JPPH

Call Directions Website

JPPH Page Rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan

๐‰๐๐๐‡ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐Ž๐… ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”21 Oktober 2026 | PutrajayaJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) h...
21/10/2026

๐‰๐๐๐‡ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐’๐ˆ๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐Ž๐… ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

21 Oktober 2026 | Putrajaya

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) hadir memeriahkan Hari Psikologi M*F 2026. YBrs. Sr Kartini binti Nordin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah mengetuai jabatan ke majlis ini.

Tahniah juga diucapkan kepada 16 orang kakitangan JPPH yang telah ditauliahkan sebagai Ahli AKRAB. Semoga pentauliahan ini menaikkan semangat warga JPPH dalam memperkasakan kesejahteraan kendiri dan perkhidmatan.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง (๐—–๐—ฆ๐—ฅ) ๐—๐—ฃ๐—ฃ๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ20 Oktober 2026 | PerlisJabatan Penilaian dan Perkhidmatan...
21/10/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง (๐—–๐—ฆ๐—ฅ) ๐—๐—ฃ๐—ฃ๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ

20 Oktober 2026 | Perlis

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan โ€œJPPH Perlis Prihatin: Bersama Memelihara Alam dan Kelestarian Bukit Ayerโ€ bertempat di Taman Eko Rimba, Bukit Ayer, Perlis. Program ini mencerminkan komitmen bersama dalam memelihara alam sekitar dan menjaga kelestarian kawasan rekreasi.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah gotong-royong dan pembersihan kawasan rekreasi. Inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta menyumbang kepada pemeliharaan kawasan rekreasi untuk manfaat masyarakat setempat.

Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan budaya prihatin terhadap alam sekitar dan memperkukuh semangat kebersamaan.

*F

19/10/2026
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐“๐‘๐Ž๐๐€๐’ ๐†๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ (๐๐†๐) ๐Š๐„ ๐‰๐๐๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡19 Oktober 2026 | Alor SetarJabatan Penilaian dan Perkhid...
19/10/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐“๐‘๐Ž๐๐€๐’ ๐†๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ (๐๐†๐) ๐Š๐„ ๐‰๐๐๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

19 Oktober 2026 | Alor Setar

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Petronas Gas Berhad (PGB) diketuai oleh Puan Haryati binti Harun, Ketua Jabatan Pengurusan Harta, Petronas Gas Berhad. Kunjungan disantuni Encik Noorhafez bin Nordin, Pengarah Penilaian Negeri Kedah dan Pegawai Penilaian JPPH Kedah dan Alor Setar.

Kunjungan hormat ini bertujuan sebagai usaha mengeratkan hubungan kerjasama PGB dan JPPH disamping menjadi platform untuk berkongsi pandangan serta membincangkan isu berkepentingan bersama bagi menyokong pelaksanaan tugas dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Selain itu, pertemuan ini juga dapat memperkukuhkan hubungan profesional antara dua agensi iaitu Swasta dan Kerajaan Persekutuan.

*F

19/10/2026
18/10/2026

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—๐—ฃ๐—ฃ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

17 Oktober 2026 | Temerloh

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyerahan Projek Sekolah Angkat MADANI JPPH 2026 telah disempurnakan dengan penuh jayanya.

Pelbagai inisiatif penambahbaikan fasiliti, pembangunan modal insan dan kemudahan pembelajaran telah diserahkan demi keselesaan serta kecemerlangan anak-anak generasi masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI ini.

18/10/2026

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—๐—ฃ๐—ฃ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

16 hingga 18 Oktober 2026 | Temerloh

Menyemarakkan semangat perpaduan dan keprihatinan komuniti. Dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Penilaian (KESUPEN) JPPH dan Persatuan Kakitangan Islam Penilaian (PEKIP) JPPH, Siri Program Kampung Angkat MADANI 2026 telah berjaya dilaksanakan menerusi pelbagai pengisian yang bermakna dan berimpak tinggi.

Program kali ini dimulakan dengan Ride Ukhuwah MADANI, mengeratkan silaturahim antara warga kerja JPPH dan penduduk setempat menerusi konvoi bermotosikal serta kerja-kerja gotong-royong. Suasana diserikan lagi dengan pengisian rohani menerusi Ceramah Agama yang memberi santapan jiwa dan peringatan mesra buat kita semua.

Agenda kebajikan juga diteruskan melalui aktiviti JPPH Ziarah Prihatin - turun padang menyantuni golongan yang memerlukan, menyampaikan sumbangan serta membawa senyuman buat komuniti.

Semoga usaha kecil ini memberi impak yang besar, mengukuhkan ikatan ukhuwah dan merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI demi kesejahteraan bersama.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐€๐Œ) ๐‰๐๐๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”17 Oktober 2026 | TemerlohTelah be...
17/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐€๐Œ) ๐‰๐๐๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

17 Oktober 2026 | Temerloh

Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan dan Penyerahan Projek Sekolah Angkat MADANI (SAM) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan bertempat di Dewan Kampung Sanggang, Temerloh.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Melalui peruntukan sebanyak RM100,000, pelbagai penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran telah berjaya direalisasikan demi keselesaan warga SK Sanggang.

Antara projek yang diserahkan meliputi:
1. Naik taraf astaka, gazebo, Dewan Al-Fateh dan studio tarian
2. Penyelenggaraan lantai serta penukaran pintu kelas
3. Sumbangan 7 unit Smart TV beserta capaian internet
4. Pemasangan 5 unit penyaman udara bagi makmal komputer dan pejabat

Acara turut dimeriahkan dengan aktiviti sukan rakyat dan gotong-royong yang mengeratkan silaturahim antara warga JPPH, pihak sekolah dan komuniti setempat.

Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi pembangunan dan kecemerlangan anak-anak generasi penerus negara.

Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60388869000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPPH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share