26/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M daripada Dato' Luqman bin Ahmad, Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras dan seluruh warga kerja KPB.
Bahagian Pembangunan Industri Padi,
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Bahagian Industri Padi dan Beras telah ditubuhkan pada tahun 2005 setelah diselaraskan semula fungsi dan peranannya daripada Bahagian Pembangunan Sumber Indsutri (PSI) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA). Manakala Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras telah ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1994 setelah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) korporatkan. Namum pada pada tahun 1999, seksye
26/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M daripada Dato' Luqman bin Ahmad, Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras dan seluruh warga kerja KPB.
05/05/2026
Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pemberian pendahuluan sebanyak RM200 sehektar di bawah Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) kepada pesawah yang bakal memulakan musim penanaman padi 1/2026.
Sebelum ini, pesawah perlu mengeluarkan modal sendiri terlebih dahulu dan hanya boleh membuat tuntutan IPKP selepas kerja-kerja pembajakan selesai.
Namun dengan pengumuman ini, pesawah akan menerima bayaran pendahuluan lebih awal, yang diharap dapat meringankan beban kewangan mereka serta memastikan persediaan musim penanaman dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
Pengumuman ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa mendengar keluhan dan mengambil kira pandangan pesawah di peringkat akar umbi.
Kerajaan juga komited untuk terus menambah baik pendekatan sedia ada agar kebajikan pesawah sentiasa terpelihara, selaras dengan usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pihak Kementerian untuk memuktamadkan segera proses pelaksanaan bayaran ini agar pendahuluan dapat disalurkan tanpa kelewatan, seterusnya membantu pesawah membuat persiapan awal musim dengan lebih baik.
05/05/2026
Kerajaan prihatin kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh pesawah berikutan kenaikan kos bahan api serta input pertanian susulan krisis tenaga global.
Antara usaha Kerajaan bagi membantu para pesawah:
๐พ Bayaran pendahuluan RM200 sehektar iaitu sebahagian daripada kadar Bantuan Khas Insentif Pembajakan kepada hampir 240,000 orang pesawah
โ๏ธ Ikhtiar pembenihan awan di kawasan kritikal yang akan dilaksanakan oleh TUDM dan BOMBA
๐ Seperti ditegaskan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, setiap langkah diambil adalah bagi melindungi rakyat dan menjamin keterjaminan makanan negara.
05/05/2026
03/05/2026
๐๐๐ก ๐ซ๐๐๐๐ฒ ๐ง๐๐ค ๐ฌ๐๐ซ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ ๐ซ๐จ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ง๐ข?
Jadual Penuh Jualan Agro MADANI Bagi Bulan Mei 2026 ๐๐ป
FB : https://www.facebook.com/share/p/1CqJRNJM2Y/?mibextid=wwXIfr
IG : https://www.instagram.com/p/DX3FDm1E1MX/?igsh=YzF5YmhydnR5aW55
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZS9HE4AG1/
X : https://x.com/kpkmmalaysia/status/2050774457237823988?s=46
Threads : https://www.threads.com//post/DX3F4trk07j?xmt=AQF0_rCUKfsLv0Od0YSbd2K911V9O63JTGJSZnF-UgUqGmFfHvW4OGlRd3vfSFWj_Ku0Odqb&slof=1
15/04/2026
ADA YANG KATA KERAJAAN UMUM BANTUAN TAPI TAK BAYAR. BANG MAT NAK JELASKAN UNTUK ELAKKAN FITNAH.
Ada pihak cuba menimbulkan persepsi kononnya Kerajaan mengumumkan bantuan kepada pesawah tetapi terlalu lewat atau pun gagal menyalurkannya .
Bang Mat nak jelaskan perkara sebenar supaya rakyat mendapat gambaran yang tepat, bukan berdasarkan cerita dari mulut ke mulut atau dakwaan yang tular di media sosial tanpa semakan.
Kerajaan MADANI telah menaikkan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) daripada RM100 kepada RM160 sehektar bermula musim 1/2025, dan semalam Kerajaan mengumumkan kenaikan lagi nilai bantuan kepada RM300 sehektar.
