Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia

Share

Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Untuk sebarang urusan pertanyaan berkenaan perkhidmatan utama / aduan berkaitan, sila berurusan dengan Bahagian/Negeri/Unit yang terlibat
Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia berfungsi untuk menyampaikan informasi terbaru berkaitan Imigresen secara keseluruhannya.

06/05/2026

[๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”]

๐—๐—œ๐—  ๐—š๐—œ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก

06/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—œ๐——๐—˜๐—ข ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—”๐—ก โ€œ๐—š๐—˜๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—›๐—”๐—™๐—œ๐—žโ€

Photos from Jabatan Imigresen Malaysia's post 06/05/2026

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—”๐—ก โ€œ๐—š๐—˜๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—›๐—”๐—™๐—œ๐—žโ€

Sindiket penyeludupan migran warga Bangladesh yang dikenali sebagai โ€œGeng Shafikโ€ berjaya dilumpuhkan selepas sebuah rumah yang digunakan sebagai tempat persembunyian dan transit imigran haram digempur oleh pasukan operasi dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Dalam serbuan berasingan pada hari yang sama, jam 2.00 petang ini telah menyasarkan sebuah rumah di kawasan lot kedai di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Pemeriksaan terhadap premis tersebut berjaya menahan sembilan (9) lelaki warganegara Bangladesh yang disyaki telah diseludup masuk ke Malaysia. Berdasarkan maklumat awal, imigran-imigran ini telah masuk ke negara jiran sekitar dua (2) hari lepas sebelum diseludup masuk ke Malaysia. Turut ditangkap dua (2) lelaki warganegara Bangladesh yang disyaki sebagai ahli sindiket yang berperanan sebagai penyelaras sindiket โ€œfasilitatorโ€ dan penjaga rumah transit.

Sindiket ini yang dipercayai aktif sejak Febuari 2026 menyediakan perkhidmatan membawa masuk warga asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga dan masuk secara haram melalui Kelantan dan akan dibawa terus ke Lembah Klang sebelum dihantar ke destinasi tertentu. Sindiket ini mengenakan kadar bayaran RM12,000.00 hingga RM15,000.00 bagi setiap imigran yang diseludup, dan dianggarkan telah mengaut keuntungan sebanyak RM1.6 juta sejak beroperasi. Kesemua imigran yang berumur lingkungan 20 hingga 49 tahun tersebut ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007(ATIPSOM).

Jabatan Imigresen Malaysia akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) agar kestabilan dan kemakmuran negara sentiasa terpelihara selaras dengan hasrat kerajaan MADANI.

Photos from Jabatan Imigresen Malaysia's post 06/05/2026

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง โ€˜๐—–๐—”๐—ฃ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—จโ€™

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu Operasi Khas pada 5 Mei 2026 di dua (2) lokasi di sekitar Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur dan Taman Dagang, Ampang, Selangor. Operasi yang bermula pada jam 12.00 tengah hari melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan selama satu (1) bulan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi premis kediaman dan berjaya menahan dua (2) lelaki warganegara Indonesia dikenali sebagai โ€˜Padiโ€™ dan โ€˜Amirโ€™ berusia 52 tahun dipercayai sebagai โ€˜dalang utamaโ€™ sindiket. Semakan awal mendapati kedua-dua lelaki warganegara Indonesia ini tidak memiliki sebarang Pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.

Pasukan operasi telah menyita sebanyak 20 unit Cap Keselamatan JIM yang dipercayai palsu, 16 naskhah pasport Indonesia, empat (4) naskhah Surat Perjalanan Laksana Paspor Indonesia, dua (2) unit telefon bimbit, satu (1) unit komputer riba, satu (1) unit mesin pencetak dan satu (1) unit mesin pengimbas. Turut disita, satu (1) buah kenderaan jenis Proton Exora dan satu (1) buah kenderaan jenis Nissan Almera yang digunakan oleh sindiket ini.

Suspek bernama โ€˜Amirโ€™ pernah ditahan oleh JIM pada Jun tahun lalu atas kesalahan yang sama dan telah dihantar pulang ke negara asal serta disenarai hitamkan dalam sistem JIM. Namun suspek dipercayai masuk semula ke Malaysia menggunakan pintu masuk yang tidak diwartakan. Modus operandi sindiket adalah menyediakan โ€˜perkhidmatan Imigresenโ€™ dengan menawarkan Endorsmen Masuk dan Keluar JIM dipercayai palsu bagi warganegara Indonesia yang berada di Lembah Klang dan telah tinggal lebih masa di negara ini.

Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu menggunakan platform seperti Whatsapp, Telegram dan Tik Tok untuk mencari pelanggan dan mengenakan bayaran sebanyak RM100 hingga RM350 bagi setiap endorsmen dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian. Kedua-dua mereka ditahan tersabit kesalahan di bawah Sek.56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Photos from Jabatan Imigresen Malaysia's post 06/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐”๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐„๐Œ๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐’๐€ ๐ˆ๐Œ๐ˆ๐†๐‘๐„๐’๐„๐ ๐†๐‘๐„๐ƒ ๐Š๐๐Ÿ—

PUTRAJAYA, 6 Mei 2026 โ€“ Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan dan Penempatan Penguasa Imigresen Gred KP9 telah diadakan pada hari ini.

