04/04/2022
Sediment disasters have been threatening people's lives from ancient times. In Japan, incorporating the sediment disaster control technology of Europe have been promoting its own research from the Meiji period.
The original purpose of the sabo structures was to reduce the excess sediment discharge to prevent river degradation further downstream and to enable ship navigation in the downstream streams. More recently the emphasis of Sabo works shifted to the control of debris flows. Now, advanced disaster control technology have much been improved!
Letโs join Sabo Structures Workshop
Date: 7 April 2022 (Thursday)
Time: 10:00 am - 5:00 pm (KUL)
Hybrid Mode Via Zoom Application & 40 selected participants at Training Room, Level 1, Block F11, Complex F, Ministry of Environment and Water, Putrajaya
FREE REGISTRATION
https://forms.gle/xsy3UPkxX6rbpTsm9
10/12/2021
Untuk makluman YBhg. Datuk /Datoโ Seri /Datoโ Sri /Datoโ /Datin /Tuan /Puan, bagi menyemarakkan Program Denai Sungai Kebangsaan, sukacita dimaklumkan bahawa KASA menganjurkan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 11 Disember 2021 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tasik Cempaka,
Bandar Baru Bangi
Selangor
Kod pakaian :Pakaian riadah
Jumpa anda semua di sana!
10/11/2021
Bersama-sama kita ๐ช๐ช
Tahniah pasukan PLASTICBUSTERS dari Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi KASA atas inisiatif menggunakan beg guna semula. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan warga KASA menghindari penggunaan plastik sekali guna dalam urusan harian selaras dengan pendirian Kerajaan yang dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna, 2018 โ 2030.
Marilah bersama-sama memperkasakan inisiatif โ100 days to โ dalam menangani isu sisa pencemaran plastik yang menjadi isu serantau dan global.
Maklumat lanjut dan terperinci berhubung inisiatif ini boleh dilayari melalui pautan https://www.unep.org/events/campaign/100-days-beatplasticpollution-cleanseas
โ๏ธโ๏ธโ๏ธ
25/10/2021
Pada hari ahad lepas KASA, Jabatan Pengairan dan Salian (JPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK).
Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) merupakan
inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menangani cabaran sosio-alam sekitar menerusi pengurusan dan penggunaan alam secara lestari demi memastikan kelestarian dan keindahan sungai terjaga sekali gus mengawalnya daripada risiko serta aktiviti pencemaran. Melalui DSK, KASA mensasarkan
10,000 kilometer pembinaan denai di kawasan rizab sungai menjelang tahun 2030.
Terima kasih pada semua yang terlibat terutamanya komitmen tinggi daripada YBhg Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang KSU KASA yang sentiasa cakna dengan kepentingan menjaga sungai yang merupakan sumber air utama buat kita semua.
21/10/2021
Ayuh bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan kelestarian alam sekitar demi kemakmuran bersama.
๐๐๐
10/09/2021
Semalam, Puan Roshana Alma Setiausaha Bahagian BSASH menghadiri sesi lawatan bersama YB Menteri di Batu Pahat, Johor. Antara programnya adalah lawatan ke tapak projek Rancangan Tebatan Banjir Sg Batu Pahat dan tapak projek menaik taraf Sistem Saliran Mesra Alam Daerah Batu Pahat. Pelaksanaan projek-projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 10,120 penduduk yang sering mengalami masalah banjir termenung di sana. Selain itu, ia dapat mengelakkan kerugian kepada peladang kelapa sawit di sekitar kawasan berisiko yang tidak dapat mengutip hasil kebun jika berlaku kejadian banjir.
Kemudian delegasi yang hadir menyaksikan Demonstrasi Kawalan Pelepasan Air Banjir Termenung Melalui Teknologi Ubah Bentuk Water To Mist/Vapour Dan Sprinkler System oleh NAHRIM di Kampung Parit Separap sebelum bertolak balik semula ke Putrajaya.