14/05/2026
Berita Integriti Bil 10/2026 : Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) Jabatan Pertanian Tahun 2026
Facebook Rasmi Unit Integriti Jabatan Pertanian
14/05/2026
Berita Integriti Bil 10/2026 : Kursus Audit Dalam Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) Jabatan Pertanian Tahun 2026
06/05/2026
Berita Integriti Bil 9/2026 - Program Taklimat Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 Liabiliti Korporat Kepada Rakan Niaga Jabatan Pertanian Tahun 2026
27/04/2026
Berita Integriti Bil 8/2026 - Persaraan Ketua Unit Integriti Jabatan Pertanian, Tuan Jamaluddin bin Puteh
16/04/2026
Hebahan Integriti Bil 3/2026 - Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi Penjawat Awam Persekutuan akan berkuat kuasa mulai 15 April 2026, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan, iaitu melibatkan pegawai yang bertugas di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan ibu negeri dengan jarak kediaman melebihi 8 kilometer dari pejabat, manakala sektor tertentu seperti keselamatan, pertahanan, petugas kesihatan dan guru yang terlibat dengan sesi persekolahan adalah dikecualikan daripada pelaksanaan ini; BDR akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan berdasarkan negeri, lazimnya pada hari Selasa, Rabu dan Khamis secara sepenuh hari, dengan kehadiran direkodkan melalui sistem SPOT-Me berasaskan geolokasi, lokasi pelaksanaan terhad kepada alamat kediaman yang berdaftar dalam sistem HRMIS, serta pemantauan berterusan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan pematuhan, keberadaan pegawai dan pencapaian sasaran kerja sepanjang tempoh pelaksanaan BDR.
16/04/2026
Ada yang anggap BDR tu macam bercuti. 😐
Pencerahan!
BDR = Bekerja Dari Rumah, bukan bercuti.
Walaupun bekerja dari rumah, pegawai awam tetap menjalankan tugas rasmi seperti biasa mengikut waktu bekerja yang ditetapkan.
Tanggungjawab kekal dipikul, prestasi tetap dinilai dan kehadiran juga direkod serta dipantau oleh Ketua Jabatan.
Pelaksanaan BDR ini adalah langkah strategik bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan awam, termasuk dalam menghadapi situasi semasa seperti konflik global dan cabaran tenaga.
🔗 Rujuk Surat Edaran BDR:
https://www.jpa.gov.my/.../surat-edaran-pelaksanaan...
15/04/2026
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 (𝐁𝐃𝐑) 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈
Bermula 15 April 2026, Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dikuatkuasakan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam serta menyokong kelestarian sumber negara. Pelaksanaan ini melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun, dan pengaturan waktu kerja fleksibel turut diperluaskan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC/GLIC).
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan tadbir urus, malah berperanan penting dalam pengurangan penggunaan bahan api, seterusnya memastikan kestabilan dan keupayaan bekalan tenaga serta mengurangkan perbelanjaan melalui langkah penjimatan berhemah.
Dengan memanfaatkan teknologi digital dan pengurusan masa yang efisien, warga kerja diseru untuk terus mengekalkan tahap produktiviti, integriti dan profesionalisme yang tinggi dalam pelaksanaan dasar ini.
Orang ramai disaran untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.
09/04/2026
Pematuhan Etika dan Integriti Bekerja Dari Rumah (BDR)
Bekerja Dari Rumah (BDR) merupakan amanah profesional yang menuntut disiplin tinggi. Ia bukanlah ruang untuk mengutamakan urusan peribadi, sebaliknya memerlukan fokus dan ketersediaan penuh bagi memastikan kelangsungan operasi organisasi tetap terjamin.
Setiap warga kerja wajib mematuhi peraturan dan tatacara rasmi yang telah ditetapkan. Pematuhan terhadap garis panduan ini adalah asas akauntabiliti bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut standard etika kerja yang tertinggi.
Integriti individu adalah kunci utama dalam mengekalkan produktiviti organisasi. Dengan mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang, kita mampu memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi tanpa mengira lokasi persekitaran pejabat.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
13/03/2026
Berita Integriti Bil. 7/2026 - Perbincangan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Jabatan Pertanian
11/03/2026
Berita Integriti - Lawatan ke SPRM Tingkat Kefahaman Antirasuah Pegawai Jabatan Pertanian
24/02/2026
Hebahan Pesanan Integriti Bil. 1/2026 : Melakukan Pekerjaan Luar Tanpa Kebenaran Adalah Satu Kesalahan
11/02/2026
Berita Integriti Bil. 5/2026 - BENGKEL SEMAKAN DAN PINDAAN RISIKO SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (SPAR) – MS ISO 37001:2025 JABATAN PERTANIAN TAHUN 2026 anjuran Unit Integriti Jabatan Pertanian di Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang.
| Monday | 07:30 - 18:00 |
| Tuesday | 07:30 - 18:00 |
| Wednesday | 07:30 - 18:00 |
| Thursday | 07:30 - 18:00 |
| Friday | 07:30 - 18:00 |