TERAJU

Call Directions Website Contact the organization

TERAJU Peneraju Agenda Bumiputera
Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri
(228)

21/10/2026

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

Persediaan menuju IPO bukan sekadar untuk mendapatkan status syarikat tersenarai. Proses ini juga boleh membantu syarikat memperkukuh tadbir urus, disiplin kewangan dan strategi pertumbuhan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur.

Namun, kesiapsiagaan sesebuah syarikat tidak ditentukan oleh prestasi kewangan semata-mata. Apakah aspek lain yang turut dinilai menerusi XCELERATE? Adakah penyertaan dalam program ini juga bermakna syarikat akan menerima pembiayaan daripada TERAJU?

Siri kami kali ini mengupas manfaat di sebalik persediaan IPO, ukuran kesiapsiagaan syarikat dan pilihan sokongan strategik yang tersedia.

Program ASCEND melengkapkan perjalanan pembelajarannya menerusi sesi Grand Finale Pitching – SHARK TANK yang memberi pel...
19/10/2026

Program ASCEND melengkapkan perjalanan pembelajarannya menerusi sesi Grand Finale Pitching – SHARK TANK yang memberi peluang kepada peserta untuk membentangkan potensi perniagaan, strategi pertumbuhan, serta hala tuju mereka di hadapan panel juri yang terdiri daripada wakil TERAJU dan pemain industri.

Menerusi sesi pembentangan ini, peserta berpeluang mengetengahkan keunikan serta nilai perniagaan masing-masing, di samping mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang modul ASCEND serta menerima pandangan daripada panel juri.

Sesi ini merupakan salah satu platform bagi meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan peserta untuk berinteraksi dengan peneraju industri, pelabur, serta bakal rakan strategik.

Dengan usaha ini, TERAJU dapat memperkukuhkan lagi keupayaan dan daya saing perusahaan Bumiputera, sekali gus mempersiapkan mereka untuk meneroka peluang baharu dan memacu pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan.

TANDA KALENDAR ANDA & DAFTAR SEKARANG! 📅TERAJU Aspirasi Business Symposium Johor 2026 (TABS2026) bakal membuka ruang kep...
17/10/2026

TANDA KALENDAR ANDA & DAFTAR SEKARANG! 📅

TERAJU Aspirasi Business Symposium Johor 2026 (TABS2026) bakal membuka ruang kepada usahawan, komuniti perniagaan dan pemain industri Bumiputera untuk meneroka peluang baharu, memperluas jaringan strategik serta memperkukuh potensi pertumbuhan perniagaan di Johor.

Bertemakan “Johor: Menerajui Transformasi, Memacu Pertumbuhan”, program ini menjadi platform perkongsian ilmu, pandangan industri dan peluang kerjasama ke arah memperkasa ekosistem ekonomi Bumiputera.

Jangan lepaskan peluang, daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut: https://bit.ly/3UcwRXu

Jumpa anda di sana!

Program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Sarawak bersama TERAJU dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak...
15/10/2026

Program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Sarawak bersama TERAJU dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak menghimpunkan seramai 150 kontraktor Bumiputera sebagai platform bagi memperluas akses pembiayaan, memperkukuh keupayaan perniagaan serta membuka peluang jaringan strategik.

Program ini turut menghimpunkan pelbagai rakan bank TERAJU termasuk CapBay, Nusa Kapital, MicroLEAP, Affin Bank, Agrobank, MIDF dan Bank Rakyat bagi memberi pendedahan mengenai pilihan pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan kontraktor.

Menerusi sesi perkongsian ini, TERAJU turut mengetengahkan inisiatif pembiayaan seperti Business Expansion and Catalyst Fund (BECF), Islamic Working Capital Project Financing (iWCPF) dan Bumiputera Sabah & Sarawak Project Financing (BSSF), di samping membincangkan cabaran berkaitan modal kerja, pembiayaan projek serta pengembangan perniagaan.

Penganjuran program ini memperkukuh usaha TERAJU dalam meningkatkan kesiapsiagaan kontraktor Bumiputera untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan, sekali gus memperluas peluang pertumbuhan dan meningkatkan daya saing perusahaan Bumiputera di Sarawak.

14/10/2026

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

Bagaimanakah TERAJU membantu syarikat Bumiputera menuju penyenaraian awam?

Menerusi XCELERATE, TERAJU menghubungkan syarikat dengan pemain utama dalam ekosistem IPO, termasuk Bursa Malaysia, penasihat prinsipal, bank pelaburan, juruaudit dan penasihat perhubungan pelabur.

Sokongan ini dipadankan mengikut keperluan setiap syarikat, di samping membantu mereka mengenal pasti lebih awal aspek yang perlu diperkukuh; antaranya struktur korporat dan kebolehskalaan perniagaan.

Ikuti siri Anda Tanya, Kami Jawab kali ini untuk mengetahui bagaimana TERAJU membantu syarikat membina laluan yang lebih tersusun menuju penyenaraian awam.

Menerusi Program Sarawakku Sayang di Mukah, TERAJU sekali lagi turun padang untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan ...
13/10/2026

Menerusi Program Sarawakku Sayang di Mukah, TERAJU sekali lagi turun padang untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan pembiayaan, program pembangunan keusahawanan serta peluang yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan.

