Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

Share

LAMAN BAGI INFO BERHUBUNG PERBURUHAN DI MALAYSIA

Photos from Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi's post 15/05/2026

*NAZIRAN AKTIVITI PERBURUHAN BAGI PTK KANGAR, PERLIS*

“Memperkukuh Tadbir Urus, Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan”

PUTRAJAYA | 15 Mei 2026 – Pada 12 Mei 2026 yang lalu, pasukan naziran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah melaksanakan Sesi Naziran Aktiviti Perburuhan JTKSM Tahun 2026 di Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Kangar, Perlis.

Sesi naziran tersebut berlangsung selama tiga (3) hari dan berakhir pada 14 Mei 2026.

Negeri Perlis merupakan lokasi kedua pelaksanaan naziran selepas Negeri Selangor. Sepanjang sesi tersebut, sebanyak 277 fail telah disemak di PTK Kangar. Seramai enam pegawai dari Ibu Pejabat JTKSM telah terlibat dalam pelaksanaan naziran ini yang diketuai oleh Puan Nazatulsima binti Che Hassan, Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) JTKSM.

Hasil dapatan naziran telah dibentangkan pada akhir sesi kepada Ketua Pejabat Cawangan Kangar serta pegawai-pegawai yang terlibat.

Di samping itu, syor penambahbaikan dan teguran turut dikemukakan dalam sesi penutup naziran di pejabat berkenaan.

Program naziran ini mencerminkan komitmen berterusan JTKSM dalam memperkukuh tadbir urus organisasi serta memastikan penyampaian perkhidmatan perburuhan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.

Pelaksanaan naziran secara berkala membolehkan Jabatan mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan keberkesanan operasi serta kualiti perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Jabatan untuk memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berimpak tinggi serta berorientasikan rakyat.





Photos from Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi's post 13/05/2026

Kunjungan ke KPDN Berkaitan Kemudahan Pakaian Seragam dan Pakaian Keperluan Tugas

Putrajaya | 13 Mei 2026 - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah mengadakan satu kunjungan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertempat di Bahagian Penguat Kuasa, KPDN.

Kunjungan ini diadakan bagi mendapatkan perkongsian maklumat, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengurusan kemudahan pakaian seragam serta pakaian keperluan tugas dalam perkhidmatan awam.

Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada aspek tatacara pengurusan, kaedah pelaksanaan, pematuhan garis panduan semasa serta cabaran dalam pengurusan kemudahan tersebut.

Selain memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara agensi Kerajaan, program ini juga menjadi platform pertukaran pandangan dan idea ke arah penambahbaikan sistem pengurusan yang lebih sistematik, cekap dan berkesan.

JTKSM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KPDN atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi maklumat dan pengalaman sepanjang sesi berlangsung.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berintegriti.





Photos from Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi's post 13/05/2026

Jalinan Strategik MyPOWER Corporation & JTKSM: Memperkasa Masa Depan Nuklear Negara ⚡

Putrajaya | 12 Mei 2026:

🤝Satu Kunjungan Hormat daripada pihak MyPOWER Corporation ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah diadakan.

📌Sesi ini telah dipengerusikan oleh Encik Roslee Sabaruddin bin Abu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) JTKSM.

🕵🏻‍♂️Fokus utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan:

- Projek Pembangunan Kompetensi & Kepakaran Nuklear.

- Penyelarasan latihan dan penilaian modal insan pakar.

- Pemantauan kesiapsiagaan tenaga kerja.

✍️Kerjasama strategik ini amat penting memandangkan peranan kritikal JTKSM dalam memastikan tenaga kerja negara bersedia mendepani teknologi masa hadapan.





12/05/2026

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia

Sekalung penghargaan dan ucapan kepada semua wira-wira beruniform putih di seluruh pelosok negara, khususnya mereka yang berkhidmat di hospital, klinik, serta pusat-pusat perlindungan dan pemulihan di bawah seliaan pelbagai sektor.

"Jururawat bukan sekadar kerjaya, ia adalah satu panggilan jiwa yang menuntut pengorbanan tanpa sempadan demi kesejahteraan manusiawi."

Kami di JTKSM amat menghargai komitmen para jururawat yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara. Anda adalah lambang dedikasi, ketabahan, dan kasih sayang dalam menjalankan tugas mencabar setiap hari.

Harapan Kami:

Kesejahteraan Pekerja: Semoga kebajikan dan hak para jururawat sebagai pekerja sektor kritikal terus dipelihara selaras dengan standard perburuhan yang tinggi.

Profesionalisme: Teruslah memberikan khidmat dengan penuh integriti dan empati bagi memastikan kualiti hidup masyarakat terus terpelihara.

