Radio KPKT

Call Directions Website Contact the organization

Radio KPKT Saluran Komuniti No.1 Anda! ๐Ÿ’œ Radio Dalam Talian 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu. Sebelum ini Radio KPKT dikenali sebagai Radio JKT.
(1)

Dengar melalui http://radio.kpkt.gov.my/ atau Aplikasi Mudah Alih Radio KPKT (Muat Turun melalui Google Play Store). Para penyampai radio bersiaran pada setiap Isnin - Jumaat dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Pada 9 September 2020, penjenamaan semula Radio JKT kepada Radio KPKT telah dilancarkan oleh YBhg Datuk Zainal Abidin bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Teruskan menyokong dan mendengar Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda.

๐Ÿ’œ WAWANCARA 23 OKTOBER 2026/JUMAAT | SEGMEN KEPOCHI KPKT ๐Ÿ’œWawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai...
23/10/2026

๐Ÿ’œ WAWANCARA 23 OKTOBER 2026/JUMAAT | SEGMEN KEPOCHI KPKT ๐Ÿ’œ

Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai radio Anaz membincangkan topik Forum Perancang Bandar Muda 2026 sempena Kongres Perancangan Kebangsaan Ke-11 (NPC 2026). Sesi ini menampilkan panel jemputan iaitu TPr Gs. Nur Masyitah Ghazali, Penyelaras Forum Perancang Bandar Muda 2026 dari Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).

Temubual ini mengupas peranan forum tersebut sebagai platform kebangsaan bagi menghimpunkan golongan muda berumur 40 tahun ke Bawah termasuk pelajar, ahli akademik, dan pengamal profesional bidang persekitaran binaan untuk berkongsi idea, ilmu, dan penyelesaian inovatif. Berteraskan tema โ€œFuture Leaders, Better Cities: Reimagining Planning for Tomorrowโ€, forum ini menekankan kepentingan kepimpinan generasi muda serta kerjasama multidisiplin dalam menangani cabaran pesat urbanisasi, perubahan iklim, dan teknologi digital.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh pengisian utama program seperti sesi ucaptama, dialog pemimpin muda, dan placemaking pitch bagi memastikan suara serta perspektif generasi muda dapat menyumbang secara holistik kepada hala tuju pembangunan bandar negara yang mampan dan berdaya huni.

Ikuti perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
๐Ÿ”—https://www.facebook.com/share/v/1DtrwGNuav/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda!๐Ÿ’œ




22/10/2026

Terima kasih kepada semua yang singgah dan memeriahkan konti Radio KPKT sempena Majlis Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA 2026) di Pavilion Damansara Heights! ๐Ÿ’œ๐ŸŽ™๏ธ

Teruskan bersama Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda! ๐ŸŽง๐Ÿ“ป

๐Ÿ“ธ LENSA RADIO KPKT ๐Ÿ’œ | Majlis Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA 2026), Pavilion Damansara Heights.Radio KPKT mem...
22/10/2026

๐Ÿ“ธ LENSA RADIO KPKT ๐Ÿ’œ | Majlis Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA 2026), Pavilion Damansara Heights.

Radio KPKT membawakan suasana meriah Majlis Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA 2026) yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights! ๐Ÿšปโœจ

Penganjuran TOTYA 2026 menjadi platform untuk mengiktiraf usaha dan komitmen dalam menyediakan tandas awam yang Bersih, Menawan dan Wangi (BMW), sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna serta memperkukuh budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang singgah dan memeriahkan konti Radio KPKT.

Teruskan bersama Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda! ๐ŸŽง๐Ÿ“ป

FORUM PERANCANG BANDAR MUDA SEMPENA KONGRES PERANCANGAN KEBANGSAAN 2026๐ŸŽ™SEGMEN KEPOCHI KPKT๐ŸŽ™Bagaimanakah peranan peranca...
22/10/2026

FORUM PERANCANG BANDAR MUDA SEMPENA KONGRES PERANCANGAN KEBANGSAAN 2026

๐ŸŽ™SEGMEN KEPOCHI KPKT๐ŸŽ™

Bagaimanakah peranan perancang bandar muda dalam mencetuskan penyelesaian inovatif untuk membentuk bandar yang lebih mampan, inklusif, dan berdaya huni? Ikuti perbincangan ini dalam segmen kali ini yang mengupas penganjuran Forum Perancang Bandar Muda 2026 (Young Planners Forum 2026) sempena Kongres Perancangan Kebangsaan Ke-11 (NPC 2026).

Ketahui bagaimana kepimpinan generasi muda dan kolaborasi multidisiplin mampu menterjemahkan idea kreatif kepada penyelesaian demi masa hadapan bandar Malaysia yang lebih berdaya tahan dan berkualiti.

๐Ÿ“Œ TPr Gs. Nur Masyitah Ghazali
Penyelaras
Forum Perancang Bandar Muda 2026
Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)

๐ŸŽ™๏ธPenyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
23 Oktober 2026 (Jumaat)

Masa:
10:30 Pagi

Dengar melalui:
๐Ÿ”–https://radio.kpkt.gov.my
atau
๐Ÿ”–Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
๐Ÿ”–Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
๐ŸŽฅ Facebook LIVE Radio KPKT
[๐Ÿ”— https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
๐Ÿ”– Instagram: radio_kpkt
๐Ÿ”– Facebook: Radio KPKT
๐Ÿ”– TikTok: Radio KPKT




21/10/2026

JEREBU BUKAN HALANGAN! SEMANGAT WARGA KPKT TETAP MEMBARA! ๐Ÿ”ฅ

Jerebu? No hal lah! ๐Ÿ˜ทโŒ Semangat warga KPKT tetap top tier sepanjang Hari Sukan Negara & Hari Keluarga KPKT 2026!

