Parti Pejuang Tanahair

Parti Pejuang Tanahair

Share

Facebook rasmi Parti Pejuang Tanahair

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 29/03/2026

Hari ini Dato Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir Presiden Pejuang berbesar hati memenuhi Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri mantan menteri Kabinet Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar di Kuala Lumpur.

Dato Seri Utama Mukhriz ditemani To' Puan Seri Utama Norzieta Zakaria beramah mesra dengan tetamu-tetamu lain serta menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan.

Semoga Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar serta keluarga dikurniakan pahala dan kebaikkan berlipat ganda...ameen

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 20/03/2026

Taqabbalallahu minna wa minkum!

Semoga Allah SWT terima segala ibadah kita dan kalian semua, ameen.

Semoga Ramadan yang tinggalkan kita akan kita temui lagi. Didoakan amalan semua diberikan pahala berlipat ganda.

Eid Mubarak Eid Kareem pada semua muslimin muslimat dimana jua anda berada.

Agar Eid kali ini bermakna bersama keluarga dan sanak tercinta.

Pada yang memandu berhati-hati di jalanraya.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Ikhlas
Parti Pejuang Tanahair

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 14/03/2026

Pejuang Shah Alam & Ramadan

Antara bahagian paling aktif dalam kawasan parlimen adalah Pejuang Shah Alam.

Lagi sekali di bulan Ramadan Mubarak, Pejuang Shah Alam atur program-program menyantuni masyarakat Shah Alam.

Edaran air balang pada pengunjung kawasan berhampiran Ole-Ole Seksyen 18, Shah Alam juga bantuan sempena Syawal 1447H serta Iftar bersama ahli-ahli Pejuang.

Turut serta dalam program yang diketuai Sdr Mohd Azlan Shah adalah rakan-rakan pimpinan Pejuang Shah Alam, Pejuang Selangor, Parti Pejuang Tanahair dan sahabat-sahabat dari parti-parti Bersatu & PAS kawasan Shah Alam serta NGO-NGO tempatan.

Semoga Pejuang Shah Alam komited demi bangsa, agama dan negara.

Pejuang Shah Alam
Ramadan 1447H

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 13/03/2026

Iftar Pejuang Sepang

Alhamdulillah, Pejuang Sepang aktif dan kali ini menganjurkan Iftar mengumpulkan ahli-ahli serta penyelaras mereka.

Acara bertambah meriah apabila kehadiran tetamu istimewa Dato Seri Utama Presiden Mukhriz Mahathir beserta Ketua Negeri Selangor Dato Markiman Kobiran, Dato' Wira Amiruddin Hamzah orang kuat Pejuang (mantan SUA yang jasa dikenang sehingga hari ini), Puan Hafizah Jusoh Ketua Pejuanita Malaysia dan ramai lagi pimpinan utama parti di peringkat nasional serta negeri.

Semoga ukhuwah yang dibina sentiasa wujud dalam Parti Pejuang Tanahair , Pejuanita Official ...ameen Ya Rabb!

Kota Warisan,Sepang
13.03.2026

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 13/03/2026

Hari Al-Quds - TOLAK PERANG!

Bumi KL bergema laungan takbir. Derapan langkah disusun bukti jiwa rakyat Malaysia yang mengutuk pengecut puak zionis Israel.

PEJUANG dipimpin oleh Dato Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir sentiasa konsisten dalam isu Al -Quds dan pembebasan Palestin dari kekejaman jenayah perang serta genosida tidak masuk akal oleh regim zionis Israel.

Hari ini selesai solat Jumaat demonstran tanpa kira latarbelakang dan pangkat bersolidariti bermula dari Masjid Tabung Haji.

Semoga Palestin merdeka ...ameen!
Takbir!

13.03.2026
Kuala Lumpur

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 12/03/2026

Penyatuan & Kerjasama

Mesej yang kerap kali diulangi apabila Dato Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir selaku Presiden PEJUANG bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU awal pagi tadi.

Perjumpaan sekitar dua jam ini memperlihat kedua pemimpin serta rakan-rakan parti masing-masing bertukar pandangan tentang situasi politik semasa serta isu-isu yang mendampingi rakyat kebanyakkan.

PEJUANG dan BERSATU di akhir perjumpaan melahirkan ketetapan dan komitmen untuk sama-sama mempertahan perjuangan demi bangsa, demi agama dan demi negara.

12.03.2026
Bukit Damansara

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 22/02/2026

Penyatuan Tema Utama, Bukti PN Masih Relevan

1.Parti Pejuang Tanahair melahirkan ucapan penghargaan kepada ahli-ahli komponen Perikatan Nasional yang membuktikan politik penyatuan merupakan dasar ke arah pembentukan saf pembangkang yang lebih ampuh.

2.Tahniah diucapkan kepada kesemua pimpinan baharu Perikatan Nasional khususnya YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang disahkan sebulat suara selaku Pengerusi PN.

3.Pejuang menggesa agar proses penyatuan ini diteruskan dengan mengumpulkan segala pihak yang inginkan perubahan lanskap politik negara untuk berada dibawah satu payung perjuangan yang besar demi bangsa, demi agama dan demi Malaysia yang tercinta.

4.Pejuang mengulangi gesaan Presiden DSU Mukhriz Mahathir agar semua pihak mula menumpukan kembali fokus serta tenaga bagi memperjuang isu-isu rakyat lebih-lebih lagi dikala Madani gagal melaksana janji serta reformasi yang dicanang selama ini.

5.Semoga dengan pelantikan muka baharu di pihak Perikatan Nasional mencerminkan kematangan politik pembangkang yang akan lebih komited membawa suara serta dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
22.02.2026

16/02/2026

PEJUANG ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua warga masyarakat Tionghua. Semoga nilai-nilai murni, keharmonian serta kekeluargaan semua yang menyambut dapat dipupuk bersama.

GONG XI FA CAI!

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 18/01/2026

"Ya Allah, Ya Rabb, hanya padaMU segala kesembuhan , segala syifa' , kami mohon kesihatan YABhg Ayahanda Tun Mahathir semoga dikurniakan aafiyah'....ameen!!!"

Semalam atas jemputan DSU Mukhriz Mahathir , Presiden Pejuang , di Masjid Saiyidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bagi sama-sama mendoakan kesembuhan Negarawan ulong Malaysia.

Semoga dipermudah segala urusan.

17.01.2026
Bukit Damansara

07/01/2026

Sdr Alex Shee dari Persatuan Harmoni Bangsa Tiong Hua selepas perjumpaan dengan Dato Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir, Presiden PEJUANG.

Photos from Parti Pejuang Tanahair's post 07/01/2026

Hari ini Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir, Presiden PEJUANG menerima kunjung hormat dari pimpinan utama Persatuan Harmoni Bangsa Tiong Hua (Malaysian Chinese Unity Association ) yang diketuai oleh Sdr Alex Shee.

Pertemuan ini memberi peluang kepada Presiden dan pimpinan PEJUANG mendengar sendiri pelbagai isu yang dirasai oleh bangsa Tiong Hua yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan adalah halatuju negara, isu pendidikan, isu ekonomi dan perancangan kerjasama antara kedua pihak di masa hadapan.

Yang pasti Persatuan Harmoni Bangsa Tiong Hua juga merangka perjuangan demi negara.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan
07.01.2026

04/12/2025

Salam takziah dari Pejuang Tanahair dan Dato' Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima B**g Mokhtar Radin.

Semoga dipermudah segala urusan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Conezion Commercial Centre
Putrajaya
62502