐ ๐๐ถ๐ป๐ธ : https://forms.gle/duKHPXyPqngPEAFx6
This survey is conducted to enable DOSM to better understand customersโ expectations. The information obtained will be used to further improve the quality of products and services to ensure they remain relevant, effective and user-friendly.
Your feedback is highly appreciated.
Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my
Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia
X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia
Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia
TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/
YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/
LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia
19/03/2026
Sempena kedatangan Syawal yang mulia, kami daripada Change Management Office (CMO) ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M kepada seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia. Dalam kemeriahan menyambut lebaran ini, kami juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, kami turut menzahirkan penghargaan atas segala kerjasama, sokongan dan komitmen yang telah diberikan oleh semua. Segala sokongan dan kebersamaan yang ditunjukkan amat kami hargai dalam memastikan setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Semoga sambutan Aidilfitri kali ini membawa sinar kegembiraan, ketenangan jiwa dan keberkatan yang berpanjangan kepada semua. Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.
Semoga kita semua dapat kembali meneruskan amanah dan tanggungjawab selepas cuti perayaan dengan semangat yang lebih segar, hati yang lebih tenang dan iltizam yang lebih kukuh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ingatan tulus ikhlas daripada kami,
Roslawati Binti Yahya
Pengarah Kanan
dan Warga
Change Management Office
Jabatan Perangkaan Malaysia