Hamzah Zainudin

Directions Website

Hamzah Zainudin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hamzah Zainudin, Putrajaya.

23/10/2026

Himpunan & Munajat Penyatuan Ummah.

23/10/2026

Kita lawan. βœ”οΈβœ”οΈ

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€1. Wawasan Negara menzahirkan kesyukuran dan menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung no...
22/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

1. Wawasan Negara menzahirkan kesyukuran dan menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pembatalan Perikatan Nasional (PN), sekaligus membolehkan lambang PN digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini bertepatan dengan penghakiman Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kes Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan v Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd [1979] bahawa: "setiap kuasa mesti mempunyai batasan undang-undang, jika tidak, ia akan membawa kepada pemerintahan diktator".

3. Keputusan ini akan memberi harapan baru khususnya kepada PN untuk menghadapi sistem demokrasi dalam negara secara sihat dan adil kerana kami percaya, kuasa bukanlah lesen untuk bertindak secara sesuka hati, manakala undang-undang juga bukan alat untuk menekan pihak yang berbeza pandangan.

4. Insya-Allah, keputusan positif yang dicapai hari ini menguatkan lagi tekad PN untuk memperkukuhkan kekuatan, bagi menawarkan polisi serta khidmat terbaik kepada rakyat dan menterjemahkannya melalui sokongan rakyat dalam PRN Melaka nanti.

πƒπ€π“πŽβ€™ π’π„π‘πˆ π‡π€πŒπ™π€π‡ π™π€πˆππ”πƒπˆπ
Presiden
Parti Wawasan Negara

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026

22/10/2026

Terima kasih kepada barisan peguam yang berhujah dengan teliti, dan kepada rakyat yang terus bersama kita.

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan penangguhan terhadap keputusan RoS membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional, sehingga semakan kehakiman diputuskan sepenuhnya.

Ikuti kenyataan YB Dato’ Seri Takiyuddin Haji Hassan πŸ‘‡πŸ»

22/10/2026

Alhamdulillah. Perikatan Nasional is back. βœ”οΈβœ”οΈ

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL1. Parti Wawasan Negara mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jabat...
20/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL

1. Parti Wawasan Negara mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) pada hari ini, 20 Oktober 2026.

2. ⁠Langkah sebesar ini, ketika tempoh hanya beberapa hari sebelum penamaan calon PRN Melaka pada 31 Oktober, memperlihatkan kerajaan hari ini tidak berani berdepan dengan pembangkang melalui persaingan demokrasi yang adil.

3. ⁠Keputusan hari ini jelas bertentangan dengan pendirian asal RoS seperti yang terkandung dalam surat bertarikh 6 Oktober 2026, yang menyatakan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh PN akan dijawab oleh RoS di peringkat mahkamah dalam prosiding semakan kehakiman.

4. ⁠Setelah Mahkamah Tinggi pada 13 Oktober 2026 menetapkan pendengaran secara dua pihak (inter partes) pada 22 Oktober, PN telah menulis kepada RoS pada 14 Oktober supaya tiada tindakan diambil sebelum pendengaran tersebut. Namun surat itu tidak dijawab oleh RoS.

5. Malah, sehari sebelum perintah pembatalan dikeluarkan, iaitu pada 19 Oktober, pihak Peguam Negara sendiri menyatakan dalam hujahan kepada mahkamah bahawa proses pembatalan masih berjalan. Namun RoS tetap membatalkan pendaftaran PN dua hari sebelum Mahkamah Tinggi bersidang.

6. Parti Wawasan Negara turut mengecam pembatalan pendaftaran PN kerana ia dibuat berdasarkan dua tafsiran berbeza oleh RoS dalam pemakaian Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

7. Pada 13 Julai 2026, empat Ahli Parlimen Bersatu membuat aduan kepada RoS yang mempersoalkan kuorum mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Dalam jawapannya pada 16 Julai 2026, RoS merujuk Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 dan menetapkan bahawa keputusan parti politik berhubung urusan dalamannya adalah muktamad.

8. RoS turut menyerahkan perkara tersebut untuk diputuskan secara dalaman mengikut perlembagaan parti, dan menegaskan bahawa RoS tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

9. Namun, apabila Bersatu membuat aduan terhadap PN, RoS tidak lagi menyerahkan tafsiran tersebut kepada parti. Sebaliknya, RoS mentafsir sendiri Fasal 7.1 Perlembagaan PN, menolak tafsiran PN, lalu membatalkan pendaftarannya.

