04/10/2023
PROGRAM JOM DAFTAR MYKAD 12 TAHUN DAN PROMOSI JOM JADI AHLI PERPUSTAKAAN SEMPENA HPN KE-75 JPN DAERAH JERANTUT
Jerantut, 03.10.2023 - Sempena meraikan 75 Tahun Jubli Intan Hari Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Jerantut yang diwakili oleh Pegawai Pendaftaran Daerah telah berkolaborasi dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Daerah Jerantut yang diwakili oleh Ketua Perpustakaan Daerah, Puan Norizan binti Abdullah bagi menjayakan Program Jom Daftar MyKad 12 Tahun dan Promosi Jom Jadi Ahli Perpustakaan.
Program ini melayakkan kanak-kanak yang memohon MyKad 12 Tahun di JPN Daerah Jerantut akan diberi keahlian perpustakaan secara percuma oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Daerah Jerantut.
JPN Daerah Jerantut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Daerah Jerantut di atas kesudian berkolaborasi dalam program ini.
04/10/2023
Sambutan ulang tahun Jubli Intan JPN meriah di MADAD
Sungai Petani - Bersempena ulang tahun Jubli Intan yang ke-75 tahun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kedah dengan kerjasama Murtadho Dakwah Centre (MADAD) menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin Perdana di MADAD hari ini.
Majlis pada pagi ini turut diisi dengan Forum bertajuk "Minal Mahdi Ila Lahdi" yang menampilkan Ketua Pengarah JPN, Tuan Zamri bin Misman dan Pengarah Urusan MADAD Mohd Yaakub Yusra bin Mohd. Yusoff selaku panel manakala Pengasas Ahmad Perfume, Ustaz Ahmad Yusuf sebagai moderator.
Program kemudiannya diteruskan dengan bacaan surah yaasin berserta selawat dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada masyarakat sekitar golongan B40 dan ibu tunggal hasil tajaan JPN Kedah, MADAD dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Pada masa yang sama, MADAD turut menerima sumbangan daripada warga JPN seluruh negara bernilai RM 8197.90.
Beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Unit Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Pasukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani turut menyertai majlis dengan menawarkan perkhidmatan agensi masing-masing.
04/10/2023
Program Sentuhan Kasih Kelahiran Bayi 1 Oktober
Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara yang ke-75 Tahun, JPN Negeri Perlis telah mengadakan Program Sentuhan Kasih Kelahiran Bayi 1 Oktober bagi meraikan ibu-ibu bersalin dan bayi-bayi yang dilahirkan pada tanggal 1 Oktober 2023 di Wad Bersalin, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
04/10/2023
Program Dakapan Kasih 'Cahayamata 1 Oktober 2023' telah berlangsung di Hospital Daerah Setiu dan Hospital SALAM Kuala Terengganu pada hari ini bagi meraikan kelahiran bayi pada tanggal 1 Oktober 2023 sempena ulangtahun sambutan Hari Pendaftaran Negara.
Selamat Menyambut Hari Pendaftaran Negara
Tahun 2023
04/10/2023
DAKAPAN KASIH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PAHANG SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA (HPN) KE 75
KUANTAN - 1 Oktober 2023, Program Dakapan Kasih adalah salah satu program sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) Jubli Intan ke- 75 JPN. Tarikh 1 Oktober telah ditetapkan sebagai Hari Pendaftaran Negara (HPN) bermula tahun 2013 bersempena peristiwa di mana kad pengenalan kertas dengan 6 digit diperkenalkan.
Program Dakapan Kasih ini melibatkan antara Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Pahang, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Hospital Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) @ IIUM dan Unit Pembangunan Wanita dan Sosial (UPWS), SUK Negeri Pahang. Program ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang, Timbalan Pengarah JPN Negeri Pahang, Penolong Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang.
Disamping itu juga, JPN amat prihatin kepada bayi yang baru lahir dan pasangan yang baharu bergelar ibubapa dengan memberi pendedahan prosedur daftar lahir serta bantuan khas yang diberikan oleh Unit Pembangunan Wanita dan Sosial, SUK Negeri Pahang kepada rakyat Negeri Pahang menjadikan program ziarah ini berimpak tinggi dan sekaligus mengangkat slogan Rakyat Sentiasa Di Hati JPN yang sentiasa meniti dibibir warga JPN.
Unit Pembangunan Wanita dan Sosial, SUK Negeri Pahang mengambil peluang ini dengan memperkenalkan Pahang Pride Kid kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Pahang Pride Kid 2023 ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang.
Semoga kerjasama yang terjalin antara Jabatan dan Agensi akan terus kukuh dan memberi impak yang positif serta program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang juga dijadikan program tahunan sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara.
“Perkhidmatan Berkualiti, Memacu Rakyat Beridentiti"
04/10/2023
01 Oktober 2023 Temubual di radio Mutiara FM melalui program Bicara Prisma - Hari Pendaftaran Negara ke-75 Tahun, Pegawai Pendaftaran Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Samsul Ariffin Bin Ahmad Zawawi melalui wadah radio Mutiara FM telah berkongsi pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh JPN Pulau Pinang kepada pendengar bagi meraikan bulan Oktober sebagai bulan yang cukup bermakna buat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
1 Oktober telah dipilih sebagai Hari Pendaftaran Negara bersempena pengeluaran kad pengenalan yang pertama pada tarikh keramat 1 Oktober 1948. Dengan tema ''Perkhidmatan Berkualiti Memacu Rakyat Beridentiti", Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang telah merangka pelbagai aktiviti menarik bersama komuniti di negeri Pulau Pinang bersempena Sambutan Jubli Intan yang ke - 75 Hari Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang | HPN Round Island & Road Tour Penang
04/10/2023
Satu Program Sentuhan Kasih JPN bersama bayi kelahiran 1 Oktober sempena Hari Pendaftaran Negara 2023 telah diadakan pada hari ini di Hospital Putrajaya.
04/10/2023
1 Oktober 2023 - Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (KPPN) telah diadakan di Kompleks Sukan Pancarona Presint 18, Putrajaya.
Kejohanan ini pertama kali diadakan anjuran bersama Kelab Bola Tampar JPN dan MADAH JPN Putrajaya.
04/10/2023
1 Oktober 2023 - Program MEKAR sempena program KDN Madani di Kompleks Sukan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
04/10/2023
Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring JPN kerana telah menjuarai Pertandingan Bola Jaring Karnival Sukan INTER-CGSO Peringkat Kebangsaan 2023 yang diadakan pada hari ini.
04/10/2023
29 September 2023 - Satu Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftaran Negara anjuran bersama Bahagian Kewarganegaraan dan Bahagian Pentadbiran bagi bulan September 2023 telah diadakan pada hari ini.
04/10/2023
29 September 2023 | Jumaat, PENYATUAN 2 HATI – Seramai 23 pasangan bukan Islam telah mendaftarkan perkahwinan di Majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai - Ramai oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang.
Turut hadir bagi memeriahkan sambutan ke Majlis Pendaftaran Perkahwinan ini adalah YAB Tuan Chow Kon Yeow , Ketua Menteri Pulau Pinang. JPN Pulau Pinang telah berkolaborasi bersama dengan Dewan Perhimpunan Cina untuk mengadakan majlis perkahwinan bersempena dengan sambutan Jubli Intan yang ke-75 Hari Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Negara | HPN Round Island & Road Tour Penang.