Program yang menerima lebih 110,000 pengunjung ini turut membuka ruang kepada TERAJU untuk berinteraksi secara langsung dengan usahawan tempatan, memahami cabaran yang dihadapi serta mengenal pasti potensi perusahaan yang boleh dibantu untuk berkembang.

Bagi TERAJU, usaha memperkukuh ekonomi Bumiputera perlu sampai kepada usahawan di setiap wilayah, termasuk di Mukah dan kawasan sekitarnya. Melalui pendekatan ini, lebih ramai usahawan berpeluang mendapatkan maklumat, meneroka sokongan yang bersesuaian dan mengambil langkah untuk memajukan perniagaan mereka.

TERAJU merakamkan penghargaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri atas komitmen memperkasa TERAJU menerusi...
09/10/2026

TERAJU merakamkan penghargaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri atas komitmen memperkasa TERAJU menerusi Belanjawan MADANI 2027.

Penyediaan pembiayaan sehingga RM1 bilion melalui TERAJU akan memperkukuh akses syarikat Bumiputera kepada modal untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan kapasiti, memperkukuh daya saing serta menembusi pasaran baharu.

Komitmen ini turut memperkasa keupayaan TERAJU untuk memantau projek-projek Bumiputera merentas jabatan, agensi dan syarikat, bagi memastikan pelaksanaan agenda ini lebih terselaras, berfokus dan memberi impak yang boleh diukur.

TERAJU komited untuk terus menjadi pemudah cara dan penyelaras dalam membina syarikat Bumiputera yang lebih berdaya tahan dan berkeupayaan untuk berkembang, seterusnya meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada ekonomi negara.

TERAJU Aspirasi Business Symposium Johor 2026 (TABS2026) bakal menghimpunkan usahawan, komuniti perniagaan dan pemain in...
09/10/2026

TERAJU Aspirasi Business Symposium Johor 2026 (TABS2026) bakal menghimpunkan usahawan, komuniti perniagaan dan pemain industri Bumiputera di Johor menerusi platform perkongsian strategik yang mengetengahkan peluang, potensi serta hala tuju pertumbuhan ekonomi dan perniagaan Bumiputera.

Bertemakan “Johor: Menerajui Transformasi, Memacu Pertumbuhan”, program ini membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan pandangan, meneroka peluang baharu serta memperkukuh jaringan kerjasama melalui sesi forum dan perkongsian bersama pemain industri serta pihak berkepentingan.

📅 3 November 2026 (Selasa)
🕘 9.00 pagi – 5.30 petang
📍 DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Ayuh sertai TABS2026 dan bersama-sama meneroka peluang ke arah memperkukuh daya saing serta memacu pertumbuhan perusahaan Bumiputera di Johor.

Daftar penyertaan anda dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan berikut: https://bit.ly/3UcwRXu

Jumpa anda di sana!

Program XCELERATE IPO Synergy 2.0 menghimpunkan 35 syarikat Bumiputera daripada kohort kedua bersama 26 pihak berkepenti...
09/10/2026

Program XCELERATE IPO Synergy 2.0 menghimpunkan 35 syarikat Bumiputera daripada kohort kedua bersama 26 pihak berkepentingan dalam ekosistem penyenaraian awam (IPO) bagi menilai tahap kesiapsiagaan syarikat, mengenal pasti aspek yang perlu diperkukuh serta merangka langkah seterusnya ke arah penyenaraian di bursa saham.

Menerusi 12 pusingan sesi konsultasi secara langsung, syarikat berpeluang mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada Bursa Malaysia, Capital Markets Malaysia (CM2), Principal Advisers/Sponsors, Corporate Advisers, Legal Advisers/Solicitors, Auditors serta profesional Investor Relations berkaitan tahap kesiapsiagaan masing-masing.

Sesi ini merupakan kesinambungan daripada IPO Pathway Awareness Workshop, dengan tumpuan kepada penilaian awal jurang yang perlu diberi perhatian sebelum syarikat terpilih meneruskan ke Pre-Listing Diagnostic & Screening Framework untuk penilaian yang lebih menyeluruh.

Menerusi pendekatan berstruktur ini, TERAJU terus memperkukuh usaha membangunkan lebih banyak syarikat Bumiputera yang berpotensi dan bersedia untuk melangkah ke pasaran modal.

TERAJU, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Junady Nawawi, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Perd...
05/10/2026

TERAJU, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Junady Nawawi, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung peranan dan hala tuju strategik TERAJU susulan pemindahan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk mendapatkan pandangan serta amanat YAB Perdana Menteri mengenai keutamaan TERAJU dalam memperkukuh pembangunan ekonomi Bumiputera, di samping mengetengahkan perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

TERAJU komited untuk menterjemahkan hala tuju ini kepada pelaksanaan yang berkesan, dengan tumpuan kepada pengukuhan keupayaan perusahaan, peluasan peluang ekonomi dan peningkatan penyertaan Bumiputera dalam sektor bernilai tinggi.

Address

Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH, Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60380903000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TERAJU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to TERAJU:

Shortcuts

Share