31/05/2026
Kadang-kadang yang paling memenatkan bukanlah kerja yang banyak, tetapi apabila segala usaha yang dicurahkan seolah-olah tidak dipandang dan tidak dihargai. Kita datang awal, p**ang lewat, membantu tanpa diminta, namun hati tetap terasa kosong.
Apabila pujian tidak datang, penghargaan tidak diberikan dan pengorbanan tidak disedari, ramai yang mula bertanya dalam diam, “Untuk siapa sebenarnya aku bekerja?”
Ikuti kisah Alim, seorang kerani yang sedang mencari jawapan kepada persoalan yang pernah bermain dalam hati kita semua. Sebuah kisah tentang harapan, kekecewaan dan perjalanan memahami makna sebenar sebuah pekerjaan.
Mula esok. Jangan lepaskan setiap episodnya. Mungkin dalam kisah Alim, kita akan menemukan jawapan yang selama ini kita cari.
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilanjutkan usia dan diberkati kesihatan yang berpanjangan.
𝘚𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩 𝘛𝘢𝘬𝘻𝘪𝘮 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢:
Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
Institut Kanser Negara
30/05/2026
Tidaklah Allah SWT memiliki sifat buta, sebab Allah mampu melihat dan mengawasi semua perbuatan makhluk-makhluk-Nya.
30/05/2026
𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐈𝐧𝐢
Alhamdulillah, satu lagi naskhah sedang diusahakan.
𝑹𝒆𝒔𝒆𝒕 𝑴𝒐𝒅𝒆 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏: 𝑵𝒐 𝑷𝒓𝒆𝒔𝒔𝒖𝒓𝒆, 𝑱𝒖𝒔𝒕 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒆𝒔𝒔 merupakan buku kedua yang diterbitkan pada tahun ini, hasil usaha bersama Unit Hal Ehwal Islam IKN dengan pelajar Latihan Industri USIM.
Buku ini hadir dengan pendekatan santai, ringan dan dekat dengan kehidupan seharian. Ia mengajak kita melihat Ramadan bukan sebagai bulan yang menekan, tetapi sebagai ruang untuk kembali menyusun diri, memperbaiki langkah dan bergerak sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.
Tidak perlu sempurna untuk bermula.
Yang penting, terus melangkah.
Semoga buku ini menjadi teman kecil yang memberi makna besar dalam perjalanan Ramadan kita semua.
29/05/2026
HIKMAH MELONTAR JAMRAH
Setiap kali musim haji, mesti ada yang tertanya-tanya:
“Betul ke dekat jamrah tu ada syaitan?”
Sebenarnya, melontar jamrah bukan bermaksud kita sedang membaling syaitan yang diikat di situ.
Ia adalah simbol ketaatan kepada Allah SWT dan mengikuti sunnah Nabi Ibrahim AS yang melawan godaan syaitan ketika melaksanakan manasik haji.
Melontar jamrah mengajar kita bahawa musuh sebenar bukan sekadar di jamrah tetapi bisikan syaitan yang sentiasa mengajak manusia kepada maksiat, lalai dan jauh daripada Allah.
Sebab itu, batu yang dilontar bukan sekadar batu. Ia membawa makna:
“Aku lawan nafsu.” “Aku lawan malas beribadah.” “Aku lawan bisikan maksiat.” “Aku lawan sikap s**a tangguh taubat.”
Allah SWT berfirman:
“Dan hendaklah kamu mengingati Allah pada hari-hari yang tertentu bilangannya.”
(Surah al-Baqarah: 203)
Melontar jamrah dilakukan dengan 7 biji batu kecil, bukan selipar, botol, payung atau telefon. Itu bukan semangat, itu cari masalah.
Kesimp**annya, melontar jamrah bukan tentang kuat mana kita baling batu, tetapi kuat mana kita melawan syaitan dalam kehidupan seharian.
Wallahua‘lam.
27/05/2026
NOTA TASYRIQ
11, 12 dan 13 Zulhijjah tak boleh puasa?
Ya, betul. Hari Tasyriq ialah 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu hari selepas Aidiladha.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hari-hari Tasyriq ialah hari makan, minum dan berzikir kepada Allah.”
(Riwayat Muslim)
Sebab itu para ulama menjelaskan bahawa umat Islam dilarang berpuasa pada hari-hari tersebut.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah kamu berpuasa pada hari-hari ini kerana ia adalah hari makan dan minum.”
(Riwayat Ahmad)
Maksudnya, ini bukan hari untuk menahan lapar tetapi hari untuk meraikan nikmat Allah dengan penuh syukur sambil memperbanyakkan zikir dan ibadah.
Puasa sunat tak boleh.
Puasa ganti pun tak boleh.
Mazhab Syafie yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia juga menegaskan bahawa hukum berpuasa pada Hari Tasyriq ialah haram kecuali dalam keadaan tertentu bagi jemaah haji yang melaksanakan haji tamattu’ atau qiran dan tidak mampu menyembelih dam.
Tetapi bila Islam sebut hari makan dan minum bukan bermaksud makan tanpa batas
Berpada-padalah dalam menikmati juadah. Jangan sampai raya bertukar jadi ujian kolesterol p**a!
Kesimp**annya:
11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah hari makan, minum dan berzikir kepada Allah. Bukan hari berpuasa.
Raya biar meriah.
Syukur jangan hilang.
Zikir jangan tinggal.
Wallahua‘lam.
26/05/2026
Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan di mimbar kehidupan tetapi tentang hati yang terus memilih untuk memberi walau dalam penat dan ujian.
Dalam semangat Hospital Mesra Ibadah, semoga setiap khidmat yang dihulurkan kepada pesakit menjadi ibadah, setiap pengorbanan menjadi pahala dan setiap keikhlasan menjadi jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H
Unit Hal Ehwal Islam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga IKN dan umat Islam di mana sahaja berada.
Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana teladan agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
Raikan hari mulia ini dengan hati yang tenang, jiwa yang bersyukur dan kasih sayang sesama insan.
Ikhlas daripada:
Unit Hal Ehwal Islam
Institut Kanser Negara
Maaf Zahir dan Batin
كل عام وأنتم بخير
26/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 | 𝟗 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sempena Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah IKN menyeru seluruh warga kerja, pesakit dan keluarga untuk memperbanyakkan doa, munajat, puasa sunat serta amalan kebajikan.
Moga hari penuh kemuliaan ini menyuburkan nilai ihsan, menguatkan jiwa, menyatukan hati dan menghadirkan rahmat Allah SWT dalam setiap khidmat serta kehidupan.
Salam Hari Arafah 9 Zulhijjah 1447H.
Ikhlas daripada,
Seluruh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah IKN