Daripada senaman Zumba/BodyCombat, aksi sukan padu, sampai ke acara Sukan Rakyat & Cabutan Bertuah, semuanya sporting habis!

21/10/2026

Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA 2026) mencatat peningkatan memberangsangkan dengan 849 penyertaan, melonjak 146% berbanding tahun 2023.

Inisiatif ini mencerminkan kesedaran yang semakin tinggi terhadap kepentingan tandas awam yang bersih, menawan dan wangi (BMW), sekali gus memperkukuh imej negara serta keselesaan rakyat.

KPKT turut komited memperuntukkan RM150 juta bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara tandas awam di seluruh negara.

Tandas bersih, imej negara terpelihara!

๐Ÿ’œ WAWANCARA 21 OKTOBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT ๐Ÿ’œWawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai r...
21/10/2026

๐Ÿ’œ WAWANCARA 21 OKTOBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT ๐Ÿ’œ

Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai radio Young Medina membincangkan topik โ€œ1 Lembaga, 2 Profesion: Hilangkah Nanti Jabatan Landskap di PBTโ€. Sesi yang diadakan dengan kerjasama I-KPKT dan PALMA ini menampilkan dua panel jemputan iaitu Assoc. Prof. Lar. Dr. Nor Atiah Ismail (Presiden Institute of Landscape Architects Malaysia - ILAM) dan TPr. Abdul Hamid Akub (Naib Presiden Malaysia Institute of Planners).

Perbincangan ini memperincikan garisan peranan serta persefahaman antara perancang bandar dan arkitek landskap. Fokus utama diberi kepada keperluan mewujudkan kepakaran profesional serta kewujudan Jabatan Landskap di peringkat PBT bagi memastikan ruang hijau, infrastruktur, dan keselamatan pokok terjaga. Selain itu, perbincangan ini menilai isu kompetensi dan keharmonian antara dua profesion ini di bawah ekosistem institusi yang sama, seterusnya memberikan saranan strategik bagi membentuk pengurusan bandar yang mampan, hijau, dan berdaya tahan menjelang tahun 2035.

Ikuti perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
๐Ÿ”—https://www.facebook.com/share/v/1CcYCyCafo/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda!๐Ÿ’œ




1 LEMBAGA, 2 PROFESION: HILANGKAH NANTI JABATAN LANDSKAP DI PBT?๐ŸŽ™SEGMEN KEPOCHI KPKT๐ŸŽ™Siapakah yang membentuk bandar kita...
21/10/2026

1 LEMBAGA, 2 PROFESION: HILANGKAH NANTI JABATAN LANDSKAP DI PBT?

๐ŸŽ™SEGMEN KEPOCHI KPKT๐ŸŽ™

Siapakah yang membentuk bandar kita? Apakah peranan arkitek landskap dan perancang bandar dalam memastikan pembangunan yang terancang, hijau dan selesa untuk rakyat?

Ikuti perbincangan khas Segmen Kepochi KPKT yang mengupas peranan dan bidang kepakaran kedua-dua profesion, termasuk persoalan tentang kedudukan jabatan landskap dalam struktur organisasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta masa depan profesion ini dalam pembangunan bandar.

Bersama-sama kita meneroka bagaimana kepakaran dan kerjasama antara profesion dapat diperkukuh demi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, hijau, selesa dan berkualiti untuk rakyat.

๐Ÿ“Œ Assoc. Prof. Lar. Dr. Nor Atiah Ismail
Presiden
Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM)

๐Ÿ“Œ TPr. Abdul Hamid Akub
Naib Presiden
Malaysia Institute of Planners

๐ŸŽ™๏ธPenyampai: Young Medina

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
21 Oktober 2026 (Rabu)

Masa:
10:30 Pagi

Dengar melalui:
๐Ÿ”–https://radio.kpkt.gov.my
atau
๐Ÿ”–Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
๐Ÿ”–Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
๐ŸŽฅ Facebook LIVE Radio KPKT
[๐Ÿ”— https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
๐Ÿ”– Instagram: radio_kpkt
๐Ÿ”– Facebook: Radio KPKT
๐Ÿ”– TikTok: Radio KPKT


20/10/2026

๐Ÿ“ป Berita terkini, sembang santai dan pelbagai perkongsian menarik bersama Radio KPKT!

Ikuti siaran langsung Facebook Radio KPKT bermula tengah hari ini sempena Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYAโ€™26). Nantikan pelbagai informasi, perkembangan semasa dan sembang santai yang pastinya menambah pengetahuan anda tentang kebersihan, keselesaan serta kepentingan tandas awam.

๐ŸŽ Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi bersama penyampai Radio KPKT dan menangi pelbagai hadiah menarik!

๐Ÿ“ Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights
๐Ÿ“… 20 Oktober 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ก Saksikan secara langsung di Facebook Radio KPKT.

20/10/2026

TANDAS BERSIH, RAKYAT SELESA: PETRON UKIR PENGIKTIRAFAN MBOR

Tahniah kepada Petron atas pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian bilangan tandas stesen minyak bertaraf empat dan lima bintang terbanyak di Malaysia.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan kebersihan dan keselesaan kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat.

Radio KPKT menyokong usaha memperkasa budaya kebersihan demi persekitaran yang lebih bersih, selesa dan berkualiti untuk semua.

Address

Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio KPKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Radio KPKT:

Shortcuts

Share