Penyerahan surat berkenaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Aminudin bin Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), YBrs. Dr. Rosbi binti Abd Rahman serta pengarah-pengarah bahagian dan negeri.

Majlis ini diadakan bagi meraikan empat belas (14) orang Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5, KP6 dan KP7 yang memangku jawatan Penguasa Imigresen Gred KP9 berkuat kuasa 11 Mei 2026.

Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pegawai terlibat. Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dipikul dengan penuh integriti demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara.

Photos from Jabatan Imigresen Malaysia's post 06/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ (๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ)

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan Program Repatriasi Migran 2.0 sebagai inisiatif pulang secara sukarela kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tanpa tindakan pendakwaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

๐Ÿ“… Dilanjutkan Tempoh Pelaksanaan: 01 Mei 2026 โ€“ 31 Mei 2027

๐Ÿ’ผ Bayaran Kompaun:
โ–ถ๏ธ RM500 โ€“ Masuk dan tinggal tanpa pas atau permit sah
โžก๏ธ RM500 โ€“ Tinggal melebihi tempoh dibenarkan
โžก๏ธ RM300 โ€“ Melanggar syarat pas
โžก๏ธ RM20 โ€“ Bayaran Pas Khas (termasuk kanak-kanak yang dikecualikan kompaun)

๐Ÿ“Œ Syarat Permohonan:
โœ… Mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah
โœ… Tiket penerbangan pulang ke negara asal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari
โœ… Hadir ke mana-mana 14 pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Labuan
โœ… Bayaran kompaun hanya melalui kad debit/kredit atau ๐‘ป๐’๐’–๐’„๐’‰'๐’ ๐‘ฎ๐’ ๐’†๐‘พ๐’‚๐’๐’๐’†๐’•

๐Ÿšซ Tidak Layak Jika:
โœ–๏ธ Pernah mendaftar PRM tetapi gagal keluar
โœ–๏ธ Disenarai hitam atau mempunyai waran tangkap
โœ–๏ธ Pasangan kepada warganegara Malaysia (perlu rujuk kaunter visa)

๐Ÿ“ Permohonan secara ๐™’๐˜ผ๐™‡๐™†-๐™„๐™‰ sahaja
๐Ÿ”— Maklumat lanjut: www.imi.gov.my
๐Ÿ“ž Talian: 03-8880 1269

MyNIISe pemangkin perkukuh kawalan sempadan, proses imigresen empat hingga lima saat 05/05/2026

MyNIISe pemangkin perkukuh kawalan sempadan, proses imigresen empat hingga lima saat

SEPANG - Pelaksanaan sepenuhnya Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) di pintu masuk negara pada September ini akan menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh kawalan sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sistem itu lebih cekap yang mampu menyelesaikan proses pemeriksaan penumpang dalam tempoh hanya empat hingga lima saat.

MyNIISe pemangkin perkukuh kawalan sempadan, proses imigresen empat hingga lima saat SEPANG - Pelaksanaan sepenuhnya Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) di pintu masuk negara pada September ini akan menjadi pemangkin utama dalam...

05/05/2026

NASIONAL | Pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) di pintu masuk negara yang beroperasi sepenuhnya pada September ini dijangka mampu menyelesaikan proses pemeriksaan pengembara dalam tempoh empat hingga lima saat.

05/05/2026

KESELAMATAN PEMANGKIN EKONOMI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ | KLIA

Di pintu masuk utama negara, mesejnya jelas โ€” keselamatan bukan pilihan, ia keutamaan.

Lawatan YB Menteri Dalam Negeri ke KLIA hari ini memperlihatkan sendiri bagaimana Malaysia memperkukuh kawalan sempadan dengan pendekatan tegas, berteknologi tinggi dan berintegriti.

๐Ÿ’ฌโ€œKelancaran tidak boleh mengatasi keselamatan. Kita percepat proses, tetapi kawalan tetap tegas dan berintegriti. Apabila pintu masuk negara selamat, barulah ekonomi rakyat dapat berkembang pesat.โ€
โ€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Dengan lonjakan kemasukan pelawat dan keperluan kelancaran operasi, KDN memastikan setiap proses pantas tetapi tidak berkompromi dengan keselamatan โ€” daripada tapisan individu, pemeriksaan bagasi hingga penggunaan sistem digital pintar seperti MyNIISe dan pengecaman wajah berkelajuan tinggi.

Ini bukan sekadar operasi rutin.
Ini adalah benteng kedaulatan negara dan asas kepada keyakinan dunia terhadap Malaysia.

KDN melalui pengukuhan peranan agensi seperti AKPS dan integrasi teknologi masa hadapan terus memastikan setiap inci pintu masuk negara dipantau rapi โ€” demi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran Malaysia.

Inilah MADANI: Selamat, Stabil, Sejahtera.

Photos from Saifuddin Nasution Ismail's post 05/05/2026
05/05/2026

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan tahanan pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 pada 1 Mei 2026 melibatkan seramai 176 orang tahanan pelbagai warganegara dalam lingkungan umur antara 21 hingga 55 tahun.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia , (Kementerian Dalam Negeri) No. 15, Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62550PUTRAJAYA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00