21/04/2023
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023
Maaf Zahir & Batin
Berasal dari Kuantan
�Bapa 3 cahaya mata
�Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian) UUM & CIPS
21/04/2023
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023
Maaf Zahir & Batin
31/08/2022
Selepas Subuh dah 'lapor diri' di Dataran Merdeka. 'Standby' utk ganti jika ketua kontijen/TKSU atau pegawai kanan Kementerian tidak dapat hadir dlm perbarisan atas sebab2 tertentu. Contingency plan. Sambil itu melihat persiapan akhir pasukan perbarisan Kementerian bagi sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Di saat akhir mascot Harimau Malaya dan placard kempen Selamatkan Harmau Malaya tidak dibenarkan dlm perbarisan. Begitu juga syarat yg sama dikenakan kpd kementerian lain.
Ramai sungguh orang ramai yg ingin menyaksikan perbarisan hari kebangsaan kali ini. Sesak dgn pejalan kaki di semua jalan sekitar Dataran Merdeka sejak awal pagi lagi. Mungkin sebab dah 2 tahun tidak diadakan kerana PKP pandemik Covid19. Semoga semuanya baik2 shj hendaknya.
Terima kasih kpd semua urusetia yg bertungkus lumus menguruskan program ini dan anggota perbarisan seramai 84 orang yg diwakili warga kerja Jabatan dan Bahagian di Kementerian .
Penghargaan juga kepada seramai 42 orang yg dihantar Kementerian sebagai peserta program di grandstand (berdepan dengan royal box) bagi membentuk formasi tertentu sambutan kali
05/08/2022
Hari ini cuti kecemasan (EL), tapi masuk pejabat juga belah petang utk jenguk persiapan satu sidang media penting Kementerian berkenaan isu bencana geologi di Baling baru2 ini. Walaupun diuruskan bahagian lain, tetapi memandangkan urusan fasiliti & teknikal dewan bawah tanggungjawab saya, kenalah ambil cakna juga.
Lewat petang tadi juga selepas waktu kerja rasmi, berkesempatan sertai satu program sukan 'team building' anjuran Kelab Bahagian. Sebagai bahagian yg paling ramai staf dan staf baharu disebabkan 'job rotation' maka amat perlu program ini sbg 'ice breaking session' dan merapatkan ukhuwah. Selain itu diharapkan staf tidak hanya 'tenggelam' dlm tugas hakiki masing2 shj.
01/07/2022
Throwback
24 Jun 2022
Sesi Perjumpaan warga kerja Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Kementerian dan mengadakan sesi dialog
11/06/2022
11 Jun 2022 I Pulau Sebatik Tawau Sabah.
Lawatan ke Pulau Sebatik yg terbahagi dua antara Malaysia/Indonesia. Meninjau kerja2 pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia - Indonesia (Sektor Sabah - Kalimantan Utara)
Diiringi satu pasukan PGA/ESSCOM bersenjata lengkap [sempat juga berbual dengan pegawai PGA & mendapatkan maklumat apa tujuan kawalan keselamatan]
Sebelum itu satu taklimat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada Dato' KSU KeTSA serta pegawai2 Kementerian. Kerja pengukuran sempadan ini yang dibuat secara rundingan/persefahaman berasaskan beberapa konvensyen/perjanjian British-Belanda sebelum merdeka lagi. Tertakluk dimuktamadkan dengan persetujuan bersama dua negara. Ianya melalui proses yang panjang dan berperingkat2.
Di sinilah pentingnya pengetahuan asas berkenaan subjek Geografi dan Sejarah yang kita pelajari di sekolah dulu. ☺️
*majlis perasmian ringkas perolehan bot baharu JUPEM sebelum bertolak dari Jeti Tawau
11/06/2022
7 Jun 2022
Awal petang tadi 'sambut' satu NGO Komuniti Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan datang ke Kementerian utk kemukakan memorandum bantahan. Dianggarkan seramai 70 orang dengan 2 bas dan 2 van.
Baca selanjutnya di https://www.kosmo.com.my/2022/06/07/komuniti-orang-asli-ke-putrajaya-bantah-pembinaan-empangan-nenggiri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=komuniti-orang-asli-ke-putrajaya-bantah-pembinaan-empangan-nenggiri
Sempatlah berbual dgn ketua mereka dan beberapa orang lain sementara tunggu Setiausaha Politik YB Menteri hadir menerima memorandum.
Pejabat Kementerian ini kwsn terbuka bukan kawasan larangan berpagar yg termaktub dlm Akta Kawasan Larangan. Hanya berpesan pada rakan2 pegawai bwh Bahagian Pentadbiran. Mereka datang dgn baik.. kita sambut dgn baik. Mereka juga anggota masyarakat kita. Kita kena hormati hak kebebasan bersuara yg dilaksanakan secara aman dan mengikut lunas undang2. Lagipun bukan tidak ada polis SB di situ (berpakaian awam). ✌️
10/05/2022
10 Mei 2022 | 8:30 pagi tadi..
Kembali bertugas selepas lebih sebulan bercuti..😊
Password PC pun dah lupa..kena contact network administrator.. reset password 😅
[Rupanya password expired lepas 3 bulan]
09/05/2022
Day 6 Hari Raya Aidilfitri 2022 - 7 Mei 2022.
Lepas kita mengharungi pandemic Covid19, kali ini saya dan isteri dapat beraya di kampung halaman sendiri dengan semua anak2.
[Lega. Hujan yg turun di awal pagi akhirnya berhenti sebelum tengahari]
Terima kasih buat semua yg berkelapangan hadir 'open house' kecil-kecilan di rumah pusaka keluarga saya di RTP Bukit Goh
Walaupun jemputan 'short notice' kepada saudara mara di Kuantan dan sahabat2 handai di Indera Mahkota, Pahang. Baik pemimpin masyarakat dan politik setempat - cawangan dan bahagian, rakan2 sekerja, rakan2 kampung rakan2 sekolah dan semua yg berkesempatan dijemput secara terus atau wakil melalui pelbagai saluran komunikasi/media sosial, saya dan keluarga amat menghargai kehadiran semua sehingga tengah malam. Saya mohon maaf jika ada terlepas daripada jemputan.
Saya mohon maaf juga jika ada sebarang kekurangan dalam layanan atau juadah yang disediakan.
Amat2 menghargai sahabat2 yg membantu menyediakan juadah. Bukan suatu yg mudah nak buat secara 'mengejut' begini. Takde arah dah. Ini sahaja masa yg ada. 😊. Tidak rancang awal.
Sebagaimana orang lain juga yg mula menghantar anak2 balik ke pelbagai pusat pengajian - SBP, MRSM, universiti dll di serata pelusuk negara, saya juga akan gerak hantar anak balik ke Kolej Matrikulasi Perak p**a awal pagi ini. Semoga kita dipermudahkanNya mengharungi trafik yg dijangka tinggi di lebuhraya dan jalan2 utama.
01/05/2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H /2022M
Maaf Zahir & Batin