Pejuang Putrajaya

Pejuang Putrajaya

Share

Perjuangan Untuk Membela Warga Putrajaya Kearah Yang Lebih Baik. Ayuh Bersama-sama Dengan Pejuang Putrajaya.

10/03/2023

Kerajaan Madani kini boleh digelar sebagai

Baki caruman KWSP dibenarkan sebagai sandaran pinjaman peribadi - PM | Harian Metro 09/03/2023

PM DSAI mengalakkan rakyat yg sedang dlm kesusahan terus hidup dlm keadaan berhutang. Cagaran ini akan menguntungkan Bank2 kerana perlu membayar faedahnya sekali. Adakah ini kaedah terbaik yg dipikirkan oleh pihak Kerajaan kpd rakyat?. Kalau begini kaedahnya sama2 la kita menolak PH dan sekutunya di PRN nanti

https://www.hmetro.com.my/utama/2023/03/943992/baki-caruman-kwsp-dibenarkan-sebagai-sandaran-pinjaman-peribadi-pm #:~:text=Kuala%20Lumpur%3A%20Kerajaan%20bersetuju%20melaksana,terdesak%20dan%20memerlukan%20wang%20sahaja.

Baki caruman KWSP dibenarkan sebagai sandaran pinjaman peribadi - PM | Harian Metro Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

15/11/2022

Ambil Lah Mana yang Sempat.

13/11/2022

WARGA PUTRAJA SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK ANDA SEMUA BERI KEPERCAYAAN PADA Dato' Mohd Rosli Ramli ..

BERSAMA KITA BERSIHKAN PUTRAJAYA DARI RASUAH

10/11/2022

𝐃𝐀𝐑𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐒

BETAPA KEJAMNYA KOMUNIS!!!!

kembali zaman darurat, terbayang difikiran kisah duka dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh penduduk Tanah Melayu ketika Parti Komunis Malaya (PKM) bermaharajalela melancarkan serangan untuk menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan.

Kegagalan untuk bergiat sebagai parti politik, menyebabkan PKM menukar strategi kepada perjuangan bersenjata hingga menyebabkan rakyat hidup dalam kebimbangan dan ketakutan. Pembunuhan, penyeksaan dan sabotaj dilakukan oleh PKM bertujuan menghancurkan ekonomi dan melumpuhkan sistem perhubungan di Tanah Melayu.

Kemuncak kepada keganasan itu ialah pembunuhan tiga orang ketua Kuomintang di Johor pada 12 Jun 1948, dan pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah termasuk seorang pembantu ladang di Sungai Siput, Perak, pada 16 Jun 1948.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, Darurat diisytiharkan di Perak dan Johor pada 17 Jun 1948. Pada 12 Julai 1948, Sir Alexander Theodore Newboult, Pegawai Tadbir Kerajaan, mengisytiharkan perluasan Undang-Undang Darurat ke seluruh Tanah Melayu.

Pengisytiharan ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 13 Julai 1948. PKM diharamkan secara rasmi pada 23 Julai 1948. Perluasan undang-undang ini memberikan kuasa yang lebih kepada pihak polis dan tentera untuk menangkap dan menahan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversif.

Dalam usaha membendung dan melemahkan kegiatan komunis, kerajaan memperkenalkan beberapa rancangan di bawah Undang-undang Darurat. Antara rancangan tersebut termasuklah penggunaan kad pengenalan oleh semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas.

Rancangan ini berjaya mengesan dan mengehadkan pergerakan pengganas komunis. Pada 1950, Jeneral Sir Horold Briggs memperkenal Rancangan Briggs. Rancangan penempatan semula setinggan di kampung-kampung baharu bertujuan memastikan penduduk dapat diasingkan daripada pengaruh dan ancaman komunis.

Taktik ini berjaya menyekat bekalan makanan dan memutuskan perhubungan, maklumat, ubat-ubatan dan keanggotaan baru kepada PKM. Penempatan semula setinggan ini melibatkan seramai 572 917 orang yang telah dipindahkan ke 480 buah kampung baharu (Jun 1950 hingga Disember 1952).

Bagi mengekang pemberontakan komunis dan meningkatkan tahap keselamatan negara, pasukan keselamatan diperkukuh dengan pembesaran pasukan polis dan tentera.

