08/06/2026
π± **Tips Pertanian Organik: Pilihan Sihat Untuk Kita dan Alam Sekitar** π±
Tahukah anda? Pertanian organik bukan sekadar menanam tanpa racun kimia, tetapi merupakan satu amalan pertanian yang menitikberatkan keseimbangan alam semula jadi, kesihatan pengguna dan kelestarian alam sekitar.
πΏ **Mengapa Pertanian Organik?**
β
Menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti tinggi
β
Mengurangkan pencemaran alam sekitar
β
Memelihara kesuburan tanah dan biodiversiti
β
Menyokong gaya hidup yang lebih sihat
π **Pemilihan Lokasi**
β’ Pilih kawasan yang jauh daripada sumber pencemaran.
β’ Pastikan mempunyai sumber air yang bersih.
β’ Elakkan kawasan berhampiran ladang konvensional.
β’ Sediakan kawasan penampan seperti parit, tembok atau tanaman tinggi bagi mengurangkan risiko pencemaran.
π± **Penanaman**
β’ Gunakan benih atau bahan tanaman yang bebas daripada bahan kimia.
β’ Amalkan penggunaan kompos dan baja organik.
β’ Gunakan baja semula jadi seperti FFJ (Fermented Fruit Juice) dan FPJ (Fermented Plant Juice).
β’ Lakukan penyiraman secara konsisten pada waktu pagi dan petang.
πΎ **Kawalan Rumpai**
β’ Rumpai perlu dikawal secara berkala supaya tidak bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan nutrien.
β’ Kawalan boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput.
β’ Penggunaan sungkupan seperti jerami padi, daun kering atau sabut kelapa membantu mengurangkan pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah.
π **Kawalan Perosak dan Penyakit**
β’ Gunakan kaedah mesra alam seperti tanaman selingan, tanaman penghalau serangga dan varieti tahan penyakit.
β’ Pasang perangkap cahaya, perangkap warna atau feromon.
β’ Manfaatkan agen biologi seperti serangga dan mikroorganisma bermanfaat.
β’ Gunakan racun organik yang sesuai jika diperlukan.
π₯¬ **Penuaian Hasil**
β’ Tuai hasil apabila mencapai tahap kematangan yang sesuai.
β’ Waktu terbaik untuk menuai ialah awal pagi atau lewat petang bagi mengekalkan kesegaran hasil.
β’ Simpan hasil pada suhu yang sesuai untuk memanjangkan jangka hayat simpanan.
β’ Amalkan penggiliran tanaman dan rehatkan tanah bagi mengekalkan kesuburannya.
π **Kebaikan Pertanian Organik**
πΏ Hasil lebih segar dan berkualiti
πΏ Selamat dimakan kerana bebas daripada bahan kimia sintetik
πΏ Membantu memelihara alam sekitar
πΏ Menyokong ekosistem yang lebih sihat untuk generasi akan datang
Bak kata pepatah, *mencegah lebih baik daripada mengubati*. Marilah kita bersama-sama menyokong pertanian organik dan memilih makanan yang lebih selamat demi kesihatan keluarga serta kelestarian alam sekitar.
sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
03/06/2026
π± Ada logo myGAP untuk Hasil Pertanian yang Selamat dan Berkualiti! π±
Tahukah anda...
myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) ialah pensijilan yang membuktikan hasil pertanian diusahakan mengikut Amalan Pertanian Baik bagi menghasilkan makanan yang selamat, berkualiti dan mesra alam sekitar πΎ
β
Hasil pertanian lebih selamat dimakan.
β
Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
β
Mengutamakan kawalan perosak bersepadu (IPM).
β
Menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja ladang.
β
Meningkatkan keyakinan pengguna serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.
Bagi pengusaha pertanian, myGAP bukan sekadar sijil, tetapi bukti komitmen terhadap pengeluaran makanan yang selamat dan berkualiti untuk rakyat Malaysia π²πΎ.
π Sebagai pengguna, pilihlah produk yang mempunyai logo myGAP.
Jom Pilih Produk myGAP, Kita Makan Dengan Lebih Yakin! ππ±
Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia
12/05/2026
π± myGAP: Malaysiaβs Gold Standard for Sustainable Farming
myGAP is Malaysiaβs premier certification scheme for safe, high-quality and environmentally sustainable agricultural production.
