Yayasan Waqaf Malaysia

Yayasan Waqaf Malaysia

Share

Yayasan Waqaf Malaysia merupakan sebuah entiti wakaf kebangsaan. Jom Berwakaf secara tunai! Wakaf, Satu Pelaburan Abadi. Mudah, Pantas dan Praktikal.

Seringkali kita khususnya umat Islam terlepas pandang mengenai akaun akhirat yang kekal abadi sebagai pendinding di alam sana selepas kematian. Wakaf yang secara bahasa bermaksud berhenti, membawa definisi penahanan dan pemberhentian hak ke atas mana-mana harta pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, wasiat, pewarisan dan hibah, serta diniatkan untuk kebajikan dan manfaat ummah seterusnya mend

31/05/2026

Alhamdulillah, tahniah Yayasan Wakaf Sarawak 🫶

YAYASAN WAKAF SARAWAK BENTANG HALA TUJU WAKAF MODEN

KUCHING, 29 Mei – Yayasan Wakaf Sarawak (YWS) membentangkan hala tuju pembangunan ekosistem wakaf generasi baharu kepada Premier Sarawak dalam kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini.

Dalam sesi tersebut, YWS turut membentangkan cadangan penubuhan Sarawak Waqf Sustainability Fund (SWSF) bagi memperkukuh pembangunan sosio-ekonomi berasaskan wakaf moden di Sarawak.

Premier Sarawak menyambut baik usaha tersebut serta menekankan kepentingan tadbir urus dan pengurusan profesional.

Delegasi diketuai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWS, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg bersama pengurusan tertinggi yayasan itu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha serta Ketua Pegawai Eksekutif YWS, Abang Faisal Abang Marzuki.

Wartawan/Foto: ROSE

Photos from Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS's post 31/05/2026

Alhamdulillah, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Wakaf Sarawak (YWS) di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat (29 Mei 2026).

Dr. Ridzwan Bakar, CEO YWM yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWS turut hadir dalam sesi tersebut.

Semoga pembangunan wakaf di Sarawak akan terus maju di bawah pimpinan Premier Sarawak dan kami dari YWM akan sentiasa menyokong usaha semua Majlis Agama Islam Negeri dalam memperkasa wakaf di Malaysia 🤝

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"

31/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan merangkul Anugerah Labbaitom Diamond Award 2026 daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Sekali gus membuktikan standard pengurusan haji Malaysia kekal sebagai antara yang terbaik dan menjadi contoh di peringkat global.

Ikhlas daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan Seluruh Kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"

31/05/2026

Jom sama-sama kita saksikan Wakaf Media : Mengurus Amal Untuk Generasi Akan Datang

31/05/2026

Wakaf Media : Mengurus Amal Untuk Generasi Akan Datang

Projek Khas Wakaf Media merupakan satu inisiatif strategik hasil kolaborasi antara TV AlHijrah dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi memperkukuh ekosistem penyiaran Islam di Malaysia. Melalui platform ini, masyarakat sama ada individu, syarikat korporat, agensi kerajaan atau badan berkanun berpeluang menyalurkan sumbangan wakaf mereka bagi tujuan pembangunan kandungan dakwah.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan pada pagi ini berkaitan dengan bagaimana Dana Wakaf Media membantu dalam memperkasa penyebaran dakwah dan pembangunan ummah menerusi platform media Islam.

Bersama para panel jemputan:
🎙️Encik Hani Zulfadhli bin Nor Baharom, Eksekutif Bahagian Dasar dan Pembangunan
🗓️ 31 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 9.30 pagi

Ayuh sama-sama menyokong usaha Wakaf Media demi kelestarian kandungan dakwah dan manfaat berpanjangan untuk masyarakat.

30/05/2026

Jelajah Wakaf YWM Siri 7: Menghayati Makna Pengorbanan di Masjid Qiblatain✨

Delegasi My Waqf Journey Yayasan Waqaf Malaysia berkesempatan menziarahi Masjid Qiblatain, sebuah masjid bersejarah yang menjadi saksi peristiwa agung perubahan arah kiblat umat Islam daripada Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram atas perintah Allah SWT.

Kunjungan ini bukan sekadar sebuah perjalanan fizikal, malah menjadi ruang penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah SAW serta memperkukuh kefahaman tentang sejarah dan syiar Islam yang terus mekar hingga hari ini.

