15/10/2026
πππππππ πππππππ πππππππππ πππ ππππ
Jelajah Integriti KPM 2026 yang bertemakan βIntegriti Tanpa Sempadanβ telah melabuhkan tirainya pada 14 Oktober 2026, setelah berlangsung sejak 30 Jun 2026. Pelaksanaan 13 siri program ini mencerminkan komitmen berterusan Unit Integriti, Kementerian Pendidikan dalam memperkukuh budaya integriti dan meningkatkan kesedaran warga pendidikan terhadap tanggungjawab serta amanah dalam perkhidmatan.
Dengan kerjasama JWP Kuala Lumpur, JWP Putrajaya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh negeri, program ini melibatkan warga pendidik daripada JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Secara keseluruhan, Jelajah Integriti KPM 2026 merekodkan 78,267 tontonan, sekali gus memperluas capaian mesej integriti kepada warga pendidikan di seluruh negara.
Program ini menampilkan tiga penceramah, iaitu Puan Siti Zakiah Che Man, Ketua Unit Integriti; Encik Mohd Azrul bin Zainal, Ketua Penolong Setiausaha; dan Encik Hasmeer bin Hasanuddin, Penolong Pengarah. Perkongsian yang disampaikan memberi ruang kepada warga pendidik untuk mengemukakan pertanyaan, mendapatkan penjelasan serta meningkatkan kefahaman berkaitan isu integriti, peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
Maklum balas yang diterima menunjukkan harapan agar program seumpama ini diteruskan dan diperkasakan melalui pelaksanaan secara bersemuka, penambahan slot, sesi setengah hari serta penyediaan reruai integriti. Peserta turut mencadangkan agar perhatian diberikan kepada negeri yang berdepan isu integriti tertentu, di samping memperluas pendedahan tentang peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa bagi membantu warga pendidik memahami serta mematuhi ketetapan dalam perkhidmatan.
Pembudayaan integriti tidak terhenti pada penyampaian maklumat atau penyertaan dalam program semata-mata. Sebaliknya, nilai amanah, kejujuran dan akauntabiliti perlu dihayati serta diterjemahkan dalam setiap tindakan, keputusan dan pelaksanaan tugas. Inilah asas penting dalam membina persekitaran pendidikan yang berintegriti, profesional dan dipercayai masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, urus setia, rakan kerjasama serta warga pendidik yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Jelajah Integriti KPM 2026.
Usaha memperkukuh budaya integriti akan diteruskan menerusi Sambutan Hari Integriti KPM Tahun 2026 pada 5 November 2026, dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sebagai tuan rumah.