08/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Jom bersama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Likas pada 11 hingga 14 Jun 2026.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, antaranya Pameran Rumah KAMI, 5 Perkampungan Etnik, Pertandingan Sabah Idol, FoodUnites, Jualan MADANI, Pertandingan E-Sukan, Larian Negara Bangsa serta pelbagai program interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai Jabatan Perhutanan Negeri Sabah yang menampilkan pelbagai informasi berkaitan pemuliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan anak pokok secara percuma sebagai galakan untuk menyemai budaya penghijauan dan mencintai alam semula jadi. ๐ชด
Bah! Kamu urang datanglah beramai-ramai untuk meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan keharmonian yang menjadi kekuatan negara kita.
๐ Masuk adalah PERCUMA!
Jumpa anda di sana!
๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ๏ธ
08/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin telah menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pagi ini secara dalam talian.
Dalam majlis ini, Perdana Menteri telah menyampaikan amanat beliau yang menekankan kepentingan integriti, profesionalisme, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta semangat kebersamaan dalam mendukung agenda pembangunan negara. Penjawat awam turut diseru untuk terus memperkukuh komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Majlis ini turut menjadi ruang untuk menghargai sumbangan serta peranan warga Kementerian sebagai tonggak penting dalam memastikan dasar dan inisiatif Kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan, inklusif dan berimpak tinggi.
Semoga amanat dan aspirasi yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasakan perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berteraskan nilai MADANI demi masa depan Malaysia yang lebih mampan dan sejahtera.
๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ๏ธ
๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฝ โข ๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ โข ๐๐ป๐๐ฒ๐ด๐ฟ๐ถ๐๐ถ
08/06/2026
[๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐]
Krisis tenaga global mengingatkan kita bahawa ketahanan tenaga hanya dapat dicapai melalui kepelbagaian sumber dan pelaburan dalam tenaga bersih. Dunia tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada bahan api fosil. Peralihan kepada tenaga boleh baharu perlu dipercepat demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Pada masa yang sama, kepesatan pembangunan pusat data menjadikan transisi tenaga semakin mendesak dan strategik untuk menjamin pertumbuhan ekonomi digital yang mampan.
Malaysia perlu terus memperkukuh komitmen dalam mempercepat peralihan tenaga, memperluas penggunaan tenaga bersih serta memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, keselamatan tenaga dan kelestarian alam demi kesejahteraan generasi akan datang.
๐ฌ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ผ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ง๐ต๐ฒ ๐๐ป๐ฒ๐ฟ๐ด๐ ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ถ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐๐ผ๐ป๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐ง๐๐ผ๐ป๐ฎ๐ฒ)
๐ฐ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ๏ธ
๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฝ โข ๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ โข ๐๐ป๐๐ฒ๐ด๐ฟ๐ถ๐๐ถ
08/06/2026
๐๐๐
๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐
๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Hubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
08/06/2026
[๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐]
Peralihan tenaga tidak menunggu kita bersedia. Namun melalui tindakan yang diambil hari ini, kita memilih untuk bersedia menghadapi cabaran masa depan. Kejayaan agenda peralihan tenaga negara bukan hanya bergantung kepada dasar dan infrastruktur yang kukuh, tetapi turut didorong oleh keupayaan, bakat dan komitmen rakyat dalam menerajui perubahan ke arah pembangunan yang lebih mampan.
Melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia terus memperkukuh usaha mempercepat transformasi sektor tenaga, mengurangkan pelepasan karbon serta mewujudkan peluang ekonomi baharu yang mampu memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang. Dengan kerjasama semua pihak, aspirasi negara untuk mencapai masa depan tenaga yang lestari mampu direalisasikan.
๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐ฆ๐ฟ๐ถ ๐๐ฟ๐๐ต๐๐ฟ ๐๐ผ๐๐ฒ๐ฝ๐ต ๐๐๐ฟ๐๐ฝ
๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐๐๐น๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐น๐ฎ๐บ (๐ก๐ฅ๐๐ฆ)
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ง๐ต๐ฒ ๐๐ป๐ฒ๐ฟ๐ด๐ ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ถ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐๐ผ๐ป๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐ง๐๐ผ๐ป๐ฎ๐ฒ)
๐ฐ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ๏ธ
๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฝ โข ๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ โข ๐๐ป๐๐ฒ๐ด๐ฟ๐ถ๐๐ถ
08/06/2026
Penamatan Nasihat Tsunami jam 12:00 tghr - MetMalaysia
08/06/2026
โDo not panicโ: Arthur Kurup urges calm as tsunami warning issued for Sabahโs east coast after Mindanao quake
08/06/2026
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri dan Labuan hingga 11 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berlaku di Perak melibatkan kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak serta Sabak Bernam di Selangor.
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2565843
Malaysian Meteorological Department
08/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 dengan kedalaman 50 km telah dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi, 8 Jun 2026.
Gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 5.7ยฐ Utara dan longitud 125.1ยฐ Timur. Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Tawau dan Semporna, Sabah.
Berdasarkan analisis MET Malaysia, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari, 8 Jun 2026.
Siren nasihat tsunami telah dibunyikan di empat lokasi iaitu Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat.
โ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถโ โ๏ธ
๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฝ โข ๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ โข ๐๐ป๐๐ฒ๐ด๐ฟ๐ถ๐๐ถ