Antara pasukan yang ditubuhkan semasa berlakunya darurat ialah Pasukan Mata-Mata Khas-SC (Special Constable), Polis Bantuan (Auxiliary Police), Polis Cawangan Khas (Special Branch) dan Pengawal Kampung (Home Guard). Tentera dari negara Britain, Australia, New Zealand, Fiji dan Afrika Timur turut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk membantu memerangi keganasan komunis.

Kemuncak usaha kerajaan untuk mengatasi pemberontakan bersenjata komunis ini adalah mengadakan rundingan damai dengan pihak komunis. Rundingan ini diadakan dalam empat sesi di Sekolah Kerajaan (kini Sekolah Kebangsaan Tunku Putra), Baling, Kedah pada 28 hingga 29 Disember 1955. Rundingan ini bertujuan untuk menamatkan darurat.

Rundingan ini juga merupakan lanjutan daripada tawaran pengampunan berama-ramai yang diberikan oleh kerajaan kepada angota PKM pada 9 September 1951.

Dalam rundingan tersebut, pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra; Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. PKM p**a diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Chin Peng, dan dua lagi ahli, iaitu Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin.

Namun begitu, rundingan ini berakhir tanpa sebarang persetujuan daripada pihak komunis kerana mereka berniat untuk mendapatkan kebebasan politik bagi mencapai cita-cita mereka.

Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeidin Sulaiman Shah, namun saki-baki anggota PKM masih belum dapat dihapuskan sepenuhnya. Saki-baki anggota komunis ini berundur ke sempadan Malaysia – Thailand.

Mereka mengumpul kekuatan untuk melancarkan semula pemberontakan bersenjata dengan matlamat yang sama, iaitu menumbangkan kerajaan dan menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. Pemberontakan bersenjata yang dilancarkan semula ini telah mencetuskan darurat kedua di Malaysia pada tahun 1968 hingga 1978.

Keterangan dasar yang dikeluarkan oleh PKM pada bulan Jun 1968, menjelaskan sikap PKM, yang mahu melakukan perjuangan secara keganasan bersenjata. Strategi yang digunakan oleh PKM antara lain melibatkan penyusupan semula unit penggempur ke Semanjung Malaysia bagi menguasai semula kawasan tradisi mereka dan seterusnya melakukan pemberontakan.

Pemberontakan bersenjata PKM ini di mulai dengan menyerang beberapa sasaran pasukan keselamatan. Serangan ini bertujuan untuk memperlihatkan kesungguhan PKM dalam memulakan semula pemberontakan bersenjatanya. Antara serangan yang telah dilakukan oleh pengganas komunis ini termasuklah serangan hendap terhadap satu konvoi pasukan keselamatan pada 17 Jun 1968.

Dalam serangan tersebut, konvoi Batalion Pertama, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta, Perak telah diserang hendap oleh penggans komunis berhampiran kawasan sempadan Kroh (Perak) dan Betong (Thailand). Dalam kejadian tersebut, tiga buah kenderaan polis mengalami kerosakan teruk, 16 orang anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh dan 17 orang anggota lagi mengalami kecederaan.

PKM juga bukan sahaja memperhebatkan gerakan ketenteraanya di hutan belantara, malahan memasuki bandar dan melakukan pelbagai sabotaj dan kemusnahan. Antara yang menjadi sasaran utama pengganas komunis termasuklah kerja pembinaan Lebuh Raya Timur – Barat sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan Gerik, Perak dan Pasir Puteh, Kelantan. Kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit apabila banyak jentera dan kelengkapan pembinaan diletupkan serta dimusnahkan.

Pada 26 Ogos 1975, ibu kota Kuala Lumpur dikejutkan dengan serangan pengeboman Tugu Negara diikuti serangan ke atas Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Dalam serangan tersebut seramai dua anggota PPH terbunuh serta mencederakan 41 anggota yang lain.

Pengganas komunis juga bertindak lebih agresif dan ganas dengan melakukan siri pembunuhan ke atas anggota pasukan keselamatan. Antara keganasan yang dilakukan termasuklah membunuh pegawai dan anggota Cawangan Khas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim pada 6 Jun 1974 dan Ketua Polis Kontinjen Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 November 1975 di Ipoh, Perak.

Perang gerila yang dicetus oleh PKM pada tahun 1968 berlarutan selama 21 tahun. Namun, titik noktah bagi pemberontakan ini dicapai pada tahun 1989 apabila PKM menyambut seruan damai yang diusahakan oleh pihak kerajaan Thailand dengan kerjasama pihak Kerajaan Malaysia.

