02/04/2022
Keluarga Bahagian Perangkaan Penduduk & Demografi (BPPD), DOSM Ibu Pejabat, Putrajaya mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MyStep.
16/12/2021
Operasi lapangan bagi Survei Penilaian Liputan Banci 2020 sedang dilaksanakan di tempat kediaman terpilih di Malaysia.
Sekiranya ada Pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia datang ke rumah anda, sila berikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat. Maklumat ini akan digunakan sebagai asas untuk penyesuaian kepada bilangan penduduk yang diperoleh daripada Banci 2020.
Jom sama-sama jayakan SPLB 2020. Jangan lupa tanggungjawab kita demi masa depan bersama!
06/12/2021
Hai semua!
Untuk makluman anda, Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB) 2020 secara temuramah bersemuka sedang dijalankan bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2021.
Survei ini dijalankan bertujuan untuk menilai kualiti dan ketepatan data Banci 2020.
Sila berikan kerjasama kepada Pegawai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang datang ke rumah anda untuk menjalankan temuramah.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi Jabatan Perangkaan Malaysia berdekatan.
12/11/2021
Ramai yang masih tak tahu tentang cara-cara pengisian Survei Penilaian Liputan Banci 2020 secara dalam talian (e-PES). Mudah je sebenarnya. Lebih kurang 10 minit je untuk isi survei ni.
Jom lihat visual di bawah untuk tahu tentang cara-cara pengisian e-PES.
Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020, anda boleh menggunakan medium berikut :
โ๏ธ Talian telefon: 03-8885 7889/7890
๐ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]
09/11/2021
Peringatan pentingโผ๏ธ
Untuk pengetahuan semua, sistem Survei Penilaian Liputan Banci secara dalam talian (e-PES) tidak boleh diakses di luar negara kerana dasar keselamatan daripada pihak kami.
Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐ค, anda boleh menggunakan medium berikut ๐
โ๏ธ Talian telefon: 03-8885 7889/7890
๐ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]
08/11/2021
Kami menerima banyak pertanyaan daripada responden berkaitan kod jemputan untuk menjawab Survei Penilaian Liputan Banci secara dalam talian (e-PES).
Untuk makluman, kod jemputan untuk menjawab e-PES diisi secara automatik. Responden hanya perlu mengisi nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit sahaja untuk membuat pendaftaran kali pertama.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan/pertanyaan berkaitan SPLB 2020๐ค, anda boleh menggunakan medium berikut ๐
โ๏ธ Talian telefon: 03 8885 7889/7890
๐ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]
30/10/2021
1 HARI LAGIโ๏ธ
Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tarikh tamat Banci Malaysia 2020 iaitu pada 31 Oktober 2021 (Ahad).
Bagi anda yang belum lagi mengisi borang soal selidik banci, ayuh berikan kerjasama anda kepada para pembanci kami yang masih lagi bertungkus-lumus melaksanakan banci di kediaman anda bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam banci kali ini.
Untuk pengetahuan anda, Post Enumeration Survey (PES) akan dilaksanakan sejurus selepas tamat operasi banci.
Kepada 31.8 juta penduduk Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam Banci Malaysia 2020, TERIMA KASIH! Kerjasama anda amat kami hargai.
Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.dosm.gov.my
Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
https://www.mycensus.gov.my/
Facebook:
Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.facebook.com/StatsMalaysia
Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
https://www.facebook.com/mycensus2020
Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://twitter.com/StatsMalaysia
Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.instagram.com/statsmalaysia
YouTube: Jabatan Perangkaan Malaysia
https://www.youtube.com/channel/UC0CMa71i-wBYmz-HIZ8bOzQ
27/10/2021
Seperti yang semua sedia maklum, Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Survei Penilaian Liputan Banci (SPLB) 2020 bagi menilai kualiti dan ketepatan data Banci 2020.
Pengisian survei ini secara dalam talian (e-PES) hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Oleh itu, sekiranya anda menerima e-mel jemputan untuk menjawab SPLB 2020 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, sila laksanakan tanggungjawab anda untuk melengkapkan survei tersebut dengan memberikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap serta tepat.
Jika terdapat sebarang isu berkaitan SPLB 2020๐ค, anda boleh menggunakan medium berikut ๐
โ๏ธ Telefon: 03-8885 7889/7890
๐ง E-mel bantuan teknikal : [email protected]