Bahagian Permata KPM

Call Directions Contact the organization

Bahagian Permata KPM Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia.

Program dibawah Bahagian PERMATA merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan pendidikan yang menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan. Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:

“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”

09/10/2026

DELEGASI KOLEJ PERMATA INSAN KE MOSCOW, RUSIA! 🔬🌍

Kementerian Pendidikan (KPM) mengucapkan selamat maju jaya kepada lima murid Kolej PERMATA Insan yang bakal mewakili Malaysia dalam 𝘟𝘝𝘐 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘢𝘪𝘳 𝘰𝘧 𝘚𝘤𝘪𝘦𝘯𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤 𝘢𝘯𝘥 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘴 𝘰𝘧 𝘏𝘪𝘨𝘩 𝘚𝘤𝘩𝘰𝘰𝘭 𝘚𝘵𝘶𝘥𝘦𝘯𝘵𝘴 “𝘚𝘤𝘪𝘦𝘯𝘵𝘪𝘴𝘵𝘴 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘍𝘶𝘵𝘶𝘳𝘦” di Moscow, Rusia pada 9 hingga 11 Oktober 2026.

Lima murid yang mewakili Malaysia ialah Muhammad Aqil Zaquan Mohd Zuliezamri, Syafiq Danial Syazwan Hazimin, Nik Nuramni Fathonah Nik Syaharuddin, Farisa Az Zahra Mohd Farhan dan Putri Nur Hidayah Norsazzally. Delegasi turut diiringi oleh Dr. Elangovan Narayanan dan Dr. Liyana Amalina Adnan.

Semoga seluruh delegasi memperoleh kejayaan, pengalaman bermakna serta mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. 🇲🇾🏆✨

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







9 OKTOBER 2026 | PROGRAM SUKAN RAKYAT PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INTEGRASI PERMATA 2026 Program Sukan Rakyat Inte...
09/10/2026

9 OKTOBER 2026 | PROGRAM SUKAN RAKYAT PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INTEGRASI PERMATA 2026

Program Sukan Rakyat Integrasi PERMATA 2026 telah berlangsung pada 8 Oktober 2026 bertempat di Dewan Persada Sari, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nor Suhara Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA KPM.

Pelbagai aktiviti sukan rakyat telah dilaksanakan, antaranya larian kain sarung, teng-teng dan baling tin. Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada anak-anak PERMATA untuk bergiat aktif, di samping meneroka pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui permainan tradisional.

Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara anak-anak PERMATA, ibu bapa dan warga pendidik, malah turut memupuk nilai kerjasama, toleransi, keyakinan diri serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Penglibatan dalam aktiviti permainan secara berkumpulan juga dapat menyokong perkembangan fizikal, emosi dan sosial anak-anak PERMATA.

Penganjuran program ini sebagai wadah dalam memperkukuh jalinan komuniti PERMATA serta mewujudkan persekitaran pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan, inklusif dan bermakna.

Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai kanan kementerian.







5 OKTOBER 2026 | LAWATAN KERJA TKSU (PP) KPM KE ATAS PUSAT PERMATA KURNIA SENTUL DAN PERASMIAN BILIK AUGMENTED REALITY (...
06/10/2026

5 OKTOBER 2026 | LAWATAN KERJA TKSU (PP) KPM KE ATAS PUSAT PERMATA KURNIA SENTUL DAN PERASMIAN BILIK AUGMENTED REALITY (AR)

YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Augmented Reality (AR) seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Sektor Perancangan dan Pembangunan KPM Bilangan 3 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat PERMATA Kurnia Sentul, Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Dr. diiringi oleh YBrs. Dr. Nor Suhara Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA KPM memulakan sesi lawatan ke atas fasiliti yang disediakan untuk kemudahan pembelajaran kanak-kanak autism merangkumi gym flut kids sense, taman sensori, kolam renang dan tempat terapi pasir dimana fasiliti ini merupakan kaedah intervensi awal yang dipraktikkan demi perkembangan integrasi sensori kanak-kanak autisme.
Pemantauan kelas kanak-kanak (Kaktus, Singa dan Matahari) menarik perhatian YBhg. Dato’ Dr. dalam memastikan KPM sentiasa memastikan aspek pembelajaran kanak-kanak autisme diutamakan dalam mendapat pendidikan awal dengan suasana yang tenang dan kondusif, ruang yang mencakupi bagi pelaksanaan aktiviti / program melibatkan penglibatan ibu bapa dan keselesaan pengajaran oleh pegawai intervensi.

Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai kanan dari setiap Bahagian di bawah Sektor Perancangan dan Pembangunan, KPM.







