Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya. Dikemaskini 5 Januari 2021

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO 2) 2004 seperti WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN (kini dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar)


1) Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
2) Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
3) Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
4) Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
5) Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
6) Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
7) Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
8) Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝟭𝟯𝗧𝗛 𝗪𝗢𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗙𝗘𝗥𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗧𝗢𝗥𝗬 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 📅 𝟭 – 𝟭𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲📍 𝘼𝙣𝙞𝙢𝙖𝙡 𝙖𝙣𝙙 𝙋𝙡𝙖𝙣𝙩 𝙌𝙪𝙖𝙧𝙖𝙣𝙩𝙞𝙣𝙚 𝘼...
19/09/2026

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝟭𝟯𝗧𝗛 𝗪𝗢𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗙𝗘𝗥𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗧𝗢𝗥𝗬 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣

📅 𝟭 – 𝟭𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲
📍 𝘼𝙣𝙞𝙢𝙖𝙡 𝙖𝙣𝙙 𝙋𝙡𝙖𝙣𝙩 𝙌𝙪𝙖𝙧𝙖𝙣𝙩𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙜𝙚𝙣𝙘𝙮 (𝘼𝙋𝙌𝘼),𝗥𝗲𝗽𝘂𝗯𝗹𝗶𝗸 𝗞𝗼𝗿𝗲𝗮

Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh bersama Makmal Veterinar Zon Tengah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (MVZT), Selangor telah mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam The 13th WOAH Reference Laboratory Workshop on Diagnosis of Animal Disease, anjuran Animal and Plant Quarantine Agency (APQA), Republik Korea pada 1 hingga 10 September 2026.

🇲🇾 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Malaysia diwakili oleh:

🔹 𝗗𝗿. 𝗡𝘂𝗿 𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗢𝗺𝗮𝗿
𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗩𝗲𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗮𝗿, 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗩𝗲𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗮𝗿 (𝗩𝗥𝗜), 𝗜𝗽𝗼𝗵

🔹 𝗗𝗿. 𝗡𝘂𝗿 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗝𝗲𝗻𝘂𝘄𝗮
𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗩𝗲𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗮𝗿, 𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗩𝗲𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗭𝗼𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 (𝗠𝗩𝗭𝗧), 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿

🌏 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡
Program ini melibatkan 12 peserta dari 8 negara yang berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam bidang diagnosis penyakit haiwan, merangkumi kaedah diagnostik, surveilan serta pengukuhan kapasiti makmal veterinar.

🔬 APQA turut mengendalikan lapan Makmal Rujukan WOAH yang meliputi pelbagai penyakit berkepentingan veterinar seperti Avian Influenza, Newcastle Disease, Foot and Mouth Disease, Rabies, Brucellosis, Japanese Encephalitis, Chronic Wasting Disease dan Salmonellosis.

🤝 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗛𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔
Penyertaan ini memberikan peluang kepada Malaysia untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran teknikal, berkongsi pengalaman serta memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang kesihatan dan diagnosis penyakit haiwan.

Penglibatan dalam platform antarabangsa seperti ini juga penting dalam menyokong usaha berterusan Malaysia ke arah pemantapan kapasiti diagnostik veterinar dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman penyakit haiwan.

🌟 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡
Setinggi-tinggi penghargaan kepada APQA dan WOAH atas penganjuran program serta peluang yang diberikan kepada para peserta untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran di peringkat antarabangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Nur Hidayah Omar dan Dr. Nur Fatin Akmal Jenuwa atas penyertaan serta komitmen dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

18/09/2026

Jangan lupa pakai face mask. Minum banyak-banyak air. Jaga kesihatan.

Kredit:Jo47

16/09/2026

🎬 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 ‘𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃’

Sempena Hari Malaysia, saksikan filem pendek TEKAD: Demi Satu Matlamat, sebuah kisah tentang perjuangan, persahabatan dan kepercayaan yang mengangkat semangat kebersamaan dalam menghadapi cabaran.

Mengisahkan perjalanan hidup yang saling percaya dan menghulurkan tangan tanpa mengira perbezaan, filem ini mengingatkan kita bahawa sesuatu perjuangan tidak semestinya dibina sendirian apabila kita berkongsi satu matlamat yang sama.

Dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kenji Sawahii dan Pitt Razmi.

16/09/2026

🐔🌊🐾 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (DVS) DI POULTRY ASIA 2026

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bakal menyertai program Poultry Asia 2026 yang menggabungkan inovasi terkini dalam industri unggas.

Warga industri, penternak, serta orang awam dijemput hadir untuk melawat ruang pameran kami dan meneroka pelbagai perkhidmatan serta inisiatif baharu yang disediakan.

📅 Tarikh: 22–24 September 2026
📍 Lokasi: Tun Razak Hall 4, Aras 4, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
⏰ Masa: 10:00 Pagi – 5:30 Petang

Jumpa anda di sana!

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَInnalillahi wa inna ilaihi raji‘unDukacita dimaklumkan bahawa Encik Saipol N...
16/09/2026

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Saipol Nizam bin Hasan, Pembantu Tadbir di Bahagian Kesihatan Awam Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, telah kembali ke rahmatullah.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Aamin.