Lanjutan daripada rundingan yang dijalankan selama hampir setahun, pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai telah dimeterai antara PKM dengan Pihak Kerajaan Malaysia; dan PKM dengan kerajaan Thailand.
Berdasarkan kepada perjanjian ini, PKM bersetuju menamatkan pemberontakan dan memusnahkan senjata serta membubarkan pasukan senjatanya. Selain itu, PKM juga memberikan jaminan kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand untuk menghormati undang-undang kedua-dua negara.

Dalam upacara menandatangani Perjanjian Damai yang diadakan di Hotel Lee Gardens, Haadyai, Thailand ini, PKM diwakili oleh Pengerusinya, Abdullah C.D, Chin Peng dan anggota majlis pusat, Abdul Rashid Maidin. Kerajaan Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Haniff Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Mohd. Ali. Kerajaan Thailand p**a diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi Dalam Negeri, Jeneral Tan Sri Vhabalit Yongchaiyudh; Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Empat, Lefternan Jeneral Yoodhana Yampundhu; Ketua Pengarah Jabatan Polis Diraja Thailand, Jeneral Polis Saweang Therasawat dan Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Encik Anek Sithip Rasasana.

Perjanjian damai dan pembubaran Pasukan Komunis Malaya (PKM) ini merupakan lambang kejayaan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani perjuangan bersenjata PKM.

Sesungguhnya kejayaan ini menyumbang kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Oleh sebab itu, nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang dikecap kini wajarlah disyukuri. Namun begitu, usahlah kita alpa dan leka serta beranggapan ancaman tidak lagi wujud pada masa sekarang dan akan datang. "Kegagalan memandang ke hadapan memungkinkan kita terperangkap ke dalam situasi yang sukar". Begitulah catatan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein, pada 23 Julai 1999 (dipetik dari buku Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989).

Sumber : Arkib Negara Malaysia

29/10/2022

Demi untuk merealisasikan hasrat rakyat untuk memastikan Msia ditadbir dgn baik serta bebas RASUAH, Pejuang sangup utk bergabung dengan parti2 lain tetapi apakan daya mereka tidak sangup hanya kerana PENTINGKAN DIRI SENDIRI untuk menjadi PERDANA MENTERI. Rakyat perlu tolak parti2 lain pada 19 Nov ini. PILIH PEJUANG untuk MEMBINA MALAYSIA YANG LEBIH BAIK.


Photos from Pejuang Putrajaya's post 22/10/2022

Penerangan oleh Pengarah JPRP Pejuang berkaitan gerak kerja Pejuang. Insyaallah jentera Pejuang Putrajaya semakin berkembang utk memastikan Putrajaya akn menjadi milik Pejuang di PRU 15 nanti.

Photos from Pejuang Putrajaya's post 21/10/2022

Walkabout bersama Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan, Dr Ahmad Idham di Foodtruck Presint 3. Alhamdulillah warga Putrajaya boleh menerima kehadiran kami. Semoga Pejuang mampu memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan nanti.




17/10/2022

Malaysia memerlukan pemimpin yang berani bagi mempertahankan rakyatnya. Jika pemimpin utama negara berani maka kebajikan rakyat di negara nya insyaallah akan terbela.
Untuk itu kepada anak2 muda sekalian pilihlah pemimpin yang betul2 mampu menjaga rakyat. Oleh itu sokonglah Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo Pejuang di PRU 15 nanti.

Photos from Pejuang Putrajaya's post 14/10/2022

Selesai sudah sesi pertama taklimat penubuhan jentera pilihanraya di Putrajaya. Terima kasih kpd Ybhg. Dato Sazmi Bin Miah, Ahli MEP dan Ybrs. Tuan Kamal Bin Aziz, Timb. Ketua Negeri Pejuang Wilayah Persekutuan serta ahli2 Pejuang Putrajaya yang sudi hadir utk mendengar taklimat jentera. Insyaallah kita akan lakukan lagi pada minggu hadapan. Kepada yang berminat utk menyertai sebagai sukarelawan pilihanraya di Putrajaya boleh mengisi borang pd pautan ini http://bit.ly/sukarelawanpru15putrajaya.





12/10/2022

Salam semua kepada para Pejuang Putrajaya. Negara kini memerlukan khidmat Tuan, Puan, Saudara & Saudari bagi membantu perjuangan parti utk menebus maruah agama, bangsa dan negara. Sertai kami di link tersebut.
bit.ly/sukarelawanpru15putrajaya.


Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Putrajaya