13/05/2026
Mesyuarat AJK PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN Bil.1/2026 telah diadakan pada 8 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh Presiden PERWAKILAN/Pengerusi PUSPANITA CKLN, YBhg. Datin Sri Razana Mat.
Mesyuarat kali ini diadakan bagi membincangkan pelbagai aktiviti menarik yang telah direncana dan bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Mesyuarat diakhiri dengan sambutan hari jadi AJK bulan Januari hingga Mei dan jamuan makan tengahari yang disediakan secara 'potluck' sesama AJK.
06/05/2026
Pada 10 April lalu, ALC Malaysia telah memeriahkan Festival Songkran Malaysia anjuran ALC Thailand di Pusat Beli belah One Utama.
Festival tersebut telah dirasmikan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia, PYT Ambassador Lada Phumas, Patron ALC Thailand bersama YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia bagi memulakan pesta kebudayaan Thailand ini.
Dengan lebih 40 reruai tersedia, hadirin telah disajikan dengan kulinari, seni kraftangan and produk unik Thailand.
Khob Kun Kha!
----------
On 10 April 2026, ALC Malaysia had a splish-splash fun participating in the Malaysia’s Premier Songkran Festival hosted by ALC Thailand at One Utama Shopping Centre.
The Festival was officially launched by H.E. Ambassador Lada Phumas, Patron of ALC 🇹🇭, alongside YB Tuan Gobind Singh Deo, Malaysia’s Minister of Digital, setting the stage for a vibrant celebration filled with captivating Thai cultural performances.
With over 40 booths to explore, guests were treated to a feast of authentic Thai flavours, intricate handicrafts, and unique products: bringing a slice of Thailand right to the heart of Malaysia.
Khob Kun Kha!
02/05/2026
ApaKhabar✋ |
RakanWisma🇲🇾🌐
° Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atas penganugerahan Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026.
° Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti nyata kepimpinan berwibawa dan dedikasi luar biasa Dato' Sri KSU dalam menerajui pasukan Wisma Putra termasuklah kejayaan besar dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
🌺 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga Wisma Putra!
🇲🇾🌐
___________________________________
° Heartiest congratulations to the Secretary General of the Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin on being conferred the Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) in conjunction with Labour Day 2026.
° This prestigious recognition is a testament to Dato' Sri’s exemplary leadership and outstanding dedication in leading Wisma Putra team, including the significant success of ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025.
🌺 A truly proud moment for the entire Wisma Putra family!
🇲🇾🌐
Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Luka Nis Man
Kementerian Sumber Manusia
Institute of Diplomacy and Foreign Relations
Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism
23/04/2026
Pada 10 April yang lalu, Biro Kebajikan PERWAKILAN telah menganjurkan Program Ziarah dan Sumbangan ke atas Puan Nuramira Akmal Mustapa (Setiausaha PUSPANITA CKLN) yang diduga dengan musibah kebakaran kediaman beliau. Ziarah tersebut telah diketuai oleh Penaung PERWAKILAN, YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Tengku Nujumudin diiringi oleh Presiden PERWAKILAN merangkap Pengerusi PUSPANITA CKLN YBhg Datin Sri Razana Mat bersama beberapa Ahli Jawatankuasa PERWAKILAN dan PUSPANITA CKLN.
Semasa Program Ziarah tersebut, YM Raja Datin Seri Penaung telah menyantuni Puan Nuramira sekeluarga dan menyerahkan sumbangan peribadi beliau bersama sumbangan dari PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN.
Kami di PERWAKILAN dan PUSPANITA CKLN mendoakan agar Puan dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta semangat yang berterusan dalam menghadapi dugaan ini. Doa dan ingatan kami juga ditujukan kepada Puan sekeluarga dengan harapan semoga urusan Puan sekeluarga dipermudah oleh-Nya agar dapat segera kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.
21/04/2026
Happy Birthday to our dedicated Bendahari PUSPANITA, Puan Anita Kaur Gala Singh! 🥳
Wishing you a celebration filled with joy, warmth, and all the little things that make you smile. 🌸
May the year ahead bring meaningful experiences, beautiful memories, and continued success in everything you do. May happiness surround you always with endless blessings and reasons to be grateful throughout the journey ahead. 🥰
07/04/2026
Happy Birthday to our dedicated Penolong Biro Sosial & Lawatan, Puan Nurbalqis Hashim! 🥳
Wishing you a celebration filled with joy, warmth, and all the little things that make you smile. May the year ahead bring meaningful experiences, beautiful memories, and success in everything you do. 🌸
May happiness surround you always, with endless blessings and reasons to be grateful throughout the journey ahead. 🥰
25/03/2026
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YBhg. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Naib Presiden PERWAKILAN, Timbalan Pengerusi PUSPANITA CKLN & Alternate Patron ALC Malaysia. 🥰
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan keprihatinan yang sentiasa memberi inspirasi kepada semua.
Semoga tahun yang mendatang dipenuhi dengan keberkatan, kejayaan dan detik-detik indah bersama insan tersayang. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran 🎉
20/03/2026
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙
Di hari yang mulia ini, marilah kita menyemai kasih sayang, memaafkan kesilapan, dan mengeratkan ukhuwah.
Semoga setiap amalan kita sepanjang Ramadan diterima Allah SWT, serta kehidupan kita dilimpahi keberkatan, kebahagiaan, ketenangan, dan kejayaan bersama insan tersayang.
Bunga mekar harum di pagi hari,
Syawal tiba membawa erti murni.
Ampun dan maaf dipohon seikhlas hati,
Ukhuwah terjalin, hati pun berseri.
Ikhlas daripada,
PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN
19/03/2026
MAJLIS IFTAR DAN SUMBANGAN RAMADAN
BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF
RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH, BANTING, SELANGOR
Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan bersama anak-anak yatim dan asnaf telah diadakan di Rumah Amal Raudhatul Jannah, Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor. Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan bagi menyantuni golongan yang memerlukan di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kebajikan dan keagamaan.
Rumah Amal Raudhatul Jannah menempatkan seramai 22 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf. Program dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama penghuni rumah amal sebelum bersama-sama menikmati iftar dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada penghuni rumah amal, sedikit sumbangan berbentuk duit raya dan cenderahati telah diberikan kepada anak-anak tersebut. Sumbangan cenderahati ini telah ditaja oleh Syarikat Mamee sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat. Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh En. Wan Mohd Afeek Afifi Wan Ali selaku wakil Wisma Putra.
Selepas berbuka puasa, para peserta turut bersama-sama menunaikan solat Isyak dan solat sunat Terawih secara berjemaah. Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan moreh yang diadakan dalam suasana santai dan penuh ukhuwah.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuhkan semangat keprihatinan sosial serta menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang bulan Ramadan.