24/01/2025
Mesyuarat Penyelarasan Pra Persidangan Parlimen untuk Pegawai Perhubungan Parlimen Peringkat Kementerian/Agensi Bil.1/2025 telah diadakan pada 20 Januari 2025.
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (DHA) mula beroperasi pada 1 Januari 2014 hasil daripada penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat.
24/01/2025
Mesyuarat Penyelarasan Pra Persidangan Parlimen untuk Pegawai Perhubungan Parlimen Peringkat Kementerian/Agensi Bil.1/2025 telah diadakan pada 20 Januari 2025.
24/01/2025
SESI LIBAT URUS DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA BAGI PENYEDIAAN CADANGAN PEMBERIAN ELAUN BERTUGAS SUKARELAWAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BENCANA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
22 Januari 2025
Bilik Mesyuarat Aras 15, JKM
Telah dipengerusikan oleh Puan Rosmahwati binti Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik)
Tujuan libat urus diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berkaitan pengurusan pemberian elaun kepada sukarelawan di bawah program kendalian agensi.
24/01/2025
Mesyuarat Permurniaan Peraturan-peraturan Kanak-kanak (Pusat)
20 Januari 2025
Bilik Mesyuarat Aras 13, JKM
Objektif:
1. Untuk memurnikan teguran semula selepas semakan Pegawai Undang-Undang (PUU), KPWKM
2. Untuk menyediakan jawapan bagi pertanyaan perundangan dari pihak PUU, KPWKM
24/01/2025
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Bil4./2024
6 Januari 2025 (Isnin)
Bilik Mesyuarat Jati, Aras 18, JKM.
Mesyuarat Dipengerusi oleh Datuk KPKM dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah-pengarah Bahagian dan juga wakil-wakil Bahagian.
08/01/2025
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Bil4./2024 telah diadakan pada 6 Januari 2025 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 18, JKM.
Mesyuarat Dipengerusi oleh Datuk KPKM dan dihadiri oleh TKP(S), TKP (O), Pengarah-pengarah Bahagian dan juga wakil-wakil Bahagian.
30/10/2024
Sedang berlangsung Sesi Semakan Jawapan Kamar Khas 4 November 2024 Bersama YBTM KKDW di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Hadir Sama PTTK YBM, P(DHA), Team BPU dan Urus Setia Parlimen JKM. **YBTM KKDW akan mewakili YBM KPWKM bagi Sesi Kamar Khas pada 4 November 2024.
30/10/2024
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ฉ๐๐ฏ๐๐ฅ๐ข.
Semoga cahaya perayaan ini membawa kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua penganut agama Hindu.
๐๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ธ๐๐๐ฑ ๐๐ฒ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ถ (๐๐ถ๐๐ฎ๐น๐ถ)?
Secara tradisinya, maksud Deepavali atau juga dikenali sebagai Diwali adalah perayaan penganut Hindu yang memperingati kepulangan Maharaja Rama, bersama-sama dengan Sita dan Lakshman, yang hidup dalam buangan selama empat belas tahun dan mengalahkan raja zalim Ravana.
Hari Deepavali merupakan antara perayaan utama penganut Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti umum di Malaysia. Sambutan ini juga dipanggil sebagai โpesta cahayaโ yang disambut oleh masyarakat India dan Sikh di negara kita. Inilah maksud Deepavali buat mereka yang meraikannya.
๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ด๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฐ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ?
Jika dilihat daripada sudut bahasa, Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Oleh itu, tradisi memasang pelita atau lampu minyak adalah simbolik bahawa cahaya yang terang akan mengatasi kegelapan dan mereka percaya keadilan boleh mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan membawa kemenangan menentang kezaliman. Deepavali atau Diwali juga dipercayai disambut untuk menandakan bahawa kemenangan selalu akan berpihak kepada mereka yang berbuat baik dan akan dapat menghapuskan kejahatan.
๐๐ถ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ป๐ฑ๐ถ๐ฎ?
Sambutan perayaan Deepavali biasanya disambut mengikut kalendar Tamil pada hari ke-14 bulan Aipasi (antara bulan Oktober dan November).
๐๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ถ?
Terdapat pelbagai mitos atau kisah epik yang dikaitkan dengan dengan Hari Deepavali atau Diwali ini. Satu kisah epik yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah epik Ramayana. Kisah ini menceritakan bagaimana Maharaja Rama iaitu pemerintah Ayodhya dan Maharani Sita.
Rancang perjalanan anda dan berhati-hati di jalan raya.
Semoga selamat sampai ke destinasi.
๐ฆ๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ?
Beliau adalah avatar (mengikut kepercayaan agama Hindu ia bermaksud jelmaan tuhan). Oleh itu, Rama dipercayai merupakan avatar Dewa Vishnu, pelindung dan pemelihara Bumi. Ini bermakna beliau adalah perantara yang digunakan oleh Dewa Vishnu apabila dia mahu muncul sebagai manusia, di Bumi.