Semoga setiap langkah dalam jelajah ini menambahkan rasa syukur, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat berwaqaf demi kesejahteraan ummah yang berpanjangan. 🤍

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Saba ayat 39 yang bermaksud : “Dan apa apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah SWT akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”

30/05/2026

✨ Jom Singgah Kaunter Wakaf YWM di Pavilion Baitul Hikmah PBAKL 2026 📚✨

Sambil-sambil borong buku kegemaran korang kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun ni, jangan lepaskan peluang keemasan untuk bawa p**ang Cenderamata Eksklusif daripada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)! 🤩

Tengoklah tu, ada payung premium, tumbler lawa, beg, dan macam-macam lagi barang best yang menanti korang! Memang rugi sangat kalau korang datang PBAKL tapi tak singgah ke kaunter kami.

Catat info penting ni siap-siap dalam kalendar korang:

📅 Tarikh: 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam
📍 Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL)

Macam mana nak dapat?
Mudah je! Korang datang ke kaunter kami, sertai aktiviti yang disediakan, atau lakukan transaksi wakaf. Sambil beramal dan tambah ilmu, boleh bawa balik hadiah eksklusif!

Stok cenderamata adalah terhad tau. Jadi, pastikan korang datang awal sebelum kehabisan! Jumpa di sana! 👋💨

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"

30/05/2026

Kebaikan itu Menghapus Keburukan 🌿

Setiap kebaikan yang kita lakukan, sekecil apapun, memiliki kekuatan besar untuk menghapus dosa-dosa dan mendatangkan keberkahan. Sebagaimana firman Allah dalam QS. Hud ayat 114:

إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ

“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapus perbuatan-perbuatan yang buruk.” (QS. Hud: 114)

Sudahkah anda berwakaf hari ini? Ayuh berwakaf di YWM, bermula serendah RM1 pun boleh! Layari www.ywm.gov.my/wakaf-online untuk berwakaf tunai.

Untuk sama ada melalui potongan gaji atau one-off,
layari https://www.ywm.gov.my/wakaf-online

ATAU

Salurkan terus ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia:
🏦 Bank Rakyat
📌 1101140713

🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dilipatgandakan ganjarannya.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"

29/05/2026

Jelajah Wakaf YWM Siri 6: Detik Getaran Cinta di Puncak Bukit Uhud 🗻

Selepas menyelami keperitan Rasulullah ﷺ di Gua Uhud, jom ikuti Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar mendaki terus ke Puncak Bukit Uhud dalam siri video seterusnya!

Tahu tak, bukit batu yang gagah ini pernah bergegar dan bergoncang kegembiraan (atau gerun) sebaik sahaja kaki suci Rasulullah ﷺ bersama Saidina Abu Bakar, Umar, dan Uthman menjejakkan kaki di puncaknya?

Lalu Baginda ﷺ bersabda:
“Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” [Riwayat al-Bukhari (3686)]

Gegaran Uhud terus berhenti tanda patuh. Jika gunung batu pun kenal dan patuh pada Nabinya, bagaimana p**a dengan kita?

Tiga sahabat di puncak Uhud itu bukan sekadar pejuang medan perang, malah mereka adalah pelopor wakaf agung yang membina ekonomi Madinah. Ayuh kita contohi mereka! Terjemahkan cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan menyuburkan jiwa berwakaf demi masa depan Islam.

29/05/2026

🎙️ Selamat Hari Wartawan Nasional!

Kepada semua wira di sebalik lensa dan pena, terima kasih atas dedikasi anda menyampaikan informasi yang telus dan berwibawa tanpa mengira penat lelah.

YWM amat menghargai sokongan padu rakan media yang sentiasa menjadi 'suara' kami dalam mempromosikan keindahan ibadah wakaf kepada masyarakat. Setiap liputan dan perkongsian anda amat bermakna dalam membuka mata ramai pihak tentang peri pentingnya wakaf dalam pembangunan ummah dan negara.

Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh demi menyebarkan lebih banyak mesej kebaikan dan memperkasakan wakaf di Malaysia.

Selamat Hari Wartawan Nasional.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 8, Blok D, Kompleks Pusat Islam, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30