Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK

Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK, Government Organization, Aras Bawah, Kuarters Kerajaan Fasa 12, Blok 12E2, Jalan P9C/1, Presint 9, 62250, Putrajaya.

Page rasmi Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) merupakan kesatuan pekerja bagi mewakili Pegawai Eksekutif/Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya / Labuan.

02/06/2026

๐ŸŒพ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐ŸŒพ

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga, sahabat dan masyarakat.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐ŸŒพโœจ



01/06/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐——๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ-๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—œ๐—ฏ๐—ป๐—ถ ๐—”๐—น๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—บ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ pada ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bersamaan ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›.

Patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan, serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus kekal teguh sebagai payung kedaulatan negara, pemelihara Perlembagaan serta lambang perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

๐‘ซ๐’Š๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’– ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–. ๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–.

Sembah takzim daripada:
Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK)





31/05/2026

๐ŸŒพ ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’• ๐‘ท๐’†๐’”๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ 2026 ๐ŸŒพ

โ€œMenuai Harapan, Menyemai Perpaduanโ€

KEPAK mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh EO Sabah dan semua yang meraikannya.

Pesta Kaamatan merupakan simbol kesyukuran atas hasil tuaian dan nikmat kehidupan yang dikurniakan. Lebih daripada itu, sambutan ini mencerminkan kekayaan warisan budaya serta semangat perpaduan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Marilah kita bersama-sama menghargai keunikan budaya, memperkukuhkan persefahaman dan terus memupuk semangat kebersamaan demi masa depan yang lebih gemilang.

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan kepada semua.

โ€œ๐‘ฒ๐’๐’•๐’๐’ƒ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’…๐’‚๐’– ๐‘ป๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’›๐’ ๐‘ซ๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’โ€ ๐ŸŒพ

26/05/2026

โ€œ๐‘บ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚ 1447๐‘ฏโ€ โœจ
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. ๐Ÿคโ€

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽุŒ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‘ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู…ูŽุง ุนูŽู…ูู„ูŽ ุขุฏูŽู…ููŠู‘ูŒ ู…ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุญู’ุฑู ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ู…ูู†ู’ ุฅูู‡ู’ุฑูŽุงู‚ู ุงู„ุฏู‘ูŽู…ู ุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽุชูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุจูู‚ูุฑููˆู†ูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุดู’ุนูŽุงุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุธู’ู„ุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠูŽู‚ูŽุนู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุจูู…ูŽูƒูŽุงู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃู†ู’ ูŠูŽู‚ูŽุนูŽ ู…ูู†ูŽ .ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ููŽุทููŠุจููˆุง ุจูู‡ูŽุง ู†ูŽูู’ุณู‹ุง

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari an-Nahr (Raya AidilAdhha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)"
HR at-Tirmidzi




24/05/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Puan Norhamizah Ahmad Nawawi telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4.43 pagi, 24 Mei 2026 (Sabtu) di HoSHAS.

Allahyarhamah merupakan Penolong Pegawai Tadbir N6 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, Pahang.

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) dan Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah atas kehilangan insan tersayang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan para solihin dan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.




23/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ EOs!!

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang telah berjaya dalam urusan pemangkuan ke Gred N7 dan N8 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

Kejayaan anda merupakan satu pengiktirafan, pengorbanan dan dedikasi serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai warga kerja pentadbiran jabatan dan agensi perkhidmatan awam.

Semoga pemangkuan ini memotivasikan dan menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang, di samping menjadi inspirasi kepada seluruh Penolong Pegawai Tadbir di seluruh negara.

Sekian.




Photos from Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK's post 16/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ฅ๐—ข ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐— 
KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG MALAYSIA (KEPAK)

Disertakan simulasi Cabutan Ringkasan Biro SKIM susulan Mesyuarat MJKKP Bil. 2 Tahun 2026 yang telah diadakan pada 16 Mei 2026 (Sabtu), untuk makluman semua ahli KEPAK serta warga skim Penolong Pegawai Tadbir.

Turut dilampirkan Carta Organisasi Jawatankuasa Biro SKIM KEPAK bagi sesi 2025/2027 sebagai rujukan. Rakan-rakan EO dialu-alukan untuk menghubungi mana-mana ahli jawatankuasa Biro SKIM bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan usaha dan inisiatif yang sedang diperjuangkan oleh KEPAK Pusat, khususnya dalam memperkasa laluan kemajuan kerjaya serta penambahbaikan kemudahan. Inisiatif ini bukan sahaja tertumpu kepada skim PPT, malah berpotensi diperluaskan kepada skim-skim lain dalam perkhidmatan awam.

Semoga segala usaha murni ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

BIRO SKIM, KEPAK




Photos from Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK's post 16/05/2026

Putrajaya | 16 Mei 2026
08.30 pagi

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž) ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿฎ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ-๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ)

Mesyuarat MJKKP 2/2026 telah diadakan pada hari ini dengan baik dan sempurna secara bersemuka. Antara perihal yang dibincangkan adalah:

1. Ucapan Pengerusi (Encik Mohd Faizal bin Zainal Abidin - Presiden KEPAK);
โ€ข Laporan Undi Sulit Perwakilan
โ€ข Laporan Undi Sulit Usul-Usul
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2026 (Sesi 2025-2027);
3. Maklum Balas Minit dan Perkara Berbangkit;
4. Membentangkan Laporan Kewangan;
a) Kedudukan kewangan semasa
b) Perbelanjaan bagi Februari hingga April 2026
c) Bayaran perbelanjaan yang tertunggak
d) Kelulusan perbelanjaan program akan datang
5. Kelulusan Permohonan Keahlian dan Berhenti Menjadi Ahli;
6. Kelulusan Peruntukan Kewangan Program Dan Aktiviti;
7. Laporan Audit Luar Bagi Penyata Kewangan April 2025 - Mac 2026;
8. Isu Pelaksanaan Tugas-Tugas Kewangan;
9. Hal-Hal Lain; dan
10. Ucapan Penangguhan/Penutup.

Semoga setiap perancangan dapat dilaksanakan dan dapat memberi manfaaf kepada semua ahli KEPAK.
Sekian.






s.k Kesatuan Pegawai Eksekutif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya KEPAK Negeri Melaka Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK PERAK Kepak Pulau Pinang KEPAK Negeri Selangor

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras Bawah, Kuarters Kerajaan Fasa 12, Blok 12E2, Jalan P9C/1, Presint 9, 62250
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00