22/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Bandar Saujana Putra, 20 Oktober 2026 โ Program Latihan Hands-Only Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah berlangsung di Pusat Simulasi Klinikal, Bangunan Unity, Universiti MAHSA, dengan penyertaan seramai 30 orang pegawai dan kakitangan UKAS.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan asas, kemahiran praktikal dan keyakinan untuk melaksanakan tindakan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan, khususnya melibatkan mangsa yang mengalami henti jantung. Latihan ini memberi penekanan kepada pengenalpastian situasi yang memerlukan tindakan CPR, pelaksanaan CPR yang betul serta pengendalian dan penggunaan AED secara selamat.
Dikendalikan dengan bimbingan Profesor Madya Dr. Siti Rosnah Maarof, Pengarah Pusat Simulasi Klinikal dan Latihan, Universiti MAHSA, program ini turut memberi peluang kepada setiap peserta untuk menjalani latihan praktikal CPR dan penggunaan AED menggunakan manikin yang disediakan.
Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan lain, termasuk kebakaran, kecederaan akibat melecur dan insiden tercekik makanan yang melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen UKAS dalam memperkukuh pengetahuan dan kesiapsiagaan warga kerja terhadap situasi kecemasan, di samping memupuk budaya prihatin, tanggungjawab dan keselamatan di tempat kerja.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu peserta bertindak dengan pantas, tepat dan berhemah apabila berhadapan dengan situasi kecemasan.