31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada:
Pengerusi & Seluruh Warga Lembaga Ahli Geologi Malaysia
31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ชท
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa kedamaian, keharmonian dan nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai toleransi, belas ihsan dan saling menghormati demi membina masyarakat yang lebih harmoni, bersatu dan sejahtera.
Ikhlas daripada
Pengerusi dan seluruh warga
Lembaga Ahli Geologi Malaysia
30/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐พ
Lembaga Ahli Geologi Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang meraikannya.
Perayaan ini mencerminkan kekayaan warisan budaya, semangat kesyukuran serta nilai kebersamaan yang menjadi asas kepada keharmonian masyarakat majmuk di negara kita. Kepelbagaian budaya yang diraikan bersama merupakan kekuatan yang menyatukan rakyat Malaysia dalam semangat hormat-menghormati, persefahaman dan perpaduan.
Semoga sambutan pada tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai
Ikhlas daripada
Pengerusi dan Seluruh Warga
Lembaga Ahli Geologi Malaysia
26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐
Semoga Aidiladha yang disambut penuh keberkatan ini membawa seribu makna pengorbanan, keikhlasan serta mempereratkan lagi ukhuwah dan kasih sayang sesama insan.
Semoga setiap pengorbanan dan amal kebajikan diterima serta dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia.
Ikhlas daripada
Pengerusi dan seluruh warga
Lembaga Ahli Geologi Malaysia
20/05/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) meneruskan Siri Jelajah Universiti Tempatan Zon Tengah dengan mengadakan sesi perkongsian profesional bersama para pelajar geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, UKM ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai profesion ahli geologi profesional, peranan Lembaga Ahli Geologi Malaysia serta kepentingan pematuhan kepada Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689).
Sesi perkongsian turut memberi pendedahan berkaitan laluan kerjaya, pembangunan profesional dan cabaran industri geosains masa kini bagi membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) komited dalam memperkukuh hubungan strategik bersama institusi pengajian tinggi demi melahirkan graduan geologi yang kompeten, profesional dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri negara.
19/05/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐?
Pelantikan Ahli Geologi berdaftar adalah penting bagi memastikan setiap kerja, laporan dan perkhidmatan geologi dilaksanakan secara profesional, kompeten serta mematuhi kehendak undang-undang di bawah Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689].
Penglibatan Ahli Geologi yang berdaftar bukan sahaja meningkatkan keyakinan terhadap kualiti dan integriti laporan geologi, malah membantu mengurangkan risiko keselamatan, kegagalan projek dan ketidakpatuhan kepada perundangan sedia ada.
Pastikan projek anda dikendalikan oleh Ahli Geologi yang berdaftar dan bertauliah demi keselamatan, kelestarian dan pembangunan negara yang mampan.
โProfesionalisme membentuk keyakinan, pematuhan menjamin keselamatan.โ
18/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐๐ก - ๐๐๐ฟ๐๐๐ ๐จ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ท๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Terima kasih atas penyertaan anda dalam sesi Kursus Ulangkaji Peperiksaan Penilaian Profesional Bahagian I BoG.
Sijil penyertaan kini boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
๐
https://drive.google.com/drive/folders/1hn26q0zWlURFGZPUzWaAgWjUNddsI3sx
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk memuat turun sijil, sila hubungi kami melalui WhatsApp di 012-751 7014 atau emel ke [email protected] untuk bantuan lanjut.
www.bog.gov.my
---
CERTIFICATE OF PARTICIPATION โ May 2026 Examination Revision Course
Thank you for your participation in the Examination Revision Course for the BoG Part I Professional Assessment.
The certificate of participation can now be downloaded via the following link:
๐
https://drive.google.com/drive/folders/1hn26q0zWlURFGZPUzWaAgWjUNddsI3sx
If you encounter any issues downloading the certificate, please contact us via WhatsApp at 012-751 7014 or email us at [email protected] for further assistance.
www.bog.gov.my
SIJIL KURSUS ULANGKAJI 14 MEI 2026 - Google Drive
16/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
โ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐โ
Pengerusi dan seluruh warga Lembaga Ahli Geologi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi masa depan negara.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran terhadap sains, alam sekitar, geosains dan kelestarian bumi demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan negara yang mampan.
Terima kasih, guru, atas setiap ilmu yang dicurahkan dan inspirasi yang terus menyinari generasi pewaris negara. ๐ฟ
14/05/2026
๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
Bagi memastikan penyampaian maklumat yang lebih pantas dan tepat, ahli berdaftar diingatkan untuk menyertai kumpulan WhatsApp rasmi yang telah disediakan oleh Lembaga Ahli Geologi mengikut kategori masing-masing.
Platform komunikasi ini merupakan medium sedia ada bagi memudahkan perkongsian pengumuman rasmi dan penyelarasan urusan profesional sesama ahli.
Ahli yang belum menyertai boleh berbuat demikian dengan mengimbas kod QR mengikut kategori keahlian berikut:
1. Ahli Geologi Siswazah (GG)
2. Ahli Geologi Profesional (PG)
3. Ahli Geologi Asing (FG)
Lembaga Ahli Geologi menghargai kerjasama anda dalam memperkukuh jaringan komunikasi profesional geosains di Malaysia.