21/04/2026
Program Wacana Minda (Bengkel Bersemuka) Siri 2/2026 telah diadakan pada 7 April 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Latihan Teratai, Aras 11, BSM KPKT.
Program ini telah dihadiri oleh warga KPKT, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini adalah bertujuan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif serta berdaya tahan dalam berhadapan dengan persekitaran yang mencabar. Warga kerja yang sejahtera dan harmoni bukan sahaja lebih produktif, malah mampu mengekalkan kualiti kerja yang cemerlang walaupun dalam situasi yang paling mencabar.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Nurrul Azwa binti Mohd Kassim, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Pengurusan Psikologi, BSM, KPKT dengan topik “Lensa Minda, Bagaimana Kita lihat Dunia”.
21/04/2026
Program Wacana Minda (Bengkel Bersemuka) Siri 1/2026 telah diadakan pada 25 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Latihan Teratai, Aras 11, BSM KPKT.
Program ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada warga KPKT, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini adalah bertujuan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif serta berdaya tahan dalam berhadapan dengan persekitaran yang mencabar. Warga kerja yang sejahtera dan harmoni bukan sahaja lebih produktif, malah mampu mengekalkan kualiti kerja yang cemerlang walaupun dalam situasi yang paling mencabar.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Nurrul Azwa binti Mohd Kassim, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Pengurusan Psikologi, BSM, KPKT dengan topik “Mengenali Tekanan, Memahami Diri”.
21/04/2026
Program Wacana Minda Siri 1 Tahun 2026 telah diadakan pada
10 Mac 2026 (Rabu) secara dalam talian aplikasi Zoom.
Program ini telah dihadiri seramai 600 orang peserta terdiri daripada warga KPKT, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini adalah untuk memperkasa Resiliensi Warga Kerja (Organisasi), meningkatkan kefahaman pegawai terhadap budaya organisasi dan kesediaan menghadapi perubahan (change management) demi mencapai visi dan misi jabatan.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan YBrs. Dr. Alizi bin Alias, Pakar Psikologi Organisasi dengan topik “Menukar Tekanan Menjadi Kemenangan : Memperkasa Resiliensi Warga Kerja KPKT”.
17/04/2026
INFO BSM BIL.4/2026 : PANDUAN LOG MASUK MYHRMIS MOBILE
10/04/2026
10 April 2026 (Jumaat)
🌙✨ Aidilfitri Dirai, Ukhuwah Dihayati ✨🌙
Salam Aidilfitri daripada Bahagian Sumber Manusia KPKT.
Di kesempatan yang mulia ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga KPKT dan keluarga tercinta. Semoga kemeriahan Syawal ini mengeratkan lagi silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh ukhuwah dalam kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, dan hayatilah nilai kebersamaan yang menjadi asas kekuatan kita bersama.
🌟 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌟
Ikhlas daripada Bahagian Sumber Manusia KPKT
06/04/2026
SESI PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEMATIAN AHLI KELUARGA (AYAH KANDUNG) BAGI PUAN NURIN ATHIRAH BINTI RAMLI
Sesi Penyampaian Sumbangan Kematian Ahli Keluarga (Ayah Kandung) kepada Puan Nurin Athirah binti Ramli telah diadakan pada 06 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Pejabat Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, KPKT.
Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Akmar binti Abdul Karim, Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia), Bahagian Sumber Manusia. Turut hadir mengiringi ialah Puan Noriani binti Janor, Ketua Unit, Unit Pentadbiran dan Khidmat Sokongan.
Sesi ini diadakan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga Bahagian Sumber Manusia.
18/03/2026
PAGI SYAWAL BERSALAM MESRA,
SENYUM MANIS PENUH MAKNA,
ANDAI TERSALAH TUTUR BICARA,
MAAF DIPINTA IKHLAS DARI JIWA.
Daripada kami semua bersama, dengan rendah hati dan penuh doa mengucapkan,
🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI🌙
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ucapan tulus ikhlas daripada,
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
17/03/2026
INFO BSM BIL.3/2026 : PROGRAM PEMENTORAN KOMPETENSI KPKT 2026: MEMBINA KECEMERLANGAN MELALUI BIMBINGAN PROFESIONAL
26/02/2026
Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Webinar Pengiktirafan Akademik: Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) pada 25 Februari 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman warga KPKT terhadap dasar, peraturan serta tatacara pelaksanaan berkaitan Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) selaras dengan pekeliling dan garis panduan semasa yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah, Puan Hami Erina binti Rusli dari Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atas perkongsian ilmu kepada warga KPKT mengenai Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA). Terima kasih juga semua peserta yang telah mengikuti kursus ini. Semoga mendapat manfaat dan dapat meningkatkan kefahaman dengan jelas mengenai peruntukan pekeliling berkaitan HPA selaras dengan pekeliling terkini.
20/02/2026
Bahagian Sumber Manusia (BSM) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Pembangunan dan Pengurusan Modal Insan (IMPACT) Bilangan 1 Tahun 2026 KPKT. Melalui mesyuarat ini, perbincangan antara pengurus sumber manusia berkenaan isu-isu di Jabatan/Bahagian masing-masing dapat diketengahkan dan didengari oleh YBhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan KPKT. BSM komited dalam mempromosi komunikasi dua hala agar budaya kerja yang sihat dapat di semai dalam kalangan penjawat awam khususnya di KPKT.
13/02/2026
Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus ( ) KPKT Siri 1 Tahun 2026 pada 8 hingga 10 Februari 2026 di Selama Inn, Selama, Perak. Kursus ini melibatkan penyertaan pegawai Gred 1 hingga Gred 4 daripada pelbagai skim perkhidmatan di 16 Bahagian/Unit di Kementerian.
Kursus ini merupakan program pengukuhan kumpulan yang intensif selama tiga hari dua malam. Kursus ini dirangka dengan gabungan aktiviti fizikal, modul latihan dalam kumpulan (LDK), dan sesi perkongsian ilmu yang berfokus kepada kerjasama pasukan. Aspek yang ditekankan dalam setiap aktiviti adalah aspek keserasian, komunikasi berpasukan, kepimpinan dinamik dan ketahan mental.
Pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif. YBrs. Tuan Haji Zulkeflee bin Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) telah turut menyampaikan sesi perkongsian ilmu ( Talk) kepada semua peserta.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai kursus ini. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat diamalkan, dikongsikan dan dimanfaatkan oleh setiap peserta dan warga KPKT secara amnya. Semoga kursus ini membawa impak yang besar dan bermanfaat kepada peserta.