30/08/2026
π²πΎ SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 | MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI
Nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini berdiri di atas asas kukuh yang dibina oleh generasi terdahulu. Dalam perkhidmatan awam dan landskap pembangunan masa kini, kemerdekaan menuntut kita menterjemahkan nilai tersebut menerusi tadbir urus berintegriti tinggi serta komitmen berterusan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Sebagai penggerak kemajuan, marilah kita perkasakan azam untuk memberikan perkhidmatan berimpak tinggi, berinovasi tanpa henti, dan melangkah ke hadapan dengan iltizam yang padu.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026. Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur, dan berdaulat.
π²πΎ MERDEKA!! π²πΎ MERDEKA!! π²πΎ MERDEKA!!
"Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiβ
Setulus ikhlas:
Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli
Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
PLANMalaysia
KPKT Malaysia