10. Adalah jelas bahawa bagi urusan kuorum Bersatu, RoS menyerahkan tafsiran perlembagaan kepada parti, manakala bagi PN, RoS memutuskannya sendiri. Undang-undang yang sama, jabatan yang sama, tetapi tafsiran yang berbeza mengikut pihak yang terlibat.

11. Keputusan untuk membatalkan pendaftaran sebuah gabungan yang menerajui kerajaan di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta bersama-sama membentuk kerajaan Negeri Sembilan, adalah hukuman paling berat di bawah Akta Pertubuhan 1966.

12. Pembatalan ini bukan sahaja menamatkan kewujudan sah sebuah gabungan politik, malah turut menjejaskan hak demokrasi pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijamin di bawah Perkara 10 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, hanya 11 hari sebelum penamaan calon.

13. Rangkaian tindakan RoS yang bertentangan dengan pendiriannya sendiri, mentafsir undang-undang secara berbeza mengikut pihak yang terlibat, dan memilih hukuman paling berat tanpa menjelaskan kenapa penjelasan PN ditolak, menggambarkan bahawa keputusan ini mengandungi unsur β€œmala fide” (berniat jahat) yang jelas.

14. Parti Wawasan Negara menolak keputusan ini sepenuhnya, berdiri teguh bersama parti-parti politik sahabat PN yang sehaluan, dan akan terus mempertahankan hak dan mandat rakyat melalui saluran undang-undang, bermula di mahkamah pada 22 Oktober ini. Segala tindakan undang-undang seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PN, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, akan diteruskan.

15. Parti-parti politik yang sehaluan dengan Perikatan Nasional juga akan memasuki medan PRN Melaka dengan strategi yang tepat, dan biarlah peti undi menjadi saksi kepada pilihan rakyat. Seluruh ahli dan penyokong diseru supaya kekal tenang dan mematuhi undang-undang.

πƒπ€π“πŽβ€™ π’π„π‘πˆ π‡π€πŒπ™π€π‡ π™π€πˆππ”πƒπˆπ
Presiden
Parti Wawasan Negara

20 Oktober 2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL: PENYALAHGUNAAN KUASA YANG NYATA OLEH KERAJAAN YANG KETAKUTAN𝐓𝐀...
20/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL: PENYALAHGUNAAN KUASA YANG NYATA OLEH KERAJAAN YANG KETAKUTAN

π“π€πŠπˆπ˜π”πƒπƒπˆπ 𝐇𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍
Setiausaha Agung
Perikatan Nasional

20 Oktober 2026

19/10/2026

Daripada sekadar menjual elektrik kepada data centre asing, lebih baik Malaysia menjadi ASEAN Energy Powerhouse.

Tenaga yang stabil menuntut keberanian membuat keputusan.

Kerajaan sudah melantik MyPOWER untuk menyelaras program tenaga nuklear. Tetapi teknologi belum dipilih, dan keputusan muktamad hanya dijangka selepas 2030.

Kami menggesa kerajaan:

β€’ Menetapkan pelan, hala tuju dan garis masa yang jelas, mulai sekarang

β€’ Memperkukuh kerangka undang-undang tenaga nuklear

β€’ Menubuhkan badan kawal selia nuklear yang bebas, supaya keselamatan rakyat terjamin

β€’ Memasukkan pembangunan reaktor nuklear dalam perancangan tenaga negara

Pembangunan reaktor nuklear ialah pelaburan strategik jangka panjang: tenaga yang stabil untuk rakyat dan industri, dan peluang membekalkan tenaga kepada rantau ASEAN.

Belanjawan Tanpa Wawasan Masa HadapanSaya kongsikan 7 petikan daripada temu bual saya bersama BFM 89.9 tentang Belanjawa...
19/10/2026

Belanjawan Tanpa Wawasan Masa Hadapan

Saya kongsikan 7 petikan daripada temu bual saya bersama BFM 89.9 tentang Belanjawan 2027.

Antaranya mengenai belanjawan alternatif, RM90 bilion yang tidak tercapai, angka defisit, pelarasan gaji minimum, KWAP, GST serta dasar berkaitan nadir bumi (REE)

Swipe ke kanan untuk baca πŸ‘‰

πŸŽ₯ Tonton temu bual penuh di FB saya.

20/09/2026

Mendaki Bukit Birup, Selama bersama keluarga Wawasan Negara Bahagian Larut. βœ”οΈβœ”οΈ

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamzah Zainudin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share