Perbadanan Wakaf Nasional Berhad

Perbadanan Wakaf Nasional Berhad

Share

PWNB ditubuhkan sebagai cabang pelaburan kepada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) selaku pemegang saham tunggal PWNB.

PWNB akan menilai, mengenal pasti, mencadangkan dan melaksanakan pembelian / pembangunan / pelaburan projek manakala YWM akan menyalurkan dana. PWNB akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam pembangunan serta pengoptimaan tanah-tanah dan aset-aset wakaf sedia ada, disamping mengenal pasti dan menambah aset-aset wakaf baru. PWNB juga akan bekerjasama dengan organisasi korporat

08/06/2026
06/06/2026

Penganugerahan Sijil BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) ini membuktikan komitmen berterusan Puteri Bay Hotel Melaka dalam mengekalkan standard kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan yang tinggi selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

04/06/2026

📢 Jawatan Kosong MySTEP – Pemasaran, Jualan & Komunikasi Korporat

Kami sedang mencari individu yang kreatif, berkeyakinan dan bersemangat tinggi untuk menyertai pasukan kami.

📍 Lokasi: Conezion Commercial, Putrajaya
📅 Tarikh tutup: 11 Jun 2026

✨ Kriteria:
✔ Berpengalaman dalam pemasaran & komunikasi
✔ Kemahiran komunikasi yang baik
✔ Proaktif & boleh bekerja dalam pasukan

👉 Hantar permohonan anda ke [email protected] sekarang!

03/06/2026

Semoga Allah SWT mengurniakan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, kebahagiaan yang berpanjangan serta kekuatan dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.

Semoga setiap usaha, kepimpinan dan jasa bakti YB sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kejayaan, kesejahteraan serta rahmat Allah SWT, dan terus menjadi asbab manfaat kepada masyarakat dan ummah.

Selamat Hari Lahir.

Semoga sentiasa berada dalam lindungan, petunjuk dan kasih sayang Allah SWT.

www.pwnb.com.my

03/06/2026

MENJUNJUNG TITAH, MEMPERKUKUH PERPADUAN

1. Saya dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh takzim menjunjung titah dan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar agar seluruh rakyat Malaysia menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.

2. Kemakmuran ekonomi dan limpahan pelaburan yang kita nikmati hari ini hasil kekuatan yang dibina atas keharmonian kaum dan kestabilan politik berpandukan Rukun Negara. Wajib kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah ﷻ ini dan berdoa agar Malaysia tidak bergelut seperti negara lain dalam menghadapi krisis bekalan dunia.

3. Titah Tuanku Sultan Ibrahim ini mengukuhkan lagi titah Tuanku Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan menjadi bukti Raja-raja Melayu sangat prihatin tentang isu rakyat dan hubungan antara kaum.

4. Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menekuni titah Tuanku Sultan Ibrahim seterusnya kembali kepada Rukun Negara agar negara ini terus aman dan maju untuk semua.

Daulat Tuanku.

Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Sembah takzim daripada seluruh warga Perbadanan Wakaf Nasional Berhad.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


K-3-05, Conezion Commercial, Persiaran IRC3, IOI Resort City
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30