Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA

Share

Ini adalah page Rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

LPPSA merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab mentadbir pembiayaan perumahan untuk penjawat awam di sektor awam. Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

04/06/2026

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍

Peminjam masih mempunyai pilihan untuk menguruskan sendiri urusan pelepasan gadaian tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan. Cadangan melantik peguam adalah demi melindungi kepentingan peminjam dan memastikan urusan pelepasan gadaian dapat disempurnakan dengan baik.

Info lanjut, sila rujuk Notis Makluman tertera.

Photos from Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA's post 03/06/2026

3 Jun 2026 – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) hari ini secara rasmi telah melancarkan Sistem Smartfyle, sebuah platform yang dibangunkan oleh LPPSA bagi penyelarasan penghantaran dan penerimaan Laporan Nilaian secara digital bagi maksud pembiayaan perumahan LPPSA.

Sistem ini berfungsi sebagai platform penghantaran dan penerimaan dokumen Laporan Nilaian secara elektronik tanpa memerlukan penghantaran dokumen secara fizikal. Sistem ini turut dilengkapi dengan notifikasi e-mel secara masa nyata (real-time) kepada pelanggan serta telah diintegrasi bersama dengan Portal Semakan Dokumen (PSD) bagi memudahkan pihak berkepentingan seperti peminjam, peguam atau pemaju untuk membuat penjejakan dokumen tanpa perlu menghubungi LPPSA.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zuwardi Bin Zubir, Ketua Pegawai Operasi, LPPSA bersama-sama dengan Yang Berusaha Sr. Abdul Razak Bin Yusak, Ketua Pengarah JPPH.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital LPPSA dengan kerjasama JPPH dalam usaha memperkukuhkan mutu penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap, pantas dan selamat kepada semua pihak yang berkepentingan.

01/06/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan merangkap Pengerusi LPPSA di atas pengurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja LPPSA

01/06/2026

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔
𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚
𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠

sempena
𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶
𝗞𝗲𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝘂𝗸𝗮 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂

pada
𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝟭𝟱 𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗷𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

sembah takzim daripada
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA

31/05/2026

Selamat menyambut 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

26/05/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

Semoga kedatangan hari yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperkukuh semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan dalam menjalani kehidupan seharian ✨

Photos from Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA's post 19/05/2026

19 Mei 2026 - Taklimat Pra Persaraan anjuran Biro Peralihan 3 Khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

📍 Dewan Sri Angkasa, TUDM, Pangkalan Udara Kuantan, Pahang
👥 Kehadiran: 120 peserta

LPPSA telah mengadakan sesi taklimat dan kaunter khidmat nasihat sempena Taklimat Pra Persaraan anjuran Biro Peralihan 3 Khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta penerangan yang lebih jelas kepada para peserta berhubung kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA, khususnya berkaitan perancangan kewangan dan pemilikan kediaman menjelang fasa persaraan.

Selain sesi taklimat, kaunter khidmat nasihat turut dibuka bagi membantu para peserta mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut berkaitan pembiayaan perumahan LPPSA secara lebih menyeluruh.

Terima kasih atas sambutan dan penyertaan yang diberikan.

Photos from Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA's post 19/05/2026

19 Mei 2026 - Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA telah menganjurkan Taklimat Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) kepada wakil-wakil jabatan dan agensi terpilih di Negeri Perak.

Program ini menghimpunkan para peserta dalam kalangan wakil jabatan/agensi bagi memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan DSP, iaitu satu inisiatif yang diperkenalkan bagi membantu pemulihan serta penyelesaian hutang sivil pelanggan yang telah meninggalkan perkhidmatan atau bersara tanpa pencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan.

Taklimat ini turut diserikan dengan promosi sempena ulang tahun ke-10 LPPSA.

LPPSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen serta kesudian meluangkan masa untuk menghadiri sesi taklimat ini.

14/05/2026

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍

Terdapat penutupan sementara perkhidmatan atas talian LPPSA bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem pada 𝟭𝟲 & 𝟭𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 & 𝗔𝗵𝗮𝗱). Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.

Info lanjut, sila rujuk Notis Maklum tertera.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Kompleks Kementerian Kewangan, No. 9, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62592