4 OKTOBER 2026 | BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN JURULATIH NEGERI: KAEDAH BERCERITA DALAM PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN ...
04/10/2026

4 OKTOBER 2026 | BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN JURULATIH NEGERI: KAEDAH BERCERITA DALAM PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL PENDIDIK PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN) TAHUN 2026

Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan Bengkel Kerja Pembangunan Jurulatih Negeri: Kaedah Bercerita Dalam Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Pendidik Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) pada 3-4 Oktober 2026 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis, Kuala Lipis, Pahang dengan penglibatan seramai 36 orang pendidik PAPN.

Bengkel ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif memperkukuh kompetensi pendidik melalui pendekatan Training of Trainers (ToT), khususnya dalam pengaplikasian kaedah bercerita sebagai pendekatan pedagogi bagi merangsang perkembangan bahasa, komunikasi, imaginasi, kreativiti dan literasi awal kanak-kanak.

Inisiatif ini menyokong penyeragaman amalan pedagogi berasaskan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (KADAKK) serta memperkukuh kualiti pendidikan awal kanak-kanak selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035.

Bengkel ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Nur Hidayah binti Rashidi, Guru Bahasa, Akademi Bahasa dan Antarabangsa (AKAR), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu, pengukuhan amalan terbaik dan pembudayaan pedagogi kreatif dalam kalangan pendidik PAPN demi menyokong perkembangan kanak-kanak yang lebih holistik, berkualiti dan bermakna.







25 SEPTEMBER 2026 | HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN PERMATA KEMENTERIAN PENDIDIKANWarga Bahagian PERMATA Keme...
28/09/2026

25 SEPTEMBER 2026 | HARI CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN PERMATA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Warga Bahagian PERMATA Kementerian Pendidikan (KPM) bersama-sama menyemarakkan semangat gotong-royong menerusi Program Hari Cuci Malaysia 2026 yang berlangsung di Ibu Pejabat Bahagian PERMATA, KPM Putrajaya.

Program ini menjadi platform untuk memupuk budaya kebersihan, kelestarian dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kerja Bahagian PERMATA.

Setiap warga PERMATA bersama-sama berganding bahu mengambil bahagian dalam menyumbang tenaga bersama-sama menambahbaik persekitaran kerja agar lebih kondusif dan selamat serta selesa ke arah kecemerlangan organisasi.








SALAM TAKZIAHWarga Bahagian PERMATA Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan turut ber...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Warga Bahagian PERMATA Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Ikhlas daripada,
Setiausaha Bahagian dan Seluruh Warga Kerja Bahagian PERMATA Kementerian Pendidikan

23/09/2026

Pagi tadi, pintu ketibaan terbuka dan 26 anak Malaysia keluar membawa pulang dua emas serta satu gelaran Juara Keseluruhan.

Saya menunggu mereka di lapangan terbang bersama keluarga dan pasukan yang sudah tidak sabar mahu menyambut kepulangan PERMATA Seni Koir dari Magdeburg, Jerman.

Lima bulan terakhir ini sebahagian daripada kehidupan anak-anak ini diisi dengan persiapan untuk satu pentas yang terletak ribuan kilometer dari rumah.

Usaha itu berbaloi. Di 3rd Internationales Chorfest Magdeburg, mereka meraih emas bagi Kategori Children’s Choir dan Kategori Folklore sebelum dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.

Program PERMATA Seni sudah membina bakat anak-anak dalam bidang seni sejak 2010. Bakat mereka ditemukan ketika masih muda, diasah oleh tenaga profesional dan diberi ruang untuk melihat sejauh mana mereka boleh pergi.

Pagi tadi kita sudah dapat jawapannya. Sampai ke Jerman, dan pulang membawa nama Malaysia sebagai juara.

Tahniah anak-anak PERMATA Seni Koir, Datuk Syafinaz Selamat, para jurulatih, pegawai dan keluarga yang menjadi kekuatan di belakang mereka.

Selamat pulang, juara. Malaysia bangga dengan kalian.

23/09/2026
23 SEPTEMBER 2026 | MAJLIS PERASMIAN PUSAT AUTISME MAIWPHari ini, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perd...
23/09/2026

23 SEPTEMBER 2026 | MAJLIS PERASMIAN PUSAT AUTISME MAIWP

Hari ini, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Autisme MAIWP bertempat di Surau Ar-Rayyan, Sentul, Kuala Lumpur.

YB Menteri menyerahkan mock cek berjumlah 1.2 juta kepada Pusat Autisme MAIWP dan meluangkan masa melakukan sesi walkabout melihat kemudahan fasiliti buat anak-anak autisme.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Nor Suhara Fadzil, Setiausaha Bahagian PERMATA, En. Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin, Ketua Program, PERMATA Kurnia dan pegawai-pegawai kanan kementerian.







Address

Level 3, Podium Block, Menara Usahawan
Putrajaya
62652

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60388805151

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Permata KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Permata KPM:

Shortcuts

Share