15/05/2026
Jumaat 14 Mei 2026 - Lafaz Ikrar Belia Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan. Bacaan Ikrar diketuai oleh Kapt.(PA) Md. Azan Bin Sadie, Pegawai Bencana Operasi APM Wilayah Persekutuan.
Jabatan Perdana Menteri
KBSMalaysia
Mohd Rosman Abdullah
12/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT YS Kol. (PA) Mohd Rosman Bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan ke atas En. Eris Jemadi Bin Tajudin, SUB Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Putrajaya.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik serta memperkukuhkan kerjasama antara APM Wilayah Persekutuan dan Bahagian Pengurusan Hartanah dalam aspek pengurusan fasiliti, kesiapsiagaan serta koordinasi pengurusan bencana.
Pertemuan turut menjadi platform perbincangan berkaitan usaha mempertingkatkan kecekapan pengurusan aset dan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat serta negara.
Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Sentul
Angkatan Pertahanan Awam Cheras
08/05/2026
π¦ππππ ππ§ πππ₯π πππππ₯ π₯³ kepada ππππ. (ππ) πππππππ πππ πππππππ, Pegawai kesayangan warga APM Labuan yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab.
Semoga diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga tercinta. Sumbangan dan jasa anda kepada pasukan dan negara amat dihargai. β€οΈ
05/05/2026
Program HIPA 2026 yang berlangsung di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) menjadi platform penting dalam memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Program ini turut disertai oleh YS Kol. (PA) Mohd Rosman Bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan kompetensi dan profesionalisme anggota.
Pelaksanaan program ini selari dengan usaha memperkasakan keupayaan anggota dalam menghadapi cabaran operasi serta pengurusan bencana yang semakin kompleks.
Semoga HIPA 2026 terus menjadi pemangkin kepada pembentukan anggota yang lebih kompeten, berintegriti dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk masyarakat.
βSedia, Pantas, Berintegritiβ
Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur
APM W.P Labuan
APM Putrajaya
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026
Penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Setiap keringat dan pengorbanan anda adalah nadi kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat berpasukan demi masa depan yang lebih gemilang.
βPekerja MADANI Kesuma Bangsaβ
Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah
30/04/2026
APM berpeluang terlibat dalam usaha murni pembungkusan βKindness Basketβ bersama Yayasan Foodbank, dengan sokongan padu daripada penyumbang utama, Manulife Insurance, sebagai tanda keprihatinan kepada masyarakat yang memerlukan di Kelantan.
Inisiatif 'Kindness Basket' ini adalah bukti nyata bahawa apabila kita bersatu hati, beban yang berat menjadi ringan. Ayuh kita teruskan khidmat bakti demi kemanusiaan.
Jabatan Perdana Menteri
Yayasan Food Bank Malaysia
Mohd Rosman Abdullah
30/04/2026
THE VANGUARD OF NATIONAL RESILIENCE : AN ACADEMIC INQUIRY INTO THE MALAYSIA CIVIL DEFENCE FORCE (MCDF)
Mari sama-sama kita saksikan bual bicara YBhg. Pj. Kehormat (PA) Dr. Hj. Norhafifi Hj. Ismail, Professor Adjung Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pusat Kesiapsiagaan dan Pencegahan Bencana (DPPC) dan Dekan Sekolah Kepimpinan dan Daya Tahan Enforcement Leadership and Management University (ELMU) bersama Dr. Khamarrul Azahari Razak, Penyelidik Kanan DPPC, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada :-
π
05 Mei 2026 (Selasa)
β° 09:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
π Menerusi platform media Google Meet : https://meet.google.com/xyb-yjtr-rxg?hs=224
Untuk mendaftar, anda boleh mengisi borang di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfufbiktfmJTgtHJG6SZHuZMEzHk8d8Ob3PW6Ko-dKRKwB6Xg/viewform . Maklumat lanjut di ELMU
Jabatan Perdana Menteri
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
**
29/04/2026
SESI PERKONGSIAN & KERJASAMA STRATEGIK SKUAD SAYANG 3K KEBANGSAAN BERSAMA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) WILAYAH PERSEKUTUAN
π
28 April 2026
π Pejabat Pertahanan Awam Negeri Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, satu sesi perkongsian dan kerjasama strategik yang penuh bermakna telah berlangsung hari ini bersama pihak APM Wilayah Persekutuan dalam usaha membincangkan potensi kerjasama serta merangka pelaksanaan program-program berimpak bersama Sukarelawan Skuad Sayang 3K.
Sesi ini turut memberi pendedahan penting melalui taklimat berkaitan Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Civil Defence Auxiliary Member (CDA), yang membuka ruang lebih luas untuk penglibatan sukarelawan secara lebih tersusun, berstrategi dan menyeluruh.
Delegasi Skuad Sayang 3K Kebangsaan diketuai oleh:
* Puan Hisham Suhaily Othman (Komandan)
* Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid (Pesuruhjaya Sukarelawan)
* Puan Reny Rahayu Ishak (Timbalan Komandan Kebajikan)
Manakala pihak APM Wilayah Persekutuan diketuai oleh Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus.
APM Wilayah Persekutuan berharap agar kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan sebagai satu platform strategik dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan yang berdaya saing, berdisiplin dan berjiwa kebajikan, seterusnya memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat.
Jabatan Perdana Menteri
Zahid Hamidi
Nurulhidayah Ahmad Zahid Official