๐ฆ๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ถ๐๐ฎ?
Sita ialah isteri Rama. Dia seorang puteri yang cantik dan, seperti Rama, beliau juga merupakan avatar bagi dewa Hindu. Sita adalah penjelmaan Dewi Lakshmi.
Kisah Rama dan Sita menceritakan adegan bahawa Rama dan Sita telah dihalau untuk tinggal di hutan bersama abang Rama, Lakshman. Apakah yang berlaku seterusnya?
Ravana, Raja Kejahatan yang digambarkan mempunyai 10 kepala dan 20 lengan, mendengar tentang kecantikan Sita dan merancang untuk menculiknya. Ravana telah menyamar sebagai orang tua dan menipu Sita. Dia menculiknya dan terbang dengan kereta kudanya kembali ke pulaunya bernama Lanka.
Sita yang bijak meninggalkan jejak barang kemas yang berkilauan agar boleh di jejak suaminya. Sedang mengikuti jejak yang ditinggalkannya, Rama dan Lakshman mendapat bantuan daripada Hanuman, seorang Raja tentera monyet. Hanuman meminta semua monyet di negeri itu mencari Sita, dan dia akhirnya ditemui di dalam penjara di pulau Lanka.
Hanuman, Rama dan Lakshman mempersiapkan diri mereka untuk salah satu pertempuran terbesar yang pernah diceritakan. Rama meminjam busur dan anak panah khas daripada para dewa lantas memenangi peperangan ini. Sita telah diselamatkan dan mereka memutuskan untuk pulang. Ketika hari semakin gelap, rakyat jelata menghidupkan lampu minyak kecil yang dipanggil โagal vilakkuโ atau โdiyaโ untuk menerangi jalan pulang mereka.
Kesimpulannya, Maharaja Rama telah berperang dengan raja raksasa Ravana telah berjaya menumpaskan kezaliman dengan bantuan Lakshman dan Hanuman membawa maharani Sita kembali ke negeri mereka setelah terbuang kira-kira 14 tahun. Dipercayai bahawa rakyat jelata Ayodhya menyalakan pelita sepanjang jalan untuk menerangkan laluan mereka yang gelap. Itulah simbolik perayaan Deepavali yang meraikan kebaikan melalui cahaya yang boleh menumpaskan kejahatan dan kegelapan.
๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ถ๐๐ฎ๐น๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐บ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ป๐ฑ๐ถ๐ฎ?
Malam sebelum Hari Deepavali mereka akan mengadakan upacara memasang pelita atau lampu minyak โvilakkuโ kemudian mula menyediakan โkolamโ atau โrangoliโ iaitu aktiviti menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan. Tidak dilupakan juga kaum wanita akan memakai inai atau โmehndiโ untuk digayakan dengan baju baru pada hari perayaan nanti.
Satu lagi upacara istimewa pada pagi Hari Deepavali adalah acara mandi minyak bijan yang dilakukan sebelum matahari terbit. Tujuannya ialah sebagai penyucian badan dan jiwa yang sebaiknya disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh orang tua seperti ibu atau nenek. Kemudian, mereka akan memakai pakaian serba baru untuk membuang sifat tidak baik dan bersembahyang di kuil atau rumah masing-masing. Kalungan bunga akan diletakkan pada patung dewa mereka dan juga ahli keluarga yang telah meninggal dunia sebagai memperingati pemergian mereka. Seterusnya menziarahi rumah sanak saudara dan menjamu manisan dan hidangan tradisional.
Masyarakat Malaysia juga mengamalkan tradisi kunjung-mengunjungi semasa sambutan Deepavali ini yang dikenali sebagai acara rumah terbuka.Tetamu akan dihidangkan dengan menu tradisional dan moden seperti tosai, capati, kari sayur atau kari daging ayam/kambing, nasi beriani dan kuih-muih tradisional seperti muruku, atherasam dan sebagainya.
๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง๐๐ง ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐๐ญ๐ข-๐ก๐๐ญ๐ข ๐๐ข ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐.
๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข ๐ค๐ ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข.
Sumber: https://www.twinkl.my/teaching-wiki/maksud-deepavali
30/10/2024
Pegawai dari Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa JKMM (DHA JKMM) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina Bil. 2/2024 di Lexis Port Dickson
29/10/2024
Sedang berlangsung Sesi Semakan Jawapan Lisan 29 Oktober 2024 Bersama YBM KPWKM di Parlimen Malaysia. Hadir Sama YBrs. Encik Mohd Azahari bin Mohd Daut, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa JKMM (DHA JKMM), Team BPP dan Urus Setia Parlimen JKM
| Monday | 07:30 - 18:00 |
| Tuesday | 07:30 - 18:00 |
| Wednesday | 07:30 - 18:00 |
| Thursday | 07:30 - 18:00 |
| Friday | 07:30 - 18:00 |