Aligned with the ASEAN GAP standard, myGAP strengthens the competitiveness of Malaysian agriculture by ensuring:
β
Food Safety
β
Produce Quality
β
Worker Welfare
β
Environmental Sustainability
As of 2025, 21,710 farms covering 69,657 hectares have been certified under the Malaysian Standard (MS) 1784:2015.
By choosing myGAP-certified produce, consumers can be confident that the products are grown responsibly and meet stringent standards for safety, quality and sustainability.
π Safe Food, Quality Produce and Sustainable Agriculture.
06/05/2026
π± myGAP: Hasil Pertanian Selamat dan Berkualiti π±
Skim Pensijilan myGAP diwujudkan bagi memastikan hasil pertanian yang dihasilkan mematuhi Amalan Pertanian Baik (APB) dengan penekanan kepada:
β
Keselamatan makanan
β
Kualiti hasil
β
Kebajikan pekerja
β
Kelestarian alam sekitar
myGAP turut selaras dengan piawaian ASEANGAP, sekali gus memperkukuh daya saing hasil pertanian tempatan di peringkat serantau dan antarabangsa. π
π Jom Pilih Produk myGAP
29/04/2026
πππππππππ πππππππππ
πππππππ πππππππ πππππππππ πππ ππππππππππππ πππππππ
Saksikan Agenda AWANI bersama Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang akan membincangkan topik Sekuriti Makanan: Impak Krisis Bekalan Global.
ποΈ29 April 2026 (Rabu)
β°8.30 malam
πΊTonton di Saluran 501 (Astro AWANI), Live TV- astroawani.com & Aplikasi Astro AWANI
27/04/2026
Kenaikan harga baja kimia akibat gangguan rantaian bekalan dunia memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran pertanian.
Dalam menghadapi krisis bekalan global ini, penghasilan baja organik sendiri menjadi antara langkah praktikal yang boleh membantu petani dan pekebun kecil mengurangkan kebergantungan kepada input import serta mengelakkan pembaziran sumber.
Dalam situasi semasa, gangguan bekalan baja kimia di peringkat antarabangsa menyebabkan harga input meningkat dan bekalan menjadi tidak menentu.
Keadaan ini menuntut pendekatan lebih lestari, termasuk memanfaatkan bahan hijau yang mudah diperoleh di persekitaran seperti kangkung, batang pisang atau buah muda untuk dijadikan baja organik yang selamat dan kos efektif.
Salah satu kaedah mudah yang boleh diamalkan ialah pembuatan Baja Hijau, iaitu baja organik cecair yang dihasilkan melalui proses pemeraman bahan tumbuhan bersama gula merah.
Baja ini membantu menyuburkan tanaman serta meningkatkan kesuburan tanah secara semula jadi, selain menggalakkan penggunaan sumber tempatan yang lebih mampan.
Cara membuat Baja Hijau adalah seperti berikut:
1. Potong 1 kilogram tumbuhan atau buah hijau seperti kangkung, batang pisang atau buah muda kepada bahagian kecil.
2. Campurkan bahan tersebut dengan 1 kilogram gula merah dalam satu bekas bersih.
3. Tutup bekas menggunakan kertas putih dan ikat kemas bagi mengelakkan serangga masuk.
4. Peram selama 7 hari di tempat teduh sehingga terbentuk cecair hasil pemeraman.
5. Selepas tempoh pemeraman, tapis bahan untuk mendapatkan cecair baja.
6. Ambil 10 mililiter cecair baja, kemudian campurkan ke dalam 1 liter air bersih.
7. Gunakan larutan tersebut untuk menyiram tanaman secara berkala.
Penghasilan baja organik seperti ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos pembelian baja kimia, malah menyokong usaha negara dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global yang memberi kesan kepada sektor agromakanan.
Amalan ini juga menyahut seruan rakyat untuk elakkan pembaziran, khususnya dalam memanfaatkan bahan tumbuhan yang mudah didapati di sekitar rumah atau ladang.
Dengan usaha berterusan daripada petani, pekebun dan masyarakat, penggunaan baja organik buatan sendiri mampu menjadi sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara serta memastikan bekalan makanan kekal stabil walaupun berdepan gangguan global.