Al-Fatihah.

Dari Semenanjung Malaysia, Sabah hingga ke Sarawak, biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan dan kaya dengan kepelbaga...
16/09/2026

Dari Semenanjung Malaysia, Sabah hingga ke Sarawak, biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan dan kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya serta adat resam, kita tetap satu — rakyat Malaysia.

Semangat inilah yang harus terus kita pelihara; saling menghormati, saling memahami dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan negara.

Sebagai warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar, marilah kita terus memberikan yang terbaik demi kemajuan sektor agromakanan negara serta memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.

Bersama kita teguh, bersama kita maju.

Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Ayuh kita terus menyemai semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian dan mempe...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Ayuh kita terus menyemai semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian dan memperkukuh rasa cinta terhadap tanah air. 🤝❤️

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang harmoni, sejahtera dan maju bersama.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾✨

15/09/2026

🎉✨ MAHA 2026 RESMI MELABUHKAN TIRAINYA DENGAN SERIBU KENANGAN MANIS DAN KEJAYAAN KITA BERSAMA! 🇲🇾🐐🐄🐥

Jom ikuti video rangkuman menggamit jiwa sepanjang penglibatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di Laman Veterinar, yang dibanjiri dengan pelbagai momen menarik dan senyuman pengunjung sepanjang pameran berlangsung! 🎥🍿👇

Sungguh luar biasa dan amat meriah sambutan yang diberikan oleh anda semua dari awal pagi hingga ke lewat petang. 🤩 Suasana di Laman Veterinar (DVS) sentiasa hidup dengan gelak tawa pengunjung, keterujaan anak-anak kecil yang mahu mengenali dunia haiwan, serta kehangatan sesi perkongsian ilmu antara penternak dari seluruh pelosok tanah air bersama pakar-pakar veterinar kami! 👨‍🌾👩‍⚕️💡

Pelbagai pameran interaktif, khidmat nasihat kesihatan ternakan, dan jualan hasil produk tempatan di petak pameran Laman Veterinar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan di luar jangkaan! 🎈🛍️🔥 Semoga segala perkongsian ilmu, pendedahan teknologi penternakan terkini, dan perkhidmatan mesra yang kami di DVS bawakan sepanjang MAHA 2026 ini memberikan manfaat yang berpanjangan serta menjadi pendorong untuk kita terus memajukan sektor ternakan negara. 💪❤️

Terima kasih atas sokongan padu dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anda semua di Laman Veterinar (DVS)! Jumpa lagi pada tahun 2028! 👋✨🥳

🏆🌾✨ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH PETUGAS SERTA RAKAN PEMPAMER DI MAHA 2026! ✨🌾🏆Tamat...
14/09/2026

🏆🌾✨ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH PETUGAS SERTA RAKAN PEMPAMER DI MAHA 2026! ✨🌾🏆

Tamat sudah penganjuran pameran dwitahunan terbesar negara, MAHA 2026, namun kehangatan, semangat, dan kenangan manis yang tercipta sepanjang acara berlangsung masih jelas terasa! 🌟 Katakanlah sebesar mana sekalipun perancangan sesebuah pameran mega, ia tidak akan mampu berjalan dengan lancar tanpa tulang belakang yang amat kukuh di sebalik tabir. 🤝💪🎉

Oleh itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada:

🔹 Barisan Petugas, Urus Setia & Sukarelawan DVS: 👷‍♂️👷‍♀️ Terima kasih atas kesungguhan, komitmen tanpa henti, tenaga yang dicurahkan, serta keringat yang menitis dari hari pertama persiapan dan persediaan laman, sehingga ke saat pengakhiran program! Senyuman, kualiti penyampaian, dan keramahan anda melayan jutaan para pengunjung yang hadir ke Laman Veterinar amat membanggakan kami! 😊👍 tentulah khidmat cemerlang anda menjadi cermin kehebatan jabatan kita! 🌟

🔹 Para Pempamer, Usahawan & Rakan Strategik: 🎪📦 Syabas dan terima kasih kerana menyerikan lagi Laman Veterinar di MAHA 2026 kali ini! Perkongsian maklumat, pameran ternakan, demonstrasi teknologi & inovasi terkini, serta jualan produk usahawan tempatan yang kreatif amat bermakna dalam mendedahkan kehebatan industri veterinar dan penternakan kepada seluruh rakyat Malaysia! 🐄🐑🐓🌾🥩🥛

Semoga segala usaha gigih dan ikhlas daripada anda semua dilipatgandakan rezekinya, dan semoga sinergi serta silaturahim yang terjalin sepanjang MAHA 2026 ini terus kukuh demi memartabatkan industri veterinar, keterjaminan makanan, dan agromakanan negara! 🇲🇾🐾❤️🌱

Jumpa lagi di MAHA yang akan datang! Kualiti perkhidmatan anda, kebanggaan kami bersama! 🎉👏🚀

Address

Wisma Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Presint 4
Putrajaya
62630

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+60388702000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar:

Shortcuts

Share