31/05/2026
π²πΎ Malaysia Terus Unggul Dalam Pengurusan Haji π²πΎ
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lembaga Tabung Haji atas pencapaian cemerlang menerima Diamond Award menerusi Anugerah Labaytum 2026 yang disampaikan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Kejayaan ini mencerminkan kecekapan, dedikasi dan komitmen berterusan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan haji yang berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan para dhuyufurrahman dengan sebaiknya.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dan terus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
31/05/2026
Alhamdulillah, Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul Anugerah Labbaitom 2026 dan mengekalkan Diamond Award buat kali kedua berturut-turut, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada institusi pengurusan haji terbaik dunia.
Lebih membanggakan, ini merupakan tahun kelima berturut-turut Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Labbaitom, membuktikan kecemerlangan pengurusan haji Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama seluruh warga TH, petugas haji, petugas kesihatan, agensi terlibat, jemaah haji Malaysia serta sokongan rakyat Malaysia.
Daripada jutaan umat Islam dunia yang menunaikan haji setiap tahun, Malaysia terus menjadi penanda aras pengurusan haji bertaraf dunia.
Tahniah Malaysia! π²πΎπ€²
30/05/2026
π£ Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) akan membawakan satu sesi kupasan ilmiah bersempena pelancaran buku terbaru JAWHAR bertajuk βWakaf Muaqqat dan Prospek Pelaksanaannya di Malaysia.β
Sesi bedah buku ini akan menampilkan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta panel pakar bagi mengupas konsep wakaf muaqqat dan prospek pelaksanaannya untuk pengembangan kemajuan wakaf di Malaysia.
π Tajuk: Sesi Bedah Buku: Wakaf Muaqqat dan Prospek Pelaksanaannya di Malaysia
π Tarikh: 3 Jun 2026 (Rabu)
β° Masa: 2.00 - 4.00 petang
π Lokasi: Pentas Utama, Aras 2, World Trade Centre Kuala Lumpur
π΄ LIVE di Facebook Jabatan Wakaf Zakat & Haji
Orang ramai adalah dijemput hadir bagi menyemarakkan budaya pengembangan ilmu serta mendapatkan kefahaman mengenai potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan sosio-ekonomi ummah.
28/05/2026
PBAKL 2026: 1 HARI LAGI! πβ¨
Kepada yang plan nak datang WTC esok, jangan lupa singgah ke Pavilion Baitul Hikmah MADANI tau! Khas di booth Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), ada BUKU PERCUMA untuk dibawa p**ang!
π Pusat Dagangan Dunia KL (WTC KL)
π
29 Mei - 7 Jun 2026
π 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Sambil cuci mata tengok buku, boleh tambah ilmu tentang Wakaf, Zakat & Haji. Jumpa di sana esok! π
In sha Allah π«Ά
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M β¨
Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan yang sebenar dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga segala ibadah korban dan amalan kita diterima serta diberkati-Nya.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia! ππ
26/05/2026
π 9 Zulhijjah β Hari Arafah, penghulu segala hari π
Hari Arafah merupakan antara hari yang paling besar kelebihannya di sisi Allah SWT. Hari penuh rahmat, keampunan dan doa yang mustajab. π€²π»β¨
Jom manfaatkan Hari Arafah dengan:
β
Berpuasa sunat
β
Memperbanyakkan doa dan zikir
β
Beristighfar dan bertaubat
β
Bersedekah dan melakukan amal soleh
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan mengurniakan keampunan serta rahmat-Nya buat seluruh umat Islam. π€
26/05/2026
PERJALANAN HAJI: RUKUN & WAJIB HAJI
Menunaikan ibadah haji memerlukan kefahaman yang jelas berkaitan rukun dan wajib haji agar ibadah dilaksanakan dengan sempurna.
Ikuti infografik βPerjalanan Haji: Rukun & Wajibβ untuk memahami panduan asas ibadah haji secara ringkas dan mudah difahami. π€