Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM

Share

Platform bagi kakitangan JTM saling berhubung & menggalakkan kesejahteraan kerja & kehidupan positif

Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 12/01/2024

12 Januari 2024 | Aras 6, JTM

Majlis bacaan Yaasin & doa selamat menyambut tahun baru 2024 serta majlis penghargaan bagi meraikan pegawai bertukar keluar JTM serta sesi memperkenalkan pegawai yang baharu anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM telah diadakan pada 12 Januari 2024 (Jumaat) jam 8:30 pagi bertempat di aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.
Pegawai berpindah :
1) Ts. Rostam Bin Hashim
2) Tn. Hj. A. Rahmad Bin Ngah
3) En. Muhammad Hafiz bin Harun



Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 15/12/2023

15 Dis 2023 | Aras 6 JTM
Majlis bacaan Yaasin dan tahlil ringkas sempena bulan penutup tahun 2023 serta meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan JTM bagi bulan Disember telah diadakan pada 15 Dis 2023 bertempat di Aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.





Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 21/08/2023

14-15 Ogos 2023 | MAEPS, Serdang,

Sekalung tahniah buat para graduan ILJTM yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia, ILJTM seluruh Malaysia. Bagi meraikan para graduan ini, Majlis Konvokesyen ILJTM Tahun 2023 telah diadakan pada 14 & 15 Ogos 2023 bersamaan 27 & 28 Safar 1445H bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MAEPS.




Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 21/08/2023

26 Mei 2023 | Aras 6, JTM,

Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Tenaga Manusia Tahun 2023, telah diadakan pada 26 Mei 2023 bersamaan 6 Zulkaedah 1444H bertempat di Aras 6, Jabatan Tenaga Manusia, Putrajaya.



Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 18/04/2023

18 April 2023 | Aras 6, JTM,

Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Tenaga Manusia Tahun 2023, Majlis Penghargaan Ulang Tahun kelahiran pegawai JTM dan sumbangan kepada ahli yang terkesan banjir telah diadakan pada 18 April 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H bertempat di Aras 6, Jabatan Tenaga Manusia, Putrajaya.



Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 24/03/2023

22 Mac 2023 | Aras 6 JTM

Majlis bacaan Yaasin dan tahlil ringkas sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan serta meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan JTM bagi bulan Mac telah diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di Aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.





10/03/2023

10.3.2023 (Jumaat) | Aras 6, Jabatan Tenaga Manusia

Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JTM mengambil kesempatan menyerahkan sumbangan melalui Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Tenaga Manusia buat mangsa banjir yang terkesan di negeri Johor. Sumbangan yang dikumpulkan oleh Warga JTM dan KKR akan diserahkan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.




Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 01/03/2023

28 Februari 2023 | Aras 6, JTM.

Majlis bacaan Yaasin & doa selamat serta majlis penghargaan bagi meraikan pegawai yang bersara dan bertukar keluar JTM anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM telah diadakan pada 28 Februari 2023 (Selasa) jam 8:30 pagi bertempat di aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.

Pegawai bersara :
1) En. Hamed bin Yacob
2) Tn. Hj. Mohd Abd. Fatah bin Mohd Ramly

Pegawai berpindah :
1) En. Zawawi bin Abdullah
2) En. Mohd Zahirrudin bin Mohamad
3) Pn. Nik Mursilah Akmal binti Nik Mustafa
4) Pn. Nur Arina Diyana binti Padelah Shaimi

Pegawai bercuti belajar :
1) En. Hilmy bin Ahmad @ Mohamad





01/03/2023

25 Januari 2023 | Aras 6, JTM.

Majlis bacaan Yaasin & doa selamat serta Majlis Apresiasi sempena persaraan Timbalan Ketua Pengarah JTM, En. Mat Setia bin Mohd Raji telah diadakan pada 25 Januari 2023 bertempat di aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.



Photos from Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM's post 28/02/2023

16 ~ 18 Disember 2022 | ADTEC Shah Alam

Kejohanan Sukan Zon Tengah anjuran bersama antara ADTEC Shah Alam dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM telah berlangsung pada 16 ~ 18 Disember 2022 (Jumaat ~ Ahad) bertempat di ADTEC Shah Alam.

Kejohanan ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara kakitangan JTM di sekitar lembah klang. Kejohanan ini turut disertai kontinjen dari ILP Kuala Lumpur dan ILP Kuala Langat.







28/02/2023

29 Julai 2022 | Aras 6, JTM.

Majlis bacaan yaasin & doa selamat serta majlis bagi meraikan pegawai berpencen dan bertukar keluar telah dadakan pada 29 Julai 2022 jam 8:30 pagi bertempat di aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.



28/02/2023

1 Julai 2022 | Aras 6, JTM.

Majlis bacaan yaasin dan doa selamat , majlis penghargaan bagi pegawai yang bertukar serta sambutan pesta buah-buahan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Tenaga Manusia - KKR JTM telah diadakan pada 1 Julai 2022 jam 10:00 pagi bertempat di aras 6, Jabatan Tenaga Manusia.




Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jabatan Tenaga Manusia, Kompleks D
Putrajaya
62350