12/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐
Unit Farmasi Logistik menerusi Jabatan Farmasi telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Stor (TPS) 2026 pada 11 Mei 2026. Program ini dihadiri oleh 60 orang peserta secara fizikal, manakala 34 orang peserta lagi mengikuti sesi secara dalam talian.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Normi binti Kamaruzaman, Ketua Jabatan Farmasi, Institut Kanser Negara.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkasakan pemahaman para pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan stor serta perolehan stok. Fokus utama adalah bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan penuh kecekapan, ketelusan dan integriti selaras dengan piawaian Tatacara Pengurusan Stor serta Pekeliling Perbendaharaan (PP) yang berkuat kuasa.
Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan stor di setiap unit sekali gus memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan organisasi secara holistik.
12/05/2026
Selamat Hari Jururawat buat semua insan hebat yang sentiasa berbakti dengan penuh kasih sayang, sabar dan dedikasi.
Terima kasih kerana menjadi wira di sebalik setiap senyuman dan harapan pesakit ๐น๐
โOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives.โ
29/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Lawatan penanda aras Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia ke Institut Kanser Negara pada 28 April 2026 menjadi platform penting dalam perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik ke arah memperkukuh pembangunan fasiliti rawatan kanser negara.
Lawatan ini memberi pendedahan menyeluruh berkaitan aspek perancangan fasiliti, reka bentuk ruang, penyediaan perkhidmatan klinikal serta pengoperasian pusat rawatan kanser secara bersepadu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berfokus kepada keperluan pesakit.
Setiap perkongsian dan pandangan yang dizahirkan menjadi nilai tambah dalam memperkasakan perancangan pembangunan fasiliti rawatan kanser yang lebih strategik, mampan dan berimpak tinggi demi memperkukuh ekosistem rawatan kanser negara.
Bersama melangkah ke hadapan dalam usaha mempertingkat akses dan kualiti rawatan kanser demi kesejahteraan rakyat.
29/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐)
Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Kanser Negara bagi bulan April 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium IKN sebagai platform rasmi yang menghimpunkan seluruh warga kerja bagi penyampaian amanat kepimpinan, perkongsian pencapaian semasa serta hala tuju strategik institut.
Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perubatan Nuklear ini mencerminkan semangat kebersamaan, kerjasama berpasukan dan komitmen berterusan warga IKN dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi demi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Dalam amanatnya, YBrs. Dr. Nur Aslina Bahakodin, Pengarah IKN, telah menekankan pencapaian semasa institut di samping berkongsi perkembangan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik serta perancangan penambahbaikan berterusan ke arah memperkasakan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan masyarakat.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐)
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh IKN bagi bulan April 2026 atas dedikasi, profesionalisme serta komitmen tinggi yang telah dipamerkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
โจ ๐๐ฅ. ๐๐๐ฌ๐๐ง๐จ๐ ๐๐ญ๐ช๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐ข๐๐๐๐ก
Pakar Perubatan Nuklear (UD14)
Jabatan Perubatan Nuklear
โจ ๐๐ก๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐จ๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐๐ฅ
Penolong Pegawai Perubatan (U7)
Jabatan Perubatan Nuklear
Pengiktirafan ini merupakan manifestasi kepada budaya kerja cemerlang, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kekuatan warga IKN dalam merealisasikan aspirasi institut.
Semoga kejayaan dan pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi serta pemangkin kepada seluruh warga IKN untuk terus memperkukuh integriti, meningkatkan prestasi dan mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dalam setiap peranan yang digalas.
29/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
Institut Kanser Negara (IKN) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat IKN Tahun 2026 pada 24 April 2026 bertempat di Ruangan Legar Seminar, IKN dengan tema โMemacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatanโ.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Institut Kanser Negara, Dr Nur Aslina Bahakodin yang dalam ucapannya menekankan kepentingan warga Penolong Pegawai Perubatan untuk sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan, meningkatkan kompetensi serta menguasai kemahiran baharu selaras dengan perkembangan bidang perubatan demi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Sambutan ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan atas jasa dan sumbangan Penolong Pegawai Perubatan dalam membantu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit, malah turut menjadi medium untuk memupuk rasa bangga terhadap profesion serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja IKN.
Terima kasih diucapkan kepada semua Penolong Pegawai Perubatan atas dedikasi, komitmen dan pengorbanan anda dalam memastikan kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.
28/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
Institut Kanser Negara telah menerima pengiktirafan pensijilan 3 star AEMAS (Asean Management Scheme) pada 27 April 2026 bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur.
Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan komitmen, kerjasama dan usaha berterusan warga IKN dan Ambang Wira Sdn. Bhd. dalam melaksanakan pengurusan tenaga yang sistematik, cekap dan mampan selaras dengan amalan terbaik di peringkat serantau.
Pencapaian ini bukan sahaja memperkukuh usaha ke arah operasi yang lebih lestari, malah menyokong agenda pemeliharaan alam sekitar serta penggunaan sumber tenaga secara optimum dalam sektor kesihatan.
Institut Kanser Negara akan terus komited dalam mempertingkatkan kecekapan tenaga dan menyokong inisiatif kelestarian demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
27/04/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐ฃ๐๐ณ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ ๐๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง, ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฌ๐ค๐๐ง๐๐๐ซ, ๐๐๐ซ๐๐ค
Institut Kanser Negara (IKN) pada 23 April 2026 (Khamis) telah menerima kunjungan lawatan daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan, UITM Seri Iskandar, Perak.
Lawatan ini antara lain bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan operasi dan penyelenggaraan fasiliti bangunan, termasuk pemerhatian tapak, pengumpulan data teknikal serta maklumat sokongan bagi penyediaan laporan akademik pelajar.
Taklimat lawatan telah diberikan oleh Ketua Unit Kejuruteraan, IKN dan juga Pengurus Fasiliti, Ambang Wira Sdn. Bhd. berkenaan dengan latar belakang IKN serta perkongsian berkaitan penyelenggaraan fasiliti bangunan di IKN.
Sepanjang lawatan, para pelajar turut didedahkan kepada keperluan teknikal bangunan hospital serta kepentingan penyelenggaraan fasiliti dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Pihak IKN berharap agar lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal, malah dapat menyemai minat dan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan bidang Ukur Bangunan dalam pembangunan fasiliti kesihatan pada masa hadapan.
IKN
#
27/04/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐ช๐ ๐
Bersempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026 peringkat Institut Kanser Negara (IKN), Unit Psikologi Kaunseling IKN dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam, Jawatankuasa BMSS IKN serta Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Program Terapi Ketawa pada 24 April 2026 (Jumaat) bertempat di Auditorium IKN.
Program yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang ini telah disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan warga IKN.
Program ini turut menampilkan dua penceramah jemputan, Dr. Norzah Abdul Ghani dan Dr. Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, yang merupakan pakar dalam bidang laughter therapy.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental serta pengurusan stres, di samping memperkenalkan terapi ketawa sebagai salah satu pendekatan dalam meningkatkan kesejahteraan emosi dan kualiti hidup.
Semoga program seperti ini dapat terus menyokong usaha ke arah melahirkan warga kerja yang lebih sihat, sejahtera dan produktif.
27/04/2026
๐ ๐๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฒ๐๐ง๐ฒ๐!
๐๐ข๐ง๐ข ๐๐จ๐ง๐ฏ๐๐ง๐ฌ๐ฒ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐๐/๐๐๐๐
๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ง๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Alhamdulillah โ dua hari yang penuh dengan semangat, inovasi dan dedikasi telah berlalu dengan jayanya. Pada 22 dan 23 April 2026, warga Institut Kanser Negara telah berkumpul di Auditorium dan Bilik Seminar Aras 4 untuk berkongsi hasil usaha mereka dalam meningkatkan kualiti penjagaan pesakit di IKN.
Sebanyak 19 projek telah dipersembahkan merangkumi:
๐ฌ 8 Audit Klinikal
โ
4 Quality Assurance Project
๐ก 4 Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK)
โก 3 LEAN Healthcare
Setiap projek adalah bukti nyata komitmen warga IKN dalam memastikan penjagaan pesakit yang lebih selamat, lebih cekap dan sentiasa bertambah baik.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, fasilitator, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini. Semoga semangat ini terus menyala dalam setiap langkah kerja kita. ๐ช
๐ผ๐ฃ๐๐ช๐ง๐๐ฃ: ๐
๐๐ฌ๐๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐ช๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ช ๐๐ช๐๐ก๐๐ฉ๐, ๐๐ฃ๐๐ฉ ๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐๐ ๐ค ๐๐๐จ๐๐ ๐๐ฉ & ๐๐ช๐ง๐ซ๐๐ก๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ฃ๐๐ ๐๐ก