14/05/2026
TAHNIAH ANM!
Warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengucapkan TAHNIAH pada Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar atas pelantikan sebagai Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Selamat menjalankan tugas!
14/05/2026
HEBAHAN INTEGRITI JANM BIL.3/ 2026: BDR BERINTEGRITI ‘AMANAH DIJAGA’
10/05/2026
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN, YB LIEW CHIN TONG DI KAUNTER WTD, PERLING MALL
PERLING, 9 Mei 2026 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merasa amat bertuah dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan (TMK), YB Liew Chin Tong ke Kaunter Bergerak Wang Tak Dituntut (WTD) JANM, Perling Mall, Johor Bahru.
Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), YBrs. Encik Mohd Amran bin Abd Ghani.
Di kaunter ini, YB TMK telah melihat sendiri bagaimana perkhidmatan semakan dan tuntutan WTD kepada orang awam dilaksanakan.
06/05/2026
HEBAHAN INTEGRITI JANM BIL. 2/ 2026: PENERIMAAN HADIAH
02/05/2026
🔥HARI KE 2 RERUAI WTD DI KARNIVAL HARI PEKERJA
Hampir 2000 orang pengunjung telah berkunjung ke reruai Wang Tak Dituntut (WTD) di Karnival Hari Pekerja untuk melakukan semakan dan tuntutan WTD.
Anda bila lagi???
Jom ke reruai WTD yang akan berada di Karnival Hari Pekerja, Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sehingga esok 3 Mei 2026(Ahad).
💰💸💵JUMPA DI SANA!!!
01/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT MIA KE ANM BINCANG AKTA AKAUNTAN
Putrajaya, 30 April 2026- Malaysian Institute of Accountants (MIA) telah melakukan kunjungan hormat ke atas Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar di pejabatnya hari ini.
MIA yang diketuai presidennya YBrs. Puan Saniza binti Said, turut disertai Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) MIA YBrs. Encik G.Shanmugam dan exco MIA lainnya iaitu YBhg. Dato’ Haji Muhammad Redzuan bin Abdullah, Puan Thenmalar M.N. Meyyappan dan Encik Mohd Faiz bin Othman.
Kunjungan ini antara lain memfokuskan halatuju Pindaan Akta Akauntan 1967.
Akta Akauntan 1967 (Akta 94) ialah undang-undang utama yang mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia.