Erwin Khairul Ahmad

Directions Website

Erwin Khairul Ahmad Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 membuka tirainya dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Ki...
26/10/2026

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 membuka tirainya dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 pada 19 Julai 2026 di Ipoh, diikuti dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos 2026 di Dataran Putrajaya dan akhir sekali, Sambutan Hari Malaysia 2026 yang telah berlangsung di Kuching.

Bertepatan dengan tema HKHM 2026, “Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati”, program-program ini berjaya menyerlahkan komitmen berterusan kerajaan dalam membina sebuah negara maju, harmoni dan sejahtera tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun ideologi politik.

Kejayaan yang ditempa pastinya didukung oleh petugas belakang tabir yang sentiasa komited. Justeru, pada malam ini di Hotel Everly, Putrajaya, hampir 1,000 orang petugas telah diraikan dalam Majlis Perasmian Penutup HKHM 2026.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan, pengorbanan dan komitmen berterusan semua petugas dalam menjayakan sambutan yang penuh bermakna kepada negara.

Mewakili Jawatankuasa Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang, Jawatankuasa Buku Program dan Jawatankuasa Media & Publisiti, saya menerima sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2026, Yang Berhormat Dato’ Seri Fahmi Fadzil. Jutaan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa atas kerja keras dan komitmen yang telah dicurahkan.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah.





26/10/2026

Berita Baik !

Menerusi Belanjawan 2027, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM16 bilion.

Bantuan ini membantu menampung pembelian barangan asas dan meringankan perbelanjaan harian keluarga.

Kerajaan MADANI terus komited membantu rakyat. Ringankan beban, sejahterakan kehidupan!





Saya diminta mengulas tentang buku kegemaran. Maka saya ceritakan bahawa minat saya membaca timbul daripada hobi Allahya...
26/10/2026

Saya diminta mengulas tentang buku kegemaran. Maka saya ceritakan bahawa minat saya membaca timbul daripada hobi Allahyarhamah ibu saya yang minat membaca walaupun tidak menjalani pendidikan formal. Semenjak kecil saya didedahkan dengan banyak bahan bacaan termasuk hikayat-hikayat Melayu yang terkenal seperti Merong Mahawangsa dan Panji Semerang.

Saya meminati pelbagai genre penulisan dari novel remaja, persilatan, seram hinggalah sastera. Nama-nama seperti A. Samad Said, Arena Wati dan Ahadiat Akashah merupakan penulis kegemaran saya.

Saya juga diminta untuk memberikan sedikit pengalaman dalam Sesi Bicara Ikon : Bacaan Kegemaran Saya sempena Hari Terbuka Pusat Sumber dan Fotografi (PSF), JAPEN 2026 yang diadakan di Menara Komunikasi, Putrajaya sebentar tadi.

Melalui sesi ini, saya kongsikan mengenai buku The 48 Laws of Power tulisan Robert Greene. Ia membincangkan tentang bagaimana manusia mendapatkan kuasa, mengekalkan pengaruh dan melindungi diri daripada permainan kuasa orang lain.

Hari Terbuka PSF, JAPEN mula dilaksanakan sejak 2022. Acara tahunan ini menggabungkan elemen perpustakaan, fotografi, koleksi digital, permainan santai dan aktiviti interaktif.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif PSF untuk mendekatkan perkhidmatan, koleksi dan fungsi pusat sumber dan fotografi kepada keluarga JAPEN.

Dengan tema “Dari Lensa Ke Minda”, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan PSF sebagai pusat pengetahuan, koleksi visual, fotografi dan bahan digital yang menyokong penyampaian maklumat serta pemeliharaan khazanah foto negara.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan (Pengurusan), Tuan Che Kazidi Mohd Zainuddin, Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka, Ts. Hazize San, Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Puan Salwani Salim, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Puan Hasnah Ahmad, Pengarah Bahagian Teknologi Digital, Tuan Ahmad Yuzri Mohamed Zainul Abeedin dan Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Puan Imelda Godon.




“Segalanya Bermula Di Sini” bukan sekadar tema tetapi sebuah manifestasi terhadap titik mula setiap perjalanan kreatif. ...
24/10/2026

“Segalanya Bermula Di Sini” bukan sekadar tema tetapi sebuah manifestasi terhadap titik mula setiap perjalanan kreatif. Daripada cetusan sebuah idea yang kemudiannya dicanai dengan usaha barisan insan di sebalik tabir maka lahirlah sebuah karya yang mampu menyentuh hati dan membentuk pemikiran penonton.

Tema ini juga mengingatkan kita bahawa kejayaan dunia penyiaran negara bukan hanya tentang sejauh mana kita telah melangkah tetapi juga tentang keberanian untuk terus memulakan sesuatu yang lebih baik demi masa depan industri kreatif Malaysia.

Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi. Sebanyak 60 kategori dipertandingkan meliputi 40 kategori televisyen, 17 kategori radio dan tiga kategori media baharu. Dua kategori khas turut diperkenalkan iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa.

Majlis penuh prestij ini diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Dato' Seri Fahmi Fadzil. Sebelumnya beliau telah mengumumkan penyediaan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bagi enam kategori yang berjumlah RM15 juta. Enam kategori tersebut ialah :
1) Dana Co-Pro Antarabangsa Filem Cereka / Cereka Animasi,
2) Dana First Time Amatuer Film Maker (FAME),
3) Dana Co-Pro Program TV (Supertelefilem),
4) Dana Co-Pro Mikro Drama (Stesen Penyiar / OTT Platform),
5) Dana Supertelefilem Artis Veteran (STAR) dan
6) Dana Penerbitan Pesanan Khidmat Awam (PSA) Kenegaraan.