Inspirasi: Semoga pengorbanan anda menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berbakti kepada negara.

Terima kasih atas segala titis peluh dan waktu yang dikorbankan demi menyelamatkan nyawa. Anda semua adalah perwira yang tidak didendang namun sentiasa di hati rakyat.

"Terima Kasih, Jururawat!"

Ikhlas daripada,
Ketua Pengarah & Warga JTKSM





12/05/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti sepanjang bersama Kementerian Sumber Manusia.

Semoga segala sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan menjadi inspirasi serta dikenang sepanjang masa. Warga KESUMA mengucapkan selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kesejahteraan berterusan. 🌹

12/05/2026

PEMAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT DOMAIN PORTAL JTKSM

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan melaksanakan pertukaran alamat domain portal rasmi jabatan sebagai usaha untuk memudahkan akses dan penyelarasan identiti digital agensi.

Jadual Peralihan Domain Pertukaran ini akan berkuat kuasa sepenuhnya pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)

Domain Lama akan ditutup: https://jtksm.mohr.gov.my

Domain Baharu: https://jtksm.gov.my

Pengemaskinian Pautan: Sila kemas kini pautan kegemaran (bookmarks) pada pelayar web kepada alamat baharu bermula pada tarikh tersebut.

Sistem Dalam Talian: Semua sistem aplikasi jabatan yang diakses melalui portal utama akan turut dipindahkan secara berperingkat ke domain baharu.

Lencongan Automatik: Sebagai langkah transisi, akses ke domain lama akan dilencongkan (redirect) ke domain baharu untuk tempoh masa yang terhad.

Pihak jabatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul semasa tempoh peralihan teknikal ini berlaku.

Usaha ini adalah komitmen dalam memberikan perkhidmatan digital yang lebih efisien dan mesra pengguna.





Photos from Kementerian Sumber Manusia's post 12/05/2026
11/05/2026

PERMOHONAN PELESENAN AGENSI PEKERJAAN SWASTA

10 jenis permohonan pelesenan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx)

ENAM JENIS PERMOHONAN DENGAN FI PROSES
1. Lesen baharu – RM300.00
2. Pembaharuan lesen – RM100.00
3. Dokumen pengenalan diri – RM50.00
4. Penubuhan cawangan – RM100.00
5. Pertukaran kategori lesen – RM100.00
6. Penggantian lesen – RM100.00

EMPAT JENIS PERMOHONAN TIADA FI PROSES
1. Pertukaran nama
2. Pertukaran premis
3. Perubahan pengarah / pengarah bertanggungjawab
4. Perubahan pemegang syer

bayaran melalui sistem iPayment





11/05/2026

HEBAHAN: UCAPAN SELAMAT DATANG & TAHNIAH

Seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Dedua Anak Taim @ Tiam di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JTK Negeri Pulau Pinang (Memangku Pegawai Perhubungan Perusahaan S14), berkuatkuasa mulai 11 Mei 2026.

Kami warga JTKSM mendoakan agar di bawah kepimpinan beliau, JTK Negeri Pulau Pinang akan terus cemerlang dalam memartabatkan urusan perburuhan dan keharmonian perusahaan di negeri tersebut.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya buat Encik Dedua!

Ikhlas daripada:
YBrs. Encik Kamal bin Pardi
Ketua Pengarah & Seluruh Warga Kerja JTKSM





Photos from Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi's post 10/05/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN PERKHIDMATAN “SKIM S” (KESTASIS 2026)

Tahniah dan syabas! 🎊

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutup Program Kecemerlangan Modal Insan 2026 & Kejohanan Sukan Tahunan Perkhidmatan “Skim S” (KESTASIS) Kali Ke-12 yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bertempat di UPNM, Kem Sungai Besi. Pengerusi Induk bagi Kejohanan pada kali ini adalah Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Hal Ehwal Pekerja (JHEKS) telah menyampaikan ucapan aluan bagi memulakan majlis.

Program yang berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2026 ini bukan sekadar medan persaingan sukan, malah menjadi wadah memperkukuh ukhuwah dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga perkhidmatan Skim S di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). 🤝🏆

Selaras dengan tema ‘1 Skim S, Kecergasan Merealisasi Kecemerlangan’, semoga semangat kesukanan dan gaya hidup sihat ini terus diterjemahkan dalam peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan kita semua.

Tahniah kepada semua pemenang dan seluruh jawatankuasa pelaksana! 🥇✨ Zon Tengah telah menjuarai acara keseluruhan pada kejohanan kali ini! Jumpa lagi tahun 2028 di Zon Timur 📌





Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62530

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30