Bagi musim 1/2025, bayaran IPKP telah SELESAI SEPENUHNYA, melibatkan RM39.314 juta kepada lebih 135,000 pesawah di seluruh Semenanjung.
Bagi musim 2/2025, setakat semalam lebih RM27 juta telah dibayar, manakala kira-kira 30% baki tuntutan sedang dalam proses dan akan diselesaikan tak lama lagi.
Untuk yang belum tahu, kaedah bayaran IPKP ialah โbuat dulu, baru tuntutโ. Ia tidak sama seperti bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi yang terus dikreditkan ke akaun penerima.
Kenapa guna kaedah ini?
Kerana dalam setiap musim, ada pesawah yang menanam dan ada yang tidak. Ada yang musim ini mengusahakan 10 hektar, musim berikutnya hanya 8 hektar.
Sebab itu tuntutan dibuat berdasarkan kerja sebenar yang dilaksanakan supaya wang rakyat diurus secara telus dan tepat.
Perlu juga faham bahawa musim penanaman padi di setiap negeri tidak seragam.
Contohnya, ketika Kedah mula memasuki musim baharu penanaman, ada negeri lain seperti Kelantan yang masih berada di fasa menuai.
Jadi bayaran tidak boleh dibuat serentak kepada semua negeri pada masa yang sama.
Selepas tuntutan dikemukakan oleh penyedia perkhidmatan atau pesawah, pegawai akan turun ke lapangan untuk membuat pengesahan. Jika dokumen lengkap dan tuntutan disahkan, bayaran akan diproses.
Selain IPKP, Kerajaan MADANI juga telah memperkenalkan Insentif Penuaian Padi (IPP) sebanyak RM50 sehektar bermula tahun 2025, iaitu bantuan baharu yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini. Proses pembayaran IPP juga menggunakan kaedah tuntutan yang sama.
Dengan penjelasan ini, Bang Mat harap rakyat dapat membezakan antara proses pengurusan bayaran dengan dakwaan palsu kononnya kerajaan tidak membayar langsung.
Hakikatnya, bantuan telah dibayar, sedang dibayar, dan baki tuntutan akan terus diselesaikan selepas semua proses pengesahan dimuktamadkan.
Kepada pihak yang s**a mencari populariti dengan menunggang keresahan pesawah, Bang Mat yakin majoriti rakyat hari ni sudah bijak menilai, siapa yang buat kerja, dan siapa yang hanya main politik.
Bagi Kerajaan MADANI, kita akan terus bekerja, tambah bantuan, baiki sistem, dan pastikan kebajikan pesawah terus terbela.
Apa sahaja kelemahan dalam proses tuntutan yang dikenal pasti, Kementerian dan Kerajaan akan terus menambah baik dari semasa ke semasa.
Misalnya ada kes yang Bang Mat dimaklumkan, ada pesawah dah dulukan duit upah bajak kepada penyedia perkhidmatan dan lepas kerajaan bayar kepada penyedia perkhidmatan, penyedia perkhidmatan ini tidak memulangkan lebihan bayaran kepada pesawah atas pelbagai alasan.
Isu ini sedang diatasi, nanti pihak Kementerian akan umumkan penambahbaikan kaedah tuntutan dan bayaran dalam masa terdekat, insya-Allah.
15/04/2026
14/04/2026
Berita baik dari taklimat 14 April 2026
Kerajaan umum bantuan tambahan untuk kurangkan beban akibat krisis tenaga global dan kenaikan harga diesel.
๐พ Insentif pesawah naik daripada RM160 kepada RM300 sehektar, manfaat hampir 200,000 pesawah.
โฝ Bantuan BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu naik daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi April 2026.
๐
Bayaran akan disalurkan pada 21 April 2026.
๐จโ๐พ BUDI Agri-Komoditi dijangka bantu lebih 200,000 petani dan pekebun kecil, manakala BUDI Diesel Individu bantu sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia.
14/04/2026
Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 dinaikkan kepada RM300 daripada RM160 sehektar - M*F
Kementerian Kewangan
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |