Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi

Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi

Share

Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri

Photos from Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi's post 14/05/2026

Bagi mengimbangi kesan ketidaktentuan ekonomi dunia, harga bahan api di Malaysia ditetapkan kekal stabil bagi minggu 14 hingga 20 Mei 2026. Melalui mekanisme subsidi bersasar, kerajaan berjaya mengawal harga runcit daripada lonjakan pasaran global yang terkesan oleh konflik semasa.

Langkah ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara dengan harga petrol paling kompetitif di Asia Tenggara, selaras dengan agenda menjaga kebajikan rakyat.




13/05/2026

Ketidaktentuan ekonomi global memberi kesan kepada kos pengeluaran, harga barangan dan rantaian bekalan dunia. Namun, Kerajaan MADANI terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kebajikan rakyat dan kestabilan bekalan negara sentiasa terjamin.

Fokus Kerajaan adalah jelas, menjamin bekalan, mengawal tekanan harga dan memastikan rakyat terus mendapat manfaat serta perlindungan sewajarnya dalam menghadapi cabaran global semasa.

Kredit poster: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)




Photos from Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi's post 13/05/2026

MEMACU TRANSFORMASI PETRA MELALUI PEMBUDAYAAN REFORMASI DAN PENYAMPAIAN BERIMPAK

Seramai 70 warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Program Transformasi PETRA 2026 yang memberi fokus kepada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), Akta ILTIZAM serta Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) sebagai pemacu pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman warga PETRA terhadap hala tuju reformasi sektor awam, khususnya dalam aspek kecekapan tadbir urus, penambahbaikan sistem dan proses kerja serta budaya penyampaian yang lebih responsif dan berfokuskan rakyat.

Selain sesi perkongsian, turut diadakan sesi soal jawab bersama warga PETRA yang membuka ruang kepada perbincangan, pertukaran pandangan dan penjelasan lanjut berkaitan pelaksanaan ARPA, Akta ILTIZAM dan RKB di peringkat kementerian.

Komitmen serta penglibatan aktif seluruh warga kerja amat penting dalam memastikan agenda transformasi dapat diterjemahkan secara berkesan demi memperkukuh kecemerlangan organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan awam negara.

Kredit foto: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)




Photos from Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi's post 12/05/2026

MESYUARAT PENGURUSAN PACU (MPP) BILANGAN 5 TAHUN 2026

Mesyuarat Pengurusan PACU (MPP) Bil. 5 Tahun 2026 telah berlangsung secara dalam talian dengan dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan, Pengarah Eksekutif PACU. Mesyuarat ini berfungsi sebagai platform utama bagi menyelaras hala tuju organisasi, berkongsi perkembangan semasa, serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan meskipun dalam situasi pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR). Dalam konteks ini, Pengarah Eksekutif menegaskan bahawa aspek disiplin dan keberadaan pegawai sepanjang tempoh BDR tetap menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi bagi memastikan produktiviti jabatan sentiasa berada pada tahap optimum.

Selaras dengan arahan penjimatan semasa, mesyuarat memperincikan strategi kawalan aliran tunai organisasi bagi mendepani impak ekonomi kesan krisis Asia Barat. Langkah ini bukan sekadar pemotongan kos, tetapi satu bentuk pengurusan sumber yang berhemah. Sebarang keperluan aktiviti rasmi yang mendesak hendaklah dilaksanakan secara berskala kecil dengan mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat atau premis kerajaan sedia ada bagi mengelakkan implikasi kewangan tambahan.

Walaupun berdepan dengan langkah penjimatan dan kawalan perjalanan dalam negeri, PACU tetap komited dalam memperkasa kompetensi dan pembangunan kapasiti warga kerjanya. Mesyuarat bersetuju untuk meneruskan penghantaran pegawai ke program-program pembangunan melalui pengoptimuman peruntukan sedia ada secara berhemah dan bijaksana. Segala maklumat dan arahan yang disampaikan telah diambil maklum sepenuhnya oleh semua ahli mesyuarat demi kelangsungan kecemerlangan organisasi dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.




12/05/2026

Di sebalik setiap rawatan, ada insan yang sentiasa cekal menghulurkan bantuan tanpa mengenal penat. Dari detik pertama kita dilahirkan, hinggalah saat kita memerlukan rawatan, jururawat sentiasa menjadi antara insan terawal yang hadir memberi perhatian, sokongan dan harapan.

Mereka ialah wira dan wirawati yang tidak didendang, bekerja dengan penuh dedikasi demi memastikan setiap pesakit mendapat penjagaan terbaik. Sentuhan empati, kesabaran serta komitmen mereka menjadi kekuatan kepada ramai insan setiap hari.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 🫢🏼




10/05/2026

Kita boleh mencari seribu kawan dan beratus kekasih, tetapi kita hanya diberi satu peluang untuk memiliki seorang ibu.




09/05/2026

SETEGUH KASIH IBU 🌹

Di sebalik setiap kejayaan kita hari ini, berdirinya seorang wanita yang tabah menjadi pendorong dan inspirasi. Bukan sekadar seorang penjaga, malah tokoh yang membentuk jati diri dan menjadi sumber kekuatan luar biasa dalam setiap keluarga.

Daripada titisan keringat hingga doa yang tidak pernah putus, pengorbanan seorang ibu adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak.

Terima kasih Ibu, atas cinta tanpa syarat dan keteguhan hati yang tiada tandingan. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu hebat di luar sana!




Photos from Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi's post 08/05/2026

Hujan renyai petang tadi sebenarnya satu 'vibe' tambahan untuk kami warga JPM kekal aktif! Sesi Kick-Off 21 Days Challenge JPM hari ini meriah dengan kehadiran semua, dan pastinya warga PACU tidak ketinggalan menyahut cabaran! πŸƒβ€β™‚οΈ

Memang seronok dapat keluarkan peluh bersama-sama. Gaya hidup sihat bermula di sini, tapi jangan hanya untuk 21 hari ini sahaja ya. Semoga momentum ini terus konsisten agar kita kekal aktif walau di mana jua berada.

Teruskan semangat!

Kredit foto: UKK JPM




Photos from Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi's post 07/05/2026

Pembangunan kapasiti pegawai terus diperkasa melalui penyertaan dalam kursus Develop Your Leadership: Stop Doing, Start Leading! anjuran Dale Carnegie Malaysia yang berlangsung dari 5 hingga 7 Mei 2026. Selari dengan aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan dan pengurusan, kursus ini melahirkan pemimpin yang berkesan serta mampu membina hubungan kerja yang kukuh dan berintegriti.

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Zammidi bin Mohd Asri atas penganugerahan Best Presenter Award (Anugerah Pembentang Terbaik) sepanjang kursus berlangsung. Pengiktirafan ini diberikan atas keberkesanan komunikasi dan penyampaian beliau.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga kerja lain untuk terus cemerlang dalam pembangunan profesional dan kepimpinan.




Photos from Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi's post 07/05/2026

Walaupun pasaran global terus berdepan ketidaktentuan dan tekanan harga minyak dunia, Kerajaan MADANI terus berusaha memastikan rakyat menikmati harga petrol dan diesel yang stabil serta berpatutan melalui pelbagai inisiatif subsidi bersasar.

Malaysia kekal antara negara dengan harga bahan api terendah di rantau ini demi menjaga kesejahteraan rakyat dan mengurangkan beban kos sara hidup.

Kredit poster: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)




06/05/2026

Kerajaan terus komited menangani kos sara hidup rakyat melalui langkah segera dan bersasar. Mesyuarat MTEN memberi fokus kepada sokongan pesawah, pembenihan awan di kawasan kritikal, serta pengurangan kadar sewa premis kerajaan.

Di samping itu, Program Jualan Rahmah MADANI diperkasa dan diperluas bagi memastikan rakyat menikmati barangan keperluan pada harga berpatutan, sambil menyokong usahawan tempatan.




Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

https://www.youtube.com/@PACU_PMO

Address


Aras 2, Setia Perdana 3, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502