Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS

Share

Laman Rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia ( MAQIS ) Fungsi MAQIS

1. Untuk menubuhkan dan menguruskan stesen kuarantin.

5.

Untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan;

2. Untuk mengeluarkan permit

06/06/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurul Nadia Binti Che Mohd Noor, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5, atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Tahniah di atas kejayaan dan kepercayaan yang diberikan dengan kenaikan pangkat ke Gred KP6 di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah, melakar kejayaan dan menyumbang bakti kepada negara.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

31/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan, keberkatan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh Kerabat Diraja.

Sekalian warga menjunjung kasih atas kebijaksanaan serta kepimpinan Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan negara.

Dirgahayu Tuanku.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

31/05/2026

🌾✨ Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 ✨🌾

Hari Gawai merupakan lambang kesyukuran atas hasil tuaian dan penghargaan terhadap warisan budaya yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Dayak di Sarawak.

Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan, serta terus mengukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Gayu Guru, Gerai Nyamai”

Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

31/05/2026

🪷✨ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 ✨🪷

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kasih sayang, keharmonian dan kebijaksanaan kepada seluruh masyarakat.

Marilah kita bersama-sama menyemai nilai saling menghormati, toleransi dan perpaduan demi memperkukuh keharmonian negara yang berbilang kaum dan budaya.

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.
Ikhlas daripada

Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

30/05/2026

🌾Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 🌾

Pesta Kaamatan merupakan simbol kesyukuran atas hasil tuaian dan penghargaan terhadap warisan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Semoga sambutan Kaamatan pada tahun ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Dalam keberkatan Aidiladha, marilah kita menghayati erti keikhlasan, pengorbanan dan kesyukuran dalam setiap amanah yang dipikul.

Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat seluruh warga kerja serta keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

26/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan memperkukuhkan nilai pengorbanan, kasih sayang serta kebersamaan dalam kehidupan kita.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, keamanan dan kebahagiaan bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Photos from Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS's post 26/05/2026

20 - 22 Mei 2026 | Rabu - Jumaat | Dengkil

KURSUS PENGENDALIAN SENJATA API BAGI PEGAWAI PENGUATKUASA MAQIS

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mengadakan Kursus Pengendalian Senjata Api Bagi Pegawai Penguat Kuasa MAQIS – Teknik Penggunaan Senjata Api Dalam Operasi Penguatkuasaan, Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Bilangan 1 Tahun 2026 dengan kerjasama Unit Persenjataan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta latihan asas berkaitan pengendalian dan penggunaan senjata api kepada pegawai penguat kuasa MAQIS dalam memperkukuhkan aspek keselamatan, disiplin dan kesiapsiagaan semasa menjalankan operasi penguatkuasaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak JKDM atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan kursus ini.





24/05/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00