02/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor (Batu Pahat, Kluang dan Pontian) • Sarawak: Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau) • WP Labuan sehingga 9:00 pagi; Rabu, 3 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 6:45 pagi, 3 Jun 2026
31/05/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
30/05/2026
Stay alert, stay safe sepanjang Monsun Barat Daya ☀️
28/05/2026
Cuaca panas tak nampak bahaya, tapi kesannya boleh memudaratkan, menyebabkan dehidrasi, strok haba dan keletihan melampau jika tubuh tidak cukup air.
27/05/2026
Waspada dengan cuaca panas, enjoy raya tanpa risau! 🫰
26/05/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 | 𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 Tenera Hotel & Suites, Bangi , Selangor
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara sebagai platform memperkukuh penyelarasan, pemurnian serta pengukuhan inisiatif dan sasaran strategik ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara menjelang tahun 2030.
Bengkel ini menghimpunkan seramai 52 peserta yang mewakili pelbagai pemegang taruh strategik melibatkan institusi akademia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sektor korporat bagi membincangkan usaha memperkukuh pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara secara lebih bersepadu, inklusif dan berdaya tahan.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA serta Tuan Haji Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA.
Selain itu, bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara kerajaan, akademia, NGO dan sektor korporat bagi memastikan pembangunan dasar dan pelaksanaan tindakan pengurangan risiko bencana dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, terselaras dan berimpak tinggi. Pembangunan Pelan Tindakan ini juga selaras dengan aspirasi 𝘜𝘯𝘪𝘵𝘦𝘥 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘖𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘪𝘴𝘬 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘜𝘕𝘋𝘙𝘙) menerusi Kerangka Kerja Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015–2030 yang menekankan pendekatan inklusif, berorientasikan komuniti dan berdaya tahan dalam pengurusan risiko bencana.