Bahagian Sokongan Keluarga - BSK

Call Directions Website

Bahagian Sokongan Keluarga - BSK Fungsi BSK :

1. Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
2.

Sebuah bahagian yang membantu dalam menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah

Ikuti kami di TikTok dan Instagram: Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
3. Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;
4. Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
5. Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;
6. Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.

Kenapa pilih rundingcara? 🤝Apabila berlaku isu berkaitan nafkah, penyelesaian tidak semestinya perlu bermula dengan pert...
07/09/2026

Kenapa pilih rundingcara? 🤝

Apabila berlaku isu berkaitan nafkah, penyelesaian tidak semestinya perlu bermula dengan pertikaian yang berpanjangan.

Melalui rundingcara, pihak-pihak diberi ruang untuk berbincang dan mencari penyelesaian bersama dalam suasana yang lebih teratur.

Antara kebaikan rundingcara:

⏱️ Menjimatkan masa
💰 Mengurangkan kos
🤝 Memberi ruang kepada pihak-pihak untuk berbincang
🕊️ Membantu mencari penyelesaian secara baik
📝 Persetujuan yang dicapai boleh direkodkan tertakluk kepada proses Mahkamah

Kadangkala, penyelesaian bermula dengan kesediaan untuk berbincang.

Jom kenali proses Rundingcara di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

07/09/2026
Merdeka bukan sekadar tentang sebuah tarikh.Ia tentang perjalanan panjang sebuah negara yang dibina atas perbezaan, namu...
30/08/2026

Merdeka bukan sekadar tentang sebuah tarikh.
Ia tentang perjalanan panjang sebuah negara yang dibina atas perbezaan, namun terus diperkukuh oleh perpaduan.

Daripada pelbagai bangsa dan budaya, lahir satu rasa yang sama — bangga menjadi rakyat Malaysia. 🇲🇾

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌿12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Ada nama yang disebut dengan penuh cinta.Ada teladan yang ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌿

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Ada nama yang disebut dengan penuh cinta.
Ada teladan yang terus hidup, meskipun zaman berganti.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita bahawa kemuliaan bukan pada apa yang kita miliki, tetapi pada bagaimana kita memperlakukan sesama manusia — dengan kasih, amanah, sabar dan ihsan.

Semoga dalam sibuknya kita mengejar dunia, kita tidak lupa untuk kembali kepada akhlak yang Baginda tinggalkan.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

RERUAI PAMERAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA SEKSYEN NEGERI MELAKA PADA PROGRAM MAHABBAH SYARIAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI ME...
20/08/2026

RERUAI PAMERAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA SEKSYEN NEGERI MELAKA PADA PROGRAM MAHABBAH SYARIAH MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA TAHUN 2026

Wan Siti Khadijah Habibah binti Wan Husin | 20 Ogos 2026 | 9.00 pagi

AYER KEROH, MELAKA- BSK Seksyen Negeri Melaka telah membuka reruai pameran pada hari ini di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Ayer Keroh bersempena Program Mahabbah Syariah Mahkamah Syariah Negeri Melaka (Hari Bertemu Pelanggan) Tahun 2026.

Seramai 500 orang peserta telah hadir ke program ini dengan sasaran utama program ini adalah agensi kerajaan, ketua-ketua komuniti, dan NGO yang diberikan mandat untuk menyebarluaskan maklumat berkenaan perkhidmatan BSK kepada kepada golongan yang memerlukan khidmat BSK.

Diharapkan dengan penyertaan BSK Seksyen Negeri Melaka dalam pameran ini dapat memberikan lagi pendedahan kepada seluruh rakyat negeri Melaka berkenaan BSK.

Sekian laporan.

🤔 Bekas suami tak bayar nafkah. Perlu terus ke mahkamah?Tahukah anda, terdapat ruang untuk berbincang dan mencari penyel...
18/08/2026

🤔 Bekas suami tak bayar nafkah. Perlu terus ke mahkamah?

Tahukah anda, terdapat ruang untuk berbincang dan mencari penyelesaian secara baik melalui proses rundingcara di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)?

🤝 Melalui rundingcara, pihak-pihak diberi peluang untuk berbincang mengenai pembayaran nafkah dan tunggakan nafkah serta mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama.

📝 Jika persetujuan dicapai, persetujuan tersebut boleh direkodkan dan seterusnya direkodkan oleh Mahkamah sebagai penghakiman atau perintah persetujuan, tertakluk kepada proses Mahkamah.

⏱️ Menjimatkan masa
💰 Mengurangkan kos
🤝 Membuka ruang untuk penyelesaian secara baik

Kadangkala, penyelesaian bermula dengan satu perbincangan.

18/08/2026

Address

Aras 6, Blok C, Kompleks Islam
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388709200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Sokongan Keluarga - BSK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share