Dana di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang akan mula dibuka pada 16 November 2026 ini bertujuan untuk membuka peluang kepada bakat baharu, memperluas kerjasama antarabangsa, memberi ruang kepada artis veteran untuk terus berkarya serta menggalakkan penghasilan kandungan baharu seperti mikro drama bagi memenuhi keperluan pasaran digital.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwad Ismail, pengurusan kanan kementerian, para penaja, penggiat industri penyiaran, penerbit, pengamal media serta pemain industri kreatif negara.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan dalam berkarya.





23/10/2026

Berita Baik !

PERLINDUNGAN BIL ELEKTRIK DIPERTINGKATKAN

Kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik pengguna domestik daripada 600 kepada 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan di bawah inisiatif Belanjawan MADANI 2027.

Langkah ini bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan elektrik isi rumah, sekali gus menyokong kesejahteraan rakyat dalam mengurus kos sara hidup.




22/10/2026

Berita Baik !

BANTUAN KHAS KEWANGAN RM1,500 : MANFAATKAN DENGAN BIJAK!

Belanjawan 2027 mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 sebagai sokongan tambahan buat warga perkhidmatan awam.

Manfaatkan bantuan ini dengan perancangan yang bijak demi memenuhi keperluan keluarga, pendidikan anak-anak dan memperkukuh simpanan kecemasan.

Urus dengan bijaksana, rancang dengan berhemah, demi kesejahteraan keluarga dan masa depan yang lebih terjamin!

Dalam usaha memperkasakan peranan dan tanggungjawab keluarga JAPEN sebagai ejen komunikasi yang berwibawa dan responsif,...
22/10/2026

Dalam usaha memperkasakan peranan dan tanggungjawab keluarga JAPEN sebagai ejen komunikasi yang berwibawa dan responsif, kemahiran psikologi komunikasi terkini dalam membina strategi penyampaian maklumat yang berkesan amat penting khususnya di era kebenaran menjadi pertikaian, limpahan maklumat yang sukar dikawal dan ancaman penularan berita yang membentuk pemikiran negatif semakin berleluasa.

Justeru, Seminar Komunikasi Pembujukan : Menangi Hati Rakyat anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dengan kerjasama JAPEN telah diadakan di Menara Komunikasi, Putrajaya hari ini. Seminar yang dihadiri oleh sekitar 200 orang anggota keluarga JAPEN ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teknik psikologi pembujukan, meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan penolakan, keraguan atau maklum balas negatif daripada rakyat secara berhemah dan strategik serta mempertajamkan kemahiran komunikasi digital, silang budaya dan interpersonal.

Barisan panel yang mencurahkan ilmu dalam seminar ini ialah Mantan Ketua Pengarah JAPEN, Dato' Sri Ibrahim Abdul Rahman, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar, Pensyarah UPM, Dr. Sharifah Sofiah Syed Zainuddin, Pensyarah UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin dan Dr. Abdul Aziz Azizam.

Turut berkongsi pengalaman ialah Mantan Pengarah JAPEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Tuan Haji Sabarudin Yeop Hamzah, Pengarah JAPEN Terengganu, Tuan Mohd Nor Aswadi Md. Nor dan Pengarah JAPEN Labuan, Tuan Ruddyansjah Mahtar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil.

Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi, Datuk Aminurrahim Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), J-KOM, Tuan Haji Suwadi Guliling dan Ketua Bahagian Akademik, IPPTAR, Tuan Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof.




21/10/2026

📱 Kenapa kerajaan saran henti guna Waze?

🔹 Pengumpulan data: Merekod lokasi, pergerakan dan perjalanan pengguna.

🔹 Perundangan: Tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang Israel.

🔹 Risiko keselamatan: Data pergerakan berpotensi mendedahkan maklumat sensitif.

🔹 Langkah kerajaan: Penjawat awam dilarang menggunakan Waze, manakala orang ramai disaran beralih kepada TuJu.





21/10/2026

KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI MENGENAI KESELAMATAN DATA DAN KEDAULATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIKOMPROMI

Bagi penjelasan lanjut, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (NACSA, MKN JPM) telah menyediakan Soalan Lazim (FAQ) yang boleh dirujuk di https://www.nacsa.gov.my/faq-waze.php






Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
KP MKN

Optical Character Recognition - Voter Attandance (OCR - VA) merupakan satu sistem yang merekod kehadiran pengundi secara...
21/10/2026

Optical Character Recognition - Voter Attandance (OCR - VA) merupakan satu sistem yang merekod kehadiran pengundi secara automatik menerusi pengimbasan maklumat pada dokumen pengenalan diri. Sistem ini dapat membantu mempercepatkan semakan sekali gus mengurangkan kesilapan penandaan secara manual.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperluaskan projek rintis OCR - VA ke semua saluran di setiap pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 16 pada 14 November 2026 nanti.

JAPEN akan membantu membuat hebahan dan penerangan kepada umum berkaitan OCR -VA ini.

Ini antara perkara yang dibincangkan ketika sesi Kunjungan Hormat saya ke SPR sebentar tadi.

Turut disentuh ialah tentang penambaikan proses permohonan pas media bagi petugas media ketika pilihan raya dan peranan Info on Wheels (IOW) dalam melaksanakan hebahan keluar mengundi.

Penghargaan dan terima kasih kepada Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus atas kesudian menerima kunjungan kami.

Pertemuan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN, Puan Rubaayah Osman.




Address

PEJABAT KETUA PENGARAH Aras 18 , Menara Komunikasi, Lot 4G9, Persiaran Perdana Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